DI TUDUH LESBIAN

9/28/2011 03:40:00 PM suria lekatlekit 18 Comments

Sesi mengimbau kenangan semusim lalu kembali bersiaran di blog melekit. Untuk episod imbauan dalam effect Sephia tone kali ni jom kita tumpang mesin masa doremon untuk balik semula ke zaman sekolah menengah sang lekit. Wah gitu.. macam filem lak kan??

carian google
Kisah ni kadang2 rasa lucu tapi waktu kejadian tu sang lekit tak rasa pun lucu sebab di kuasai perasaan marah, tak puas hati, sakit hati, makan hati.. Ha.. kau! Hati ini telah di lukai la katakan. Kisahnya bermula apabila keakraban sang lekit dengan kawan sang lekit, siti (Kami memang rapat sejak kecik lagi) di salah erti oleh seorang cikgu yang sang lekit dah lupa nama dia.

Ceritanya macam ni.. Siti muda setahun dari sang lekit.. bila dia tingkatan 1, sang lekit dah tingkatan 2. Sesi sekolah tak sama sebab pelajar tingkatan 1 bersekolah pada sesi petang tapi pelajar tingkatan 2,3,4 & 5 semuanya pagi. Kita ni macam kembar siam tak melekat.. kemana, dimana asyik berdua jer. Macam belangkas. Siti akan keluar ke sekolah pagi2 dengan sang lekit & sang lekit akan balik sekolah sampai habis sesi sekolah petang dengan siti. Kiranya 1 hari suntuk la kitorang ada kat sekolah. Tu pun kalau tak buat U turn (ponteng) la.

tak kira siti atau sang lekit sementara salah sorang antara kami dalam kelas, sorang lagi akan tunggu kat pondok rehat atau perpustakaan sekolah. Cukup la takat tu cerita keakraban kami. Korang bayangkanlah sendiri yer macam mana rapatnya sepasang sahabat itu.


Malu nak ngaku tapi untuk penceritaan yang lebih bagus terpaksa mengaku bahawasanya sang lekit & siti di antara pelajar2 yang nakal2 manja kat sekolah. (manja la sangat kan??) So, memang la menjadi perhatian cikgu2. Keakraban kami juga mencipta macam2 kenakalan & prangsangka buruk oleh seorang cikgu tu. Memandangkan dia cikgu siti maka dia bercakap dengan siti la menegur sikap nakal kami ni. Pada satu hari tu dia panggil siti & soal macam2. Antara soalannya dia tanya siti samada sayang sang lekit @ tak. Sebagai seorang sahabat siti jawab la sayang tapi di salah tafsir & cikgu tu mula syak kami saling sayang menyayang macam romeo & juliet pulak.Dengan lancang dia tanya siti samada kami pasangan lesbian ke. Lepas tu dia cuba pisahkan kami dengan psyko siti macam2.. siti terhasut jugak masa tu sampai tiba2 taknak bercakap & bertegur sapa dengan sang lekit. Memang perubahan siti tu buat sang lekit kecewa & sangat2 sedih. Tapi lepas sang lekit tanya banyak kali baru siti cerita kenapa dia jauhkan diri dari sang lekit. Sebab dia taknak di tuduh lesbian.

Korang rasa apa perasaan sang lekit dengar penjelasan siti tu?? Yup.. sangat2 kecewa sebab sang lekit tak pernah termakan dengan apa2 kata2 pun yang cuba memutuskan persahabatan dengan siti selama ni tapi... Itu kisah lama. Persahabatan dengan siti adalah kisah persahabatan yang mengubah segalanya bila ia berakhir. Terlalu banyak cerita dalam kisah tu. Tapi biarlah sebahagian yang terlalu peribadi menjadi simpanan dalam sejarah hidup sang lekit.

 Satu2nya sahabat yang aku miliki sekarang.. 

18 comments:

  1. kita pun pernah di tuduh begitu. mudah betul kan orang menuduh tanpa usul periksa.

    ReplyDelete
  2. huhu..kite prnah la org kata kte ngn besfren kte mcm tu tp stkt brtujuan utk brgurau la..amat mustahil kte lesbo sdgkn kte mmg suke je kat lelaki..hmm,hbngn disalah erti ni mmg ssh..

    ReplyDelete
  3. uiii cikgu tue pun main menuduh tanpa usul periksa jer yea..

    ReplyDelete
  4. itu dah kira fitnah...dosa fitnah besar tapi ada tak orang yg dok buat cerita2 tu fikir pasal dosa...tak der pown...

    ReplyDelete
  5. adakah sampai sekarang masih akrab?

    ReplyDelete
  6. Selalunya pompuan bersama2 jarang dituduh lesbian, cuba kalau lelaki bersama2, rapat2, amik gambar bersama terus kene cop gay.. Ohh diskriminasi.. Terlalu pantas untuk menuduh orang

    ReplyDelete
  7. moge cik lekit happy slalu dgn sahabat yg cik lekit ade skrang.. ;)

    ReplyDelete
  8. humboi!! cikgu tu mst x penah ada BFF.. tak baik dia bersangka buruk tanpa bukti kn lekit.. ;)

    ReplyDelete
  9. cikgu itu jaat mulot!

    p/s: kita skola convent, sgt la byk tuduhan & kesah benar les-les neh kennnnn~~~~~~~~~~

    ReplyDelete
  10. kerna tuduhan itu, keakraban dan persahabatan musnah dalam sekelip mata?? :(
    iya, i can't imagine how sad u're on that time.

    ReplyDelete
  11. pernah di tuduh begitu juga gara2 amy berkawan rapat dengan seorang pengkid...

    ReplyDelete
  12. itulah dia penangan fitnah...


    penyakit yang paling ditakuti oleh Umat islam...


    kalau dah fitnah... apa pun tak boleh...

    sampai hati siti termakan racun plak kan

    ReplyDelete
  13. Kesian Sang Lekit. Persahabatan yang tak ternilai terputus gara² kata dusta manusia lain.


    Tapi masing² pun tahu isi hati sahabat masing², sentiasa doakan kebahagiaan dari jauh kak.. ;)

    ReplyDelete
  14. lesbian?hehehe..time sekolah dulu ade la..budak2 kelas gelar cma ngan kwn2 lesbian..kami ber4 mmg selalu bersama..kemane aje.... tandas?tido?solat?tido?makan?
    hahah.dorang jeles la tu..bila tgk kami jln2 beriringan pegang2 tgn...:)

    ReplyDelete
  15. cikgu tu kena selidik dulu.. tak bolehlah terus jatuhkan hukuman dengan hanya melihat begitu.. kan elok anak murid ada di sekolah dari berpeleseran ntah kat mana..

    ReplyDelete
  16. cikgu pun manusia biasa...tak gitu...?

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com