BUNTING GAJAH

8/08/2011 01:48:00 PM suria lekatlekit 12 Comments

Ramai pula blogger yang bakal jadi ibu & ayah kan sekarang ni. Terbaru khabar dari Ben Ashaari yang juga bakal bergelar bapak. Wah macam penyakit berjangkit pula. Apapun tahniah pada mereka2 yang bakal bergelar ibu & bapak ni termasuk jugak sang lekit. Meriah dunia blog dengan mummy & dady lepas ni. Tapi petang ni sang lekit nak cerita pasal penyakit bunting gajah. Penyakit apa tu??

Teringat sang lekit masa sekolah dulu, istilah bunting gajah yang di gunakan oleh seorang cikgu vateran kat sekolah. Kelakar juga masa pertama kali dengar istilah bunting gajah. Ni kebanyakkan terjadi kepada bapak2 budak. Tapi sekarang ni masalah ni bukan je di hadapi oleh mereka yang dah bergelar bapak tapi yang belum dapat pangkat bapak pun mula di jangkiti penyakit bunting gajah. Taknak kalah tu kaum lelaki. Kalau perempuan boleh mengandung, lelaki pun nak juga bunting. Adakah mereka suka akan keadaan ni?? Tentu sekali tidak kan??

Carian google

Cikgu sang lekit ni umur pun dah senja masa tu.. Bukan takat badan jer mengembang, perut pun turut serta berkembang mekar. Salah satu masalah dia kalau nak naik ke kelas yang tinggi. Bangunan paling tinggi kat sekolah sang lekit masa tu tingkat 3. Kelas sang lekit kat tingkat 3 masa tingkatan 1. Cikgu ni setiap kali naik tangga.. sampai je setiap tingkat (bermula dari tingkat 1) dia akan berhenti sekejab ambil nafas sambil pandang kat atas. Sampai la tingkat 3 dia akan mengulangi benda yang sama. Bila sampai dalam kelas.. dia akan mengeluh, susah betul kalau bunting gajah ni. Naik tingkat 3 pun semput. Kesian kan??

Itulah antara perkara yang paling kaum lelaki tak suka kan?? Kalau perempuan bunting sampai masa kempis juga perut tapi kalau lelaki bunting, sendiri mau ingat. Kena rajin la bersenam. Kalau tak membunting la seumur hidup. Jadi pada para2 bapak & kaum adam ni, sila jaga pemakanan & diet korang untuk mengelakkan anda di sahkan bunting gajah. Kalau perempuan bunting ada yang kata comel, tapi lelaki bunting kalau ada perempuan cakap comel maka ketahuilah sebenarnya dorang cuma nampak comel kalau poket anda pun turut bunting. Kalau tak bersedialah untuk di hambur dengan kata2 penuh trajidis & menyayat hati.
Perubahan pengambilan jenis pemakanan terutamanya dalam kalangan lelaki yang sudah berkahwin menjadi punca ramai antara mereka menghadapi masalah perut buncit atau boroi.perubahan itu berlaku kerana jadual pemakanan lelaki berkahwin biasanya lebih teratur dan melibatkan kuantiti yang banyak.(Rujukan : Usia, pemakanan punca lelaki boroi) 

12 comments:

  1. tuh maknanya bini pandai jaga makan laki tuh..hehehe

    Cik Bambam dah bertukar domain

    ReplyDelete
  2. Lelaki pon ade bunting jugak upanya

    T_T

    ReplyDelete
  3. haha,laki kebanyakan lepas kahwin akan bunting gajah.hee

    ReplyDelete
  4. gajah jugak dpt nama.hehehehe.ramai je laki yg mcm ni kak.skrg ni sy tgk.yg bujang2 pon sume buncet,

    ReplyDelete
  5. kesian btul ! nasiblah ayah dan abg semua xde yg bunting gajah ~ :D

    ReplyDelete
  6. bunting gajah untuk lelaki yang kuat makan....hahahaha...bini pandai masak tue yang jadi bunting gajah tue.....

    ReplyDelete
  7. kahkahkah...tuh PJK la...perut jalan kehadapan....sindrom lpas kawen nieh...ekekeke

    ReplyDelete
  8. kesalahan lelaki ini ialah di tangan si isteri yang terlalu memanjakan si suami dengan masakan2 yg sedap2....keh3

    ReplyDelete
  9. bunting dah rope macam kembor empat je...

    ReplyDelete
  10. haha kesian cikgu tuuuu..
    mesti penat..taknak ar buncit..
    org ckp lelaki pas kawin mesti buncit..
    jadi nk jaga lahh...
    x nk buncit huh

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com