Tajuk tu macam puaka sangat kan?? Tapi baca dulu isi kandungannya yer.. Bukan nak menyindir @ nak mengata.. bukan cemburu bukan jugak nak menjatuhkan sesiapa tapi apa yang sang lekit dapat dari hasil bacaan sang lekit sekadar nak kongsi untuk kita sama2 teladani & sempadani (
erkk... macam pelik je sempadani kan??)
Walaupun berstatus halal tapi masih ada batasannya cara kita bermanja, bermesra, menyatakan kasih sayang @ meluahkan perasaan tak puas hati bagai la. Ada tempat yang boleh kita cerita @ tunjuk semua tu.. ada tempat yang tak boleh. Jadi tak semestinya halal hubungan tu maka jadi halal kesemua tindakkan kita. Ye tak??
Sang Lekit ada baca 1 artikel ni berkenaan isu canang kisah rumahtangga di laman sosial tak kisah la yang di canang tu berunsur bahagia @ derita. Menurut artikel tu...
|
Sekadar hiasan |
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya
sejahat-jahat manusia di sisi ALLAH pada hari kiamat ialah seorang
lelaki yang melepaskan hajatnya kepada isterinya dan isterinya
melepaskan hajatnya kepadanya kemudian dia menyebarkan rahsia itu.”
(Riwayat Muslim).
Melihat kepada hadis di atas jelas menunjukkan janganlah beria-ria
memuat turun gambar mahupun menaip status yang bukan-bukan di FB yang
menjadi ikutan berjuta orang. Cukuplah jika anda dan pasangan tahu apa
yang berlaku. Kegembiraan atau kedukaan usah dipertontonkan kepada orang
lain kerana pada anda ia adalah perkara baik namun, bagaimana jika
individu itu tersalah menilai.
Mengenai tindakan sesetengah pasangan yang hangat
mempamerkan kisah cinta dan aktiviti mereka di FB dilihat kurang wajar
kerana ia mengundang timbulnya perasaan meluat dan gejala negatif.
“Usahlah dihebohkan secara melampau-lampau. Ramai juga suami isteri yang
hampir bercerai disebabkan tersilap mengemudi medium sosial itu,
pekalah dengan keadaan masyarakat sekeliling bukan semua boleh menerima
cara kita kerana setiap manusia itu berbeza. ( Untuk artikel sepenuhnya sila clik DISINI )
Bukan apa ada blog yang sang lekit pernah baca sampai suami dia komen pasal buah dada dia pun dia nak cerita kat semua orang. Kita yang baca pun rasa malu. Sang Lekit tak cakap sang lekit baik sangat tapi dengan info2 macam ni.. kita sama2 la ingat mengingati. Yelah.. kadang2 kita tak sedar kita termelakukannya, kan??? Termasuk sang lekit sendiri. Jadi jangan la ada yang terasa hati sebab sang lekit cuma berkongsi info apa yang sang lekit dapat je bukan nak mengata, menyindir @ menjatuhkan sesapa.
sangat suka betul betul dengan artikel.
ReplyDeleteCik lekit!Saya sangat faham!!
cover2 lah.. hehe ^^
ReplyDeletesentiasa meletakkan batas dalam percakapan bersama teman,keluarga ataupun laman sosial..yang penting, seorang isteri perlulah sentiasa menjaga nama baik suaminya, insyallah akan mendapat lebih keredhaan dalam perkahwinan.Ada teman pernah berpesan kpd sy" setelah kamu kahwin,jgn cari keburukan suami, crilah kebaikan suami.kerana ia adalh syurga kita"
ReplyDeletesaye dah baca jugak artikel tu..sebab mummy kongsi kat fesbuk..hehehe..
ReplyDeletetapi saye pun setuju jugak dgn apa yg tertulis dalam artikel tu dan juga apa yg mummy lekit tulis ni..saye pun pernah terbaca belog yg mcm mummy cakap tu..kawan2 saye pun ramai jugak yg begitu..nak tegur nnt katanye cemburu..tapi ntah lah..manusia ni dah semakin ramai tak malu kan mummy?
harapnye kite tak tergolong la dalam golongan yg tak malu ni..insyaAllah..
wooooo part kat blog cite pasal boobs tu, serious ke??eerkkkkk... kalo dah melampau mcm tu mmg kna tegur..
ReplyDeletekena tau batas2nya :)
ReplyDeletesuami isteri bercium dikhalayak ramai pun xelok..inikan pulak bercerita hal itu ini utk tatapan org..
ReplyDeletekalau kisah dlman nk kongsi kt fb dan blog, mmg keterlaluan..
ReplyDeletejenis x brhsia nie
ReplyDeletejangan kat rumah tak gedik dengan suami sudah
ReplyDeleterasenye refer kepada orang pompuan kut.. org pompuan memang suka heboh untuk menunjukkan die yang terbaikkan :)
ReplyDeletesuka tajuk hang! hahahha... betul... depqan org nk gedik nga laki sendiri... kat rumah je lah gedik kan... hhahaha
ReplyDeleteapa motif nya nyer
ReplyDeletenak buat org jeles ke
atau apa
confuse jap
hehehe
tu la kekadang tue kemesraan melampau pun org tak suka tengok..
ReplyDeleteartikel yg kekadang buat kita sendiri terfikir seketika