PERLU KE NAK TEGUR/BEBEL/MARAH ANAK KAT LAMAN SOSIAL

11/12/2011 08:30:00 PM suria lekatlekit 14 Comments

Semalam sang lekit ada terbaca kat satu blog ni, sorang selebriti chef ni marah anak dia yang juga chef sebab kantoi menipu dalam resume pasal pengalaman kerja dia sebelum ni. Selebriti mana, chef mana kalau korang tahu.. maka tahu la. Tak tahu, tak penting untuk tahu tapi yang penting perlu ke nak marah anak yang buat salah melalui laman sosial??

Macam dah takde rumah.. Macam dah tak sempat bersua muka.. & macam takde cara yang lebih baik nak nasihat/marah/tegur atau bebel kat anak sampai terpaksa la menaip kat status laman sosial tu. Untuk apa nak buat macam tu? Nak menunjuk ker? Tunjuk konon dia mak/bapak contoh yang kalau anak buat salah je tak selindung2 dah.. Memang la kes anak dia menipu tu 1 Malaysia dah tahu tapi tak payah la nak panjangkan cerita dengan kesinambungan cerita mak/bapak marah anak kat laman sosial lak. Ke nak publisiti? Perlu ke? Kan dah sedia popular kalau takde publisiti murahan macam tu pun.

Laman sosial buat semua orang tak kira budak ke mak bapak budak ke.. semua kembali jadi budak2 yang macam tak berapa nak matang. Semua nak cerita kat situ. Takat nak marah/tegur/nasihat atau bebel kat anak2 tu.. rasanya lagi feel kalau kat rumah. Membebel sambil basuh pinggan ke, masak ke, lipat kain ker.. Kan sambil membebel pun boleh buat kerja berfaedah dari kau membebel kat laman sosial semua orang baca apa kau tulis tu. Tak pun call.. tak dapat call sms 5 6 ratus perkataan, tak dapat nak sms, email la 6 7 muka surat. Macam2 cara boleh guna untuk marah/bebel/tegur anak secara peribadi. Tak perlu secara umum macam tu. Lain la kalau artis, isu tu di tanya wartawan.. Tapi wartawan tak interview melalui laman sosial pun. Paling2 dia terjah je terus. Yang selalu terjadi wartawan akan tanya statement yang artis keluarkan melalui laman sosial. Betul tak??

Carian Google

Sang Lekit pun kadang2 jadi risau.. yelah takut terjebak dalam gejala mengantung rahsia peribadi kat dinding muka buku, twitter & bagai ni. Setakat ni, Apa yang sang lekit nak tulis2 3 4 puluh kali jugak fikir. Mana la tahu masa hormon tak stabil tercarut bukan2 pulak. Jadi sama2 la kita kawal jari kita dari menaip sesuatu yang mengaibkan diri sendiri.

14 comments:

  1. Owh, celebrity chef tu.... tau tau... mungkin memang diorg jarang bersua muka kat rumah kot, tu yg terpaksa bebel kat muka buku tu... mcm keluarga aku, kdg2 je kitorg bersua muka kat rumah utama (rumah mak)sebab kerja dan masing2 dah tinggal rumah berasingan.

    Tak pun terpaksa pakai muka buku sebab takut nanti ter'pakai' buku lima, hehe...

    ReplyDelete
  2. memang tak perlu buat camtu sepatutnya... lagi mengaibkan anak tu yang sememangnya dah sedia aib!

    memang anak dia buat salah tapi sebagai ibu bapa perlulah tegur kesalahan itu dengan cara yang betul!

    saya pun tak setuju dengan cara dia..

    ReplyDelete
  3. Sokong dengan pdpat comment diats. :)

    ReplyDelete
  4. they should 'bersepakat' in doing something. sepantasnya, bapa harus cerdik dalam mengeluarkan kata2 kepada anak sendiri..too bad jangan mengata lebih2..emm :'(

    ReplyDelete
  5. rasanya dia try back up diri sendiri jgk..sbb dalam isu org lain dia mampu komen sound dan tegur secara terus terang..takkan isu anak dia, dia nak berdiam diri...

    sebenarnya, cara dia ni nak menunjukkan yg dia berlaku adil pd semua org...apa yg dia ckp..mbkn smeata2 ditujukan hanya pd org lain..famili dia jgk dia tegur

    ReplyDelete
  6. The father is not to be blamed for what the son did and even though has apologised, a lie is still a lie. It does not change anything.

    ReplyDelete
  7. for me okey je dia tegur gitu sbb dia org fofuler...kalo cam kita2 ni nk tegur yg kita jumpa hehari kat umah tu, memang tak patutlah... membuka aib... depa mmg dah fofular, xkisah...yang penting nama kena jaga + dpt glemer ...ala, bukannya xkenal chef wan, memang mulut dia gitu...ops terlepas...hehe

    ReplyDelete
  8. sebab tu ramai taknak approve adik beradik ngan mak bapak dalam FB..

    sebab takut cerita dalam kain tersebar..

    tapi kalau dah femes.. tak approve pun org tau kena marah ngan bapak..

    nasib badan...

    ReplyDelete
  9. Hurm...maybe sbb status celebrity kot tu yg everything kena publish kotttttt~heheheh

    ReplyDelete
  10. apa boleh buat.. lain-lain bapa..lain-lain caranya..

    ReplyDelete
  11. open sgt kan beliau.. mmg lar bagus tegur anak.. yg salah ttp salah.. sumtimes cara dia tuh.. buat anak lak kecik hati..huhu

    ReplyDelete
  12. nk kata salah or x trpulang pd hak peribadi...tp mgkin org akan asyik tnya soalan yg sma pd dier...so, mgkin dgn berckp trus pd public, lets ppl now what situation happened and ape prasaan dier...klau reporter tnya ques yg sma, angin gak dier...

    but as a father, he did like that to let ppls know, jgn menipu utk kejar impian...adalah menjadi tauladan utk anak2 kat luar sna spaya jgn menipu utk kejar impian...

    mna chef wan nk letak muka bla anak uat mcm 2...mgkin bkan niat dier nk burukkan anak dier mcm 2 skali...but bla dier trtekan he need to know that...hnya seorang ayah yang tahu bagaimana rsa n prasaan bla anak buat msalah....

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com