INILAH BLOGGER YANG CURI RESEPI CIK MAT GEBU

3/19/2015 10:47:00 AM suria lekatlekit 7 Comments

erkk.. sapa pulak curi resepi cik mat gebu blogger masakan yang Famous Amos tu? Wah... hot & spicy ni. Mesti ramai yang nak tau sapa blogger tu kan? Dia tak tau ke Cik Mat Gebu ni berapa Juta peminat dia yang ada. Bro Framestone mesti nak tau jugak kan.. kot2 boleh gosip dalam blog retis katanya...hahahahaha

hak milik Mat Gebu. jangan curi pinjam gambar takpe

Apa nak heran resepi cik mat gebu memang untuk di curi & di guna untuk tujuan memasak kan. Yang hangpa mengelabah sangat nak tau tu kenapa. Kalau nak suruh aku list orang2 yang ambil resepi cik mat gebu ni rasanya tak tersenarai kot ramainya... salah sorang adalah aku. hahahaha

Sebab Semalam aku masak resepi dari blog tanpa sempadan maka aku nak story jugak la kat blog aku. Aku ni bukan jenis hari2 makan nasi.. Tapi bila lama tak makan nasik harus tekak melayu ni mendambakan ke enakkan nasik berlauk katanya..  sebab ada ayam & kentang.. aku tetiba teringat kenangan bulan puasa tahun lepas di mana aku cuba masak kari ayam tanpa santan resepi cik mat gebu.. maka kena la ikut tuntutan nafsu kan...

istimewanya resepi cik mat gebu ni bukan takat kalau makan hari2 boleh jadi gebu gebas.. Haruman masakan tu.. Kesian kalau jiran tengah puasa terbau bahan yang tengah di masak. Harum sundal malam jugak la.. Tergugat jugak mereka2 yang nak berdiet. terbayang macam mana la kalau jadi jiran cik mat gebu ni.. Gamaknya hari2 menangis depan pinggan. Bau masakan dari resepi dia pun dah layu apalah kalau cik mat yang masak. gamaknya makan sampai pengsan.  Bukan la sebelum ni aku tak reti masak kari.. Tapi bila ikut resepi cik mat gebu.. ada kelainan dari segi rasa & bau. tu yang best...

Ni la hasil merembat resepi cik mat gebu semalam.. Kari ayam tanpa santan. memang tak mengecewakan tekak langsung.

 Nak resepi kari ayam sedap ni boleh tengok kat Dapur Tanpa Sempadan

Gamaknya boleh ke kalau aku nak tukar genre blog puaka ni kepada blog masakan pulak? hahahahaha... ok ok sedar takat semangkuk kari ayam tanpa santan jangan mimpi di siang hari nak mencaras populariti cik mat gebu katanya... Ok ok.. aku ambil keputusan jadi pencuri resepi cik mat gebu jer.


P/S : ada orang Ingat blogger macam kami yang aktif berblog & kat FB ni tak masak asyik layan pesbuk..  Sebenarnya dapur den bukan tak berasap langsung. Masak jugak. Asben den ni bukan macam asben orang lain.. dia nak makan baru dia request masak. Kalau tak bazir je masak. So, tak kira la tengah malam kalau dia nak makan den masak.. masak je & den ni bukan jenis hari2 makan nasi berlauk. Yang paling penting tak semua den tunjuk apa yang den makan. Bergantung pada mood & keperluan.hehehehe

7 comments:

  1. curi resepi takpe cik mat cakap,jangan curi gambar..hahahaha...sy pun kalau tak tau nak masak ape,lebih suka tengok resepi² dari blog che mat..

    ReplyDelete
  2. sama...pencuri tegar... hahahaha... tp tu laa ada baca status cik mat haritu.. curi gambar, tp resepi lain.. hahaha..

    ReplyDelete
  3. Wah.. Nak try jugak ni..suka makan kari.. Sedap..

    ReplyDelete
  4. Best cuba resepi mat gebu...cara dia ambil gambar pun sgt pro betul

    ReplyDelete
  5. hehehehe.. teman pernah masak resepi dari blog ci mat gebussss.. heee.. apa tu.. err.. apa tuu.. haaaa.. kueteow kungfu.. sedappppp

    ReplyDelete
  6. Tak payahlah nak tukar genre, Suria. Kekalkan aje blog berhantu tu lagi bagus. Sesekali mencuri resepi cik mat gebu katanya, tak leh lagi tukar genre. Kalau sehari berpuluh kali curi resepi, itu bolehlah cantas title cik mat gebukan.

    Akak pun rajin juga mengelamun depan pc ni bila ke sana. Berangan konon-konon tengah masak kat dapurlah tapi haram tak pernah pun buat. Eh, ada, ada...beberapa kali juga dah tiru resepi!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com