MISTERI SEORANG JIRAN.. PATUT KE TAK PATUT?
Dia seorang mualaf berbangsa Punjabi. Umur dia dah cecah 40++ kalau tak silap. En hubby cakap dia tak kerja tapi cuma buat kerja2 sukarelawan. Seingat sang lekit masa baru - baru dia pindah dia pernah tegur sang lekit & cerita dia seorang guru. Tu tak penting la yang mana satu betul. Alkisahnya semalam...
Dia tegur sang lekit kat depan pintu. Dia tanya kalau dia nak ajak sang lekit temankan dia pergi beli makan boleh tak? Sang Lekit pun tanya kenapa nak kena temankan? Dia cakap takut sorang - sorang. Apa nak di takutkan siang2 hari. Kat sini bukan kawasan pendalaman.. Siang malam penuh dengan manusia macam pesta muda mudi jer. Lepas tu sang lekit cadangkan la dia kalau takut nak keluar order je kat restoran di blok A yang ada service delivery. Cuma call je.. dorang akan hantar. Dia kata dia dah tak boleh beli kat situ. Owner restoran tu tak bagi. Bila sang lekit tanya kenapa.. dia cuma senyum tak jawab.
Bukan tak kesian.. Tengok macam bermasalah je jiran sang lekit ni cuma sang lekit risau nak terlalu baik. Pengalaman lepas pasal jiran ni buat sang lekit berhati hati nak rapat dengan sapa. Siang malam asyik ketuk rumah aku minta tolong tu ni.. Last - last kita di dajalkan dia. Memang cukup la sekali jadi macam tu, kan?? Jiran baru ni pula lain macam je sang lekit tengok. Nak tanya lebih - lebih masalah dia.. Risau kang cakap kita menyibuk. Tak tanya jadi tertanya - tanya & buat andaian sendiri pula.
Yang menjadi persoalan kenapa dia tak boleh beli makanan kat restoran Blok A tu lagi? Dia makan tak bayar ke sebelum ni? Dia nampak macam ada masalah kewangan jer... Lepas tu nak berjanji boleh sentiasa temankan dia turun bukit (Rumah sang lekit atas bukit sikit) jalan kaki pergi makanan.. aduhai. kudrat dah kurang sekarang. Nak turun dari tingkat 9 ni pun kadang - kadang malas sebab kaki sang lekit sekarang cepat sangat rasa lenguh. Sebolehnya taknak campur dalam masalah orang lain, takut kita pula terjebak dalam masalah dia.
Sang lekit sebenarnya dalam di lema kalau dia ajak temankan nanti apa nak jawab? Lagi satu sang lekit risau takut mula2 temankan pergi beli makan.. esok lusa bila kita senang di ajak temankan dia ajak boleh temankan ke tempat lain - lain. Dia lain bujang, tapi sang lekit dah bersuami. Sang Lekit jenis susah berkata tidak.. Jadi sang lekit tak bagi harapan kat orang. Bukan la sang lekit tak suka beramah mesra dengan jiran2.. Tapi konsep berjiran kat sini kena berpada pada. Dulu sebab baik tak berpada la sampai nak roboh di ketuk jiran sebelah. Hal remeh temeh pun nak minta kita tolong buatkan. Melampau kan??
Jadi cadangan en hubby.. suruh cakap dia tak izinkan. Macam tak logik je takut nak pergi beli makan sorang - sorang. Sebab sini memang kawasan sibuk & ramai orang. Kalau dia takut sebab ada musuh, takkan sang lekit nak ambil risiko? Lagipun apa sang lekit yang bertubuh kenit ni boleh buat kalau jadi apa - apa kat dia. Rasa macam tak logik.. dekat Apartment ni ada 2 restoren & 1 gerai nasik campur. Kalau takut beli je dekat2 sini. Kenapa perlu pergi sampai bawah bukit? kan??
akak ckp je suami akak x izinkan,huhuhuhu x kan lah ade hantu kak limah siang2 buta ni,kalau malam tu maybe lah kot,huhuhuhu
ReplyDeleteserba salah jugak dibuatnya kan..tapi tindakan dia tu boleh menakutkan jugak..hmm your husband's idea was good.paling kukuh rasanya
ReplyDeletemenakutkan la pula bila ada jiran cam ni.. Apa la yang takut sangat.. sang lekit cakap je suami tak izin, dan buat tak tau je. Takut lain kali apa-apa lak yang terjadi. Biarlah dia kata sombong ke apa.. orang zaman sekarang ni belum tentu nampak baik orang tu baik.. macam-macam perangai ada skang ni. Nak nak sang lekit dah 7 bulan ngandung.. Jaga diri tau..
ReplyDeleteJom baca ni :INTERLOK : Apa kesudahannya? Jadilah novel yang..
Jom baca ni :Minuman Bliss, Nestle dipanggil BILIS.. Baik untuk penghadaman..
Jom baca ni :Eksklusif pertemuan pertama Jimmy Shanley dengan anaknya Zahrah Shanley..
btl kak...bgtau je suami akak xizinkn.. kang jd pape ssh lak.. org ni rambut je sm hitam, hati lain2.. bahaya...
ReplyDeletebahaya jiran ni...kah...kah
ReplyDeletebaik2 sang lekit..rasa2 nya dia dh melekat kot...kah...kah
i will answer: NO.
ReplyDeletebukan apa... takut nanti dia ni somthing wrong atau nak ambil kesempatan.
i will answer: NO.
ReplyDeletebukan apa... takut nanti dia ni somthing wrong atau nak ambil kesempatan.
i will answer: NO.
ReplyDeletebukan apa... takut nanti dia ni somthing wrong atau nak ambil kesempatan.
i will answer: NO.
ReplyDeletebukan apa... takut nanti dia ni somthing wrong atau nak ambil kesempatan.
aah sis,ckp je tak di izinkan.sis pon preggy.ckp je tak larat.
ReplyDeletehmm..baik jgn dilayan sgt.. takut org amek kesempatan atas sikap baik kita tu..
ReplyDeleteBetul.. kena hati2.. kalau setakat bertegur sapa macam tu ok la supaya kita tak dikata sombong.
ReplyDeletetapi kalau sampai minta teman sana sini tu jangan dilayan sangat.. kita bukan tahu jiran baru kita tu macam mana kan..nanti kalau dah naik lemak macam2 demand lagi... hehe
susah nak agak kenapa dia jd macam tu, mungkin dia nak berkawan. mungkin dia ada masalah psiko, mungkin dia takut ade org nak belasah dia..
ReplyDeletedia pompuan kan nyah kan?
ada udang dicelah makaroni tuh..
ReplyDeletesatu jer jgn percaya dgn lelaki...mereka ada mcm2 plan dalam kepala ....danger!
ReplyDeleteDalam keadaan dik lekit begini lebih baik berhati-hati, akak rs dia tak de duit nak belivnasi. beli adik teman dia...nanti dia buat2 la duit tertinggal ke..so dik lekit leh byrkan...kemudian payahla tgu dia byar balik...haha...hanya salah satu anggapan dalam siasatan ya...apapun berwaspada...sekarang mcm2 boleh berlaku tau. tiada yg mustahil
ReplyDeleteish, something wrong somewhere la kak. silelah abaikan org tu. hati2 sket bile kua rumah. akak pregnant. pape hal nk lari pun ssh. t8 care!
ReplyDeletehuhu...
ReplyDeleteorg skrg mcm2 hal...
better ikut ckp en hubby..
senang!
nasib baik suami akk tak bg, bahaye je
ReplyDelete