TAHU MEMBACA & MENGENAL NOMBOR DI AWAL USIA, ANAK ANDA MUNGKIN HYPERLEXIA & HYPERNUMERIC
* mereka sukar untuk memahami arahan
* mereka jarang dapat respond dengan soalan yg mudah apabila ditanya oleh ibu bapa seperti 'adik nak makan ke?' 'Adik nak ni?' soalan mudah,yang mana anak usia 2 tahun pun boleh faham tetapi mereka tidak faham dan tidak respond langsung
* mereka banyak 'echolalia'-meniru balik percakapan kita tetapi tidak faham pun apa yang dicakapkan
* kurang memulakan perbualan
* tiada komunikasi 2 hala
* tidak dapat bersosial dengan baik dengan rakan sebaya
* sangat obses dengan huruf dan nombor sehingga menunjukkan tingkah laku yang tidak dapat dikawal
* boleh membaca,mengenal huruf dan nombor tetapi sukar untuk mengaitkan apa yang diketahui dalam kehidupan harian
* kekuatan boleh dilihat dalam memori yang melibatkan deria penglihatan (visual) dan pendengaran (auditory) tetapi deria lain tidak menunjukkan tindak balas yang sewajarnya
sering dikaitkan dengan masalah Sensory Processing Disorder
Ada 3 karektor kanak kanak yang mempunyai hyperlexia & hypernumeric
1. Kanak2 yang kelihatan bijak apabila boleh membaca awal tetapi kurang interaksi sosial dan mempunyai masalah tingkah laku yang sukar untuk dikawal
2. Kanak2 Autism yang mempunyai hyperlexia yang ada 'splinter skills', keadaan di mana dia tahu banyak benda tapi benda yang dia tahu tu tak boleh digunakan di dunia nyata. Contoh macam ni.. terjadi dalam cerita Rainman yang dibintangi oleh Dustin Hoffman dan Tom Cruise. Dustin yang memegang watak seorang insan Autism tak nak naik flight sebab beliau sudah menghafal dalam kotak memorinya mengenai kejadian2 kemalangan kapal terbang yang pernah terjadi di seluruh dunia. Ini menunjukkan yang beliau mempunyai kebolehan mengingati banyak benda tetapi tidak boleh digunakan dengan baik di dunia nyata.
4. Kanak2 yang boleh membaca di awal usia tetapi mempunyai symptoms Autism tertentu tetapi hakikatnya bukan Autism.
❝Perkara begini berlaku mungkin di sebabkan keghairahan ibu bapa/pendidik yang mahukan pembelajaran akademi di mulakan dari peringkat awal untuk anak anak mereka. Kaedah belajar guna gadget & flashcard yang menjadi trend masakini pun sebenarnya ada risikonya.❞ ←Yang ni aku pun buat sebab anak aku ada masalah low attention so kena attract dia dengan audio & visual yang menarik kalau nak suruh dia belajar. Tapi anak saya midl autisme yer..
Hyperlexia tidak hanya tertumpu kepada belajar huruf2 ABC tetap juga merangkumi huruf2 Hijahiyah. Alif ba ta bagai tu.. Islam pun dah bagi garis panduan dalam mendidik. Anak di bawah umur 7 tahun harus di beri didikan akhlak terlebih dahulu sebelum belajar mengaji al Quran bagai.
Tidak perlu untuk memastikan anak anda boleh membawa seawal usia di bawah 5 tahun. Kalau anak - anak yang dalam usia 5 tahun belum boleh membaca bukan di sebabkan mereka ada masalah 'masalah pembelajaran'. 'Masalah Pembelajaran' hanya boleh di kenalpasti bila kanak kanak itu berumur 6 tahun. Sekiranya kanak kanak yang dah memasuki usia 6 tahun mempunya masalah membaca & mengenal huruf & nombor berkemungkinan mereka ada masalah disleksia & dyscalculia
Jadi jangan obses untuk memaksa anak anda belajar membaca seawal usia 4 tahun kebawah. Perkara ni mungkin merbahaya kepada perkembangan anak - anak anda sebab kita tak tahu kemampuan & keupayaan otak anak kita setakat mana. Dalam usia tu sememangnya kanak kanak perlu lebih bermain bukan bukan belajar kerana waktu itu masa mereka meneroka dunia biarpun comot sebab bermain.
Credit Liyana Raya,
Occupational Therapist
baru tahu pasal ni. thanks suria
ReplyDeleteAnk2 sy start blh baca umor 2thn..umor setahun dh knl semua huruf..tp dorg ok je..aktiviti fizikal ok dn akhlak ok..dgr arahan..talkactive..berani dn sopan jgak..semua bermula dn doa jgak..supaya balance
ReplyDeleteAlhamdulillah.. anak puan bijak & berkembang dengan baik tapi tak semestinya anak yang ada masalah ni parents tak berdoa. Cuma parents yang ada anak istimewa mungkin terpilih kerana mereka pun istimewa :)
DeleteMaklumat yg sangat bagus dan membantu... Selama ni fikir anak autisme rupanya hyperlexia...
ReplyDeleteLiyana, walaupun and a seorang occupational therapist, and a perlu dapatkan fakta yg betul sebelum poskan yg apa sebenarnya fikiran anda dan bukannya kenyataan. Saya bersetuju apa yg anda pos tentang hyperlexia membantu org awam mengenal hyperlexia. Tetapi, hyperlexia BUKAN disebabkan keghairahan ibu bapa untuk mengajar anak pada umur yg muda. Ini adalah cara anak anak hyperlexia belajar dan mengenal dunia sejak kecil lagi. Kenyataan ini bercanggahan dengan apa apa kenyataan Dan pengajaran hyperlexia.
ReplyDeleteDiharapkan Liyana dapat betulkan pos Liyana. Kalau liyana perlukan dokumen tentang Hyperlexia, boleh dapatkan dgn Saya. Tq.
Hi Gerry, saya ingin lebih tahu mengenai hyperlexia. Boleh tak saya berhubung denagn Encik/Puan. amirazfaraznan@gmail.com
Delete