KUIH BAHULU BENTUK KEMALUAN LELAKI

2/17/2016 10:03:00 AM suria lekatlekit 8 Comments

KUIH BAHULU BENTUK KEMALUAN LELAKI. Zaman GST berleluasa.. barang keperluan jadi mahal.. kos sara hidup semakin tinggi sedangkan pendapatan statik macam tu tak naik naik mula manusia terpaksa menggunakan kreativiti untuk hidup. Orang meniaga sekarang pun banyak saingan jadi terpaksa buat kelainan la terhadap produk jualan mereka. Baru2 ni Viral Nasi lemak spiderman.. Penjual nasi lemak tu terpaksa ber custom spiderman sambil jual nasi lemak bagi menarik pelanggan. Dulu mana ada orang buat semua ni..


Pakai custom spiderman tu ok la.. Orang kata attractive jugak. Kita tengok pun mesti tertarik nak dekat. Bila dah dekat takkan kau nak ajak dia selfie camtu jer. Mesti la kau beli kurang2 sebungkus nasi lemak dia ye dak.. So startegi dia di kira berjaya la. Kalau nasi lemak dia sedap.. 1 bonus orang akan datang beli lagi. Tapi atas desakkan nak melariskan jualan ada jugak manusia bertindak di luar batas ke'malu'an katanya.

Kreatif tu memang kreatif tapi ni kategori tak senonoh sangat jual bahulu bentuk kemaluan lelaki. Mak Aaiii... Kalau aku la memang tak beli la. Apatah lagi nak selfie macam akak tu. Malu kot beb! Mau sorok muka dalam spender kalau gambar aku selfie dengan bahulu macam ni jadi viral. Tak jadi viral pun malu dengan laki sendiri kot even dah jadi laki bini pun. Malu tetap malu.

Macam mana la depa dapat idea macam ni. Semalam terbaca kat whatsapp katanya satu kedai kat Jonker walk melaka jual roti sosej berbentuk kemaluan lelaki di arahkan menghentikan operasi jualan. Tak tau la.. mungkin bahulu ni ada kaitan dengan kes kat Jonker walk tu. Kadang2 Viral ni pun boleh silap fakta, Roti di katakan bahulu. Apapun point dia bentuk kemaluan tu. hahahha.. Rupanya jadi satu kesalahan yer jual makanan dengan bentuk2 kemaluan ni. Elok la.. Nama pun negara Islam ye dak? Sepatutnya benda2 macam ni tak boleh di biarkan berleluasa.

Caption Giler Kentang Ni Memang Gila la hahaha

Terdesak macam mana pun tak perlu la berperangai jijik sangat yang boleh menyebabkan hilang ke'malu'an di khalayak ramai. Aku jangankan bahulu kemaluan ni.. Ada satu Ice cream dok tengah popular sekarang. orang rajin upload kalau makan.. warna kuning atas dia letak macam coklat.. bawah dia melengkung macam kaki payung. Bentuk dia bagi aku macam memalukan.. Insya Allah sedap macam mana pun aku takkan beli. Aku malu kot nak pegang & makan di khalayak ramai.. tengok blogger lain elok je dok upload gambar dengan ice cream tu. Maybe.. depa punya pemikiran tak sensitif sangat kot macam aku. hahahahaha


Moral of the story.. Berpada pada la nak meraih jualan. Buat apapun malu tu kena ada. Bila hilang malu maka maruah kita pun orang pijak pijak jer.

8 comments:

  1. Tak tergamak nak pandang...tak tertelan rasanya...dan tidak terfikir nak beli..bukan angkuh jauh sekali bongkak tapi....Allahu...yang sulit...yang peribadi kalau sewenang wenangnya disimbolkan pada umum...apa yang tinggal pada kita...di mana lagi bezanya kita dengan yang lain...*malu*

    ReplyDelete
  2. ahaahaahhahhahahahahahaha..adeh laaa weeii

    ReplyDelete
  3. watdehekkkk...macam takde bentuk lain daaaaa...buat la bentuk ikan ke...rama rama ke...ni kalau bebudak kecik yg dapat akak yg pengsan dulu...

    ReplyDelete
  4. sy tengok terus tak selera nak makan

    ReplyDelete
  5. memalukanlah benda camni, kalau anak2 tengok pun lagilah rasa camne nak jawab soalan2 depa tu. nak terbuka pun berpada2lah

    ReplyDelete
  6. Adehaiii.. apa ke bunyi bangang.. semalam pun ada satu blog tulis psl baulu bentuk ehem² ni..

    ReplyDelete
  7. Akak taip komen cepat-cepat eh dah petang dah ni! Kang termiss lagi nak jenguk blog ni! You always di hatiku tapi tak sempatlah nak bom kotak komen awak ni ^_^

    Yang sosej Jonker St tu akak adalah baca. Memang tak patut dan tak tahu malu. Kalau akak, memang tak beli. Nak beli pun malu apatah lagi nak makan depan suami dan anak-anak. Ish, seriau bila fikir tau!

    Bab aiskrim tu pulak kat MV kang. Akak selalu juga lalu-lalang teringin nak rasa sedap sangat ke ramai orang beli tapi bila tengok bentuk fizikal aiskrim tu, akak terus hilang mood nak mencuba. Nak minta akak selfie for the first time dengan aiskrim ni masuk blog, tunggulah sampai akak kena alzheimer yerk!

    ReplyDelete
  8. Akak yg berselfie tu x rs malu erkk??? kesian kt anak2 pompuan diee....

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com