OCD ADALAH SALAH SATU GANGGUAN MENTAL YANG RAMAI ORANG SALAH FAHAM
Sebelum kami ulas lebih lanjut pasal Gangguan OCD ni meh kita faham apa iu OCD tu dulu. Acah acah pakar google kejab yer.. Jangan ada yang muntah berdarah pulak. hehehehe
➠Seseorang yang obses dari aspek pemikiran, bayangan atau cara yang bertubi-tubi (rumination), contohnya dia merasa tangannya kotor walaupun hakikatnya tidak.
➠Individu terbabit berada dalam keadaan resah, cemas, tertekan dan merasa tidak selesa dengan keadaan ini.
➠Sedar dan apa yang berlaku sebenarnya bukan sesuatu yang sengaja dibuat-buat tetapi datang dari luar ‘ego alien’ pada dirinya.
➠Individu tersebut tahu bahawa idea atau bayangan yang hadir dalam dirinya itu adalah karut, tidak logic dan tidak sepatutnya berlaku.
➠Melawan dan menahan idea yang datang dan menyebabkan dirinya menjadi resah.
Pemikiran atau bayangan ruminasi obsesional ini boleh dibahagikan kepada sama ada:-
➮ Was-was
➮ Kebersihan
➮ Melakukan sesuatu secara perlahan-lahan (slowness)
Biasanya disusuli dengan tindakan kompulsif atau perbuatan yang dilakukan berulang kali. Individu yang mempunyai kesemua ciri-ciri ini biasanya cepat marah, mudah tersinggung di mana fungsi sosial mereka menjadi tidak terurus.
Malah, tumpuan fikiran mereka juga sering terganggu mengakibatkan hubungan sosial dengan orang lain dan keluarga sering menimbulkan masalah.
Individu yang tergolong dalam kumpulan ini biasanya sering berkeadaan seperti:-
⟴ Kemurungan
⟴ Sedih
⟴ Kurang selesa
⟴ Cepat letih
⟴ Berat badan menurun
⟴ Cepat marah
⟴ Tidak menghiraukan aspek pengurusan diri seperti kebersihan atau kecantikan.
Sekiranya pesakit berhadapan dengan konflik, symptom OCD ini boleh berubah dari segi keterukannya dimana ia boleh menjadi lebih serius.
Bagaimanapun, sekiranya masalah atau konflik yang dihadapi dapat diatasi dengan cara yang baik, symptom-simptom ini akan berkurangan.
Sumber : Malaysian Mental Health Association
Kalau pernah ikuti kartun Boboiboy ada satu episod bini kepada cikgu Papa @ Papa Zola, iatu mama zila yang di gambarkan sebagai seorang OCD. Bila nampak keadaan tidak tersusun, kotor & berselera terus dia bertukar jadi raksasa OCD. Nak bagitau OCD ni dia memang sukar mengawal perasaan & benda tu membuatkan mereka jadi tertekan bila dalam sesuatu keadaan yang mereka rasa tidak macam depa nak & harapkan. Salah satu faktor kebersihan & kekemasan.
hahaha kalau sha pulak bilik selerak sikit pun rasa kemas cemana tu haha
ReplyDeleteSaya dulu memang terukkkk sgt ocd. Boleh mengamuk tau. Kalau tak menepati kriteria yang saya nak. Family la duk tengok amukan saya selalu. Sebijik macam bini papazola tu. Hihi. Saya ocd kategori kebersihan dan kekemasan. Dulu memamg takleh kawal diri. Skrg je dah terkawal. Mungkin sebab environment kot. Dah duk dengan mertua ni. Kena behave banyakkkkk. Pelan2 saya cuba kawal obses saya terhadap kekemasan dngan kebersihan. Walaupun kekadang terlepas jugak. 😂
ReplyDeletesaya tak suka benda berselerak n kotor, tp rasanya saya bukan OCD..
ReplyDelete