ORANG YANG BAIK TAK AKTIF DI LAMAN SOSIAL

2/28/2015 02:38:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

Zaman orang bercakap melalui keyboard ni dah takde perkara betul boleh di buat kalau ikut pandangan manusia. Semua akan jadi salah.. tak kira la benda tu baik apa lagi yang buruk. Contohnya..

Sumber Google

Tulis pasal isu semasa
tak baik mengumpat

tulis pasal hiburan
Dosa.. sebab melalaikan umat

tulis pasal agama
Kau bukan orang yang layak cakap semua tu sebab kau tak sempurna

Tulis pasal resepi masakan
Tak baik.. mungkin ada orang kat luar sana kelaparan

Tulis pasal kau
Bagus! memberi manafaat pada semua. Sebab kau je yang bagus kat alam maya ni


Sumber google

Kesimpulannya takde apa yang jadi betul kat laman sosial ni kalau nak cari benda betul yang semua orang rasa baik memang takde la. Apapun kita buat even tak buat apapun tetap jadi salah. Moral of the story.. kalau nak harap jadi betul pada semua pandangan mata orang memang sesuatu yang mustahil. Apa yang penting kita buat apa yang kita rasa betul & betulkan apa yang silap kita buat. Yang pasti orang yang betul2 baik tak aktif di laman sosial sebab.. kita sedia maklum..  laman sosial adalah medan bersuara yang sesiapa sahaja rasa selesa untuk bercakap apa saja. Kalau tak selalu pun sekali sekala kau akan terbuat dosa yang sama orang buat di laman sosial so tak payah budget mulia seolah2 suci sangat & melihat orang lain semua pendosa.

P/S : Jangan rasa tulis pasal diri sendiri semua tu menyumbang pahala sangat.. jiran jemur spender kat luar pun kau canang satu alam maya, Makcik kaki mengumpat ajak kau mengumpat kau tak suka kau mengumpat dia balik kat FB. Kau rasa macam kau menegur tapi sebenarnya kau jugak mengumpat. So, Sama2 la kita perbaiki diri. Aku pun sama.. memang serba serbi tak baik lagi.

*Apa aku tulis aku tak kata aku tak buat.. apa aku tulis adalah apa yang kebanyakkan kita semua buat, jadi marilah kita terasa beramai ramai*

7 comments:

  1. yeahhh beingat ingat ke arah kebaikan apa salahnya :)

    ReplyDelete
  2. Hurmm..laman sosial adlh salah satu fitnah dajal...huhu

    ReplyDelete
  3. Kalau yg menjurus kepada fitnah, mengumpat semua tu sebaiknya kita elak. Dan setiap apa yang kita kongsi pun berbalik kepada niat kita jugak. :)

    ReplyDelete
  4. Apa yg kita tulis, itu semua tanggungjawab kita.

    ReplyDelete
  5. Laman sosial ni kadang2 bawak perkara buruk juga dalam hidup seorang manusia.

    ReplyDelete
  6. Nak jd blogger kena bertanggungjawab atas penulisan kita.....kan...

    ReplyDelete
  7. Kiranya akak ni baiklah juga sebab akak tak aktif kat laman-laman sosial ni semua. Hehehe...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com