PERLU KE MOTIF UNTUK MENULIS?

2/12/2012 12:31:00 PM suria lekatlekit 21 Comments

Sang Lekit nak kata rajin sangat update status @ berkomen kat status orang tak jugak.. nak kata takde langsung buat semua tu ada la juga. Friendlist sang lekit ni selain kawan2 sekolah, kawan2 lama, kawan2 blog.. tak terkecuali banyak adik2 yang add. Sang lekit jenis approve je sebab FB sang lekit takde la nak tulis benda2 privacy sangat kat wall.

Masalah bila berkomen di wall adik2 ni.. sentap tak tentu pasal walhal benda yang kita cakap tu bukan la berunsur sindir @ mengutuk. Kadang2 kita sekadar tanya untuk kepastian.. Yelah, update status kadang2 banyak unsur tanda tanya, atau kiasan @ benda yang kita tak tau tujuan dia kongsi status macam tu. Bila tanya apa motif.. wah sentap pulak. Katanya tak perlu bermotif nak update status kat wall sendiri. Mungkin dia lupa kot yang dia tulis kat FB wall bukan diari. Kalau diari mungkin la takde sapa boleh baca. Motif jugak dia tulis kat wall FB untuk bacaan peribadi.

Tulis kat wall Fb ni jangan la adik2 harap orang 'like' je manjang @ dapat komen gud gud jer sebabnya bila dah di paparkan pada umum maka pandangan, penilaian & pendapat orang tak sama dengan kita. 'Kalau tak suka tak payah la komen!!' Mesti ramai yang cakap macam tu kan?? Kadang2 ada mata sakit yang baca status yang pelik2.. Lumrah manusia akan keluar juga komen yang tak sependapat dengan penulis status tu. Tak kira bertema teguran, sindiran, nasihat, pandangan @ ingat mengingati sesama sendiri. Kalau rasa hati tu tak kental, jiwa tu selembut softlan.. ada baik jangan la tulis status yang menarik orang untuk berkomen. Tulis je dalam diari confirm takde orang nak komen yang tak sependapat dengan kau.

Bila orang berkomen cuba fahami betul2 maksud.. jangan nak sentap tak tentu pasal. Tanya motif status pun kau mula rasa orang sindir kau.. sendiri mau ingat la dik. Orang cuma pesan untuk kebaikan bersama kau pula rasa orang tuduh kau buat benda tu. Harus di ingat.. apa yang kita tulis untuk tatapan umum harus bermotif kalau taknak orang kritik apa yang kita tulis jangan anggap 'tak perlu motif untuk menulis sesuatu di laman sosial peribadi sendiri' sebabnya memang kau tulis kat tempat kau tapi kau jangan lupa kau tulis untuk orang lain baca.


p/s : entri ini adalah pandangan secara umum tak merujuk kepada mana2 pihak. kalau ada yang terasa tu bagus sebab hati & akal korang masih waras & berfungsi dengan baik untuk merasa sesuatu yang anda sendiri pernah buat. Jadi tak perlu sentap @ sedih lebih2 yer..

21 comments:

  1. every person have different point of view. mcm reader blog kita lah jugak (:

    ReplyDelete
  2. Hurmmm...manusia ni mmg banyak ragam, sabor jek lah

    ReplyDelete
  3. kesimpulan, jgn nak menghupdate FB tak tentu hala..hihi

    ReplyDelete
  4. hmmmm...kalau tak nak orang cakap pape pasal status tu,patut awal2 lagi takyah post ke apa kan.aiyaa..tak paham la skang ni.sme bnda nak gtau kat wall tu

    ReplyDelete
  5. betul tu Suria.. kdg2, manusia ni sensitif terlebih-lebih.. saya rasa, kalau tak nak orang komen yg boleh jatuhkan mood, apakata just update "assalamualaikum", "selamat pagi", "apakabar"... for sure org komen "wsalam", "slmt pagi jg", "baik"...

    *status sy pun org jarang komen..errr,aku tak kesah.."

    ReplyDelete
  6. sebenarnya konsep diorang 'tak suka tak yah komen' tuh sangat salah.
    tak leh pakai langsung tau. haihh

    ReplyDelete
  7. kalau tak nak orang komen janganlah update status ntah apa2... ni bila orang komen sikit nak sentap!

    ReplyDelete
  8. sekarang dah malas nak update status..haha

    ReplyDelete
  9. kat fb mmg sng nak sentap..hmm..
    kdg2 dorang bkn pkir pun..cpt btul melatah

    ReplyDelete
  10. kadang-kadang betul ape kata kak lekit. kite komen bukan nak kutuk tp lahir dri hati. orang yang buat status or blog or ape-ape twittering sepatutnya hati kental la... dah suruh orang bace kan...

    ReplyDelete
  11. memang ramai yg macam tu kot mummy..bukan takat bebudak..yg dah tua dan cukup akal pun same jek pesyen gitu..update status nak meraih perhatian org sebenarnye tu..tp bile ade yg tak sependapat bg komen kat komen die trus rase sentap tak ketahuan hala..sebabnya die nak semua org like dan komen gud2 je kat die sebenarnya..kan?

    ReplyDelete
  12. Betul2!! Terima secara terbuka.. Jgn cepat melatah.. Cuba fikirkan yg positif.. Mummy, nnt hapdet pasal cik lala plak yer.. ;) Rindu ngan dia.. ;)

    ReplyDelete
  13. kadang2 na update status FB ni un mcmm nak kene pandang keliling jugak ye tak... silap tulis ade yg sentap... silap bace status org pun, sendiri sentap... tu la antara keburukan FB n laman2 sosial yag sama waktu dengannya ni.... hmmm... pening....

    ReplyDelete
  14. aku dah makin naik putus asa dengan FB, sebab tu ko tengok aku skrg dah makin pasif kat FB nyah...

    ReplyDelete
  15. hehe..ati tisu la tu.. tu psl sentap.. xmo org komen, xyah update kannn

    ReplyDelete
  16. Salam mummy..
    Yup! Betul tu..cma x penah la mengalami situasi yg sama abby alami ni..

    Cuma Pernah terbaca status org lain..pastu ade plak komen dari org lain yg bertanyakan..pastu kena marah plak.. hoho..mcm2 dorang ni..

    ReplyDelete
  17. lama akak tak singgah ke sini..

    kat fb dah jarang updates status..lebih2 lagi kena block line fb bila kat opis ni

    ReplyDelete
  18. Manusia ni banyak ragam dear..sabar je la..

    ReplyDelete
  19. betul tu kalau org komen cuba pikir dulu apa yg ditulis sebelum terasa hati, mungkin pandangan dia berbeza, mungkin tu hanya luahan ht dia, jgn emosi cpt sgt :)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com