KURANG FEEL TENGOK LAKONAN SITI SALEHA DALAM DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU
Antara babak dalam 7 hari mencintaiku. Siti saleha |
Sememangnya sejak dulu lagi aku bila tengok lakonan siti saleha ni macam kurang feel.. dia berlakon babak sedih pun tak mampu menusuk ke kalbu & dia berlakon babak romantik pun tak menusuk ke kelambu jugak. Tak tahu kenapa.. Mungkin riak wajah, tone suara & slang dia bagi aku macam tak berapa feel la. Berbanding pelakon Izreen Azminda yang bagi aku antara pelakon yang boleh bawa bermacam macam jenis watak. Kalau watak jahat pun kita boleh rasa benci tengok muka dia macam dalam drama Tentang Dhia dulu... Kalau bawa watak teraniaya kita boleh rasa kesian macam dalam drama Kerana terpaksa aku relakan & kalau bawa watak komedi pun kita boleh gelak jugak. Sebab bila dia membawa watak tu.. ekspresi muka, tone suara, dialog dia memang sampai la ke hati. Boleh rasa apa yang di lakokan tu.
Pelakon Izreen Azminda |
Berbanding siti saleha.. even Drama 7 hari mencintaiku ni jadi trending sekarang tapi aku rasa macam spoil la pemilihan siti saleha sebagai heroin drama tu. Haritu aku tertengok episod yang si buntat mati tu.. Aku rasa yang menaikkan mood sedih masa babak tu cuma lagu Uji rashid jer tapi cara siti saleha melakonkan babak sedih tu macam tak berapa boleh feel sangat. Bukan sebab minat ke tak.. Aku memang tak ada fanatik sangat dengan mana2 pelakon sekarang ni. Yang mana aku rasa best.. aku cakap best. Yang tak best aku cakap tak best. Aku memang tak taksub sangat dengan retis dah. Zaman ketaksuban tu dah lama berakhir katanya. hehehe
Ini cuma pendapat aku jer.. Tidak mewakili orang lain. Lagipun pelakon zaman sekarang ni popular tak semestinya bagus.. Ramai je pelakon yang tahap amatur tapi popular mengalahkan pelakon profesional. Itu hakikat yang kita boleh nampak la.
Dan sebab tu aku tak follow sangat drama lakonan siti saleha tapi bukan la tak tengok langsung.. tengok jugak sikit sikit. Kalau tak tengok langsung tak boleh la nak komen lakonan dia, kan?? Jadi nak kritik ke puji ke kena tahu apa yang kita nak cakap tu... hehehehe
Aku ni bukan kata anti drama melayu atau tak minat langsung drama melayu cuma tak semua drama melayu tu aku follow je. Hanya drama drama tertentu jer.. Tapi ada orang memang tak tengok langsung cerita melayu..
Moral of the story.. Hope peminat drama 7 hari mencintaiku & peminat siti saleha tak touching dengan entri ni hehehehe
Hehe... Saya tgk drama ni bukan sebab pelakon tapi nak tahu jalan cerita dan ambil pengajaran... Tapi tu la kan.. ada irg tgk cerita tu sbb minat pelkaon tu.. dia berlakon ntah pape pun blh kata best..tu bg yang jenis taksub sgt la tu..
ReplyDeletebetui jg ...aku pun rs yg sama ... mcm tak feel ... tp aku suka buntat ngan pak samad..mak leha pun ok
ReplyDeletesama...heroin dia kureng ckit & sy cuma tgk drama ni beberapa episode ja sbb rs mcm x menarik heroin dia
ReplyDeleteSetuju, episod buntat mati tu feel sedih dia pada background lagu je.. kalau as Mia yang gedik mengada2 tu, Siti Saleha memang boleh bawak. Cuma watak sedih je kureng..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTakkanlah semua harus suka lakonan SS. Yalah kebanyakan orang suka makan tenggiri tapi ada juga segelintir tak suka tenggiri tapi ikan tembakul. Anyway Izreen bagus ke. Tengok expressi muka sama je macam nak meneran. Tengok ni. https://youtu.be/XuS9VsJh7HU
ReplyDeleteMaaflah tuan blog, saya tak setuju.
ReplyDeletePendapat saya lakonan Saleha antara yg paling mantap dalam 7 Hari Mencintaiku selain Nora Elena.Saya ikut perkembangan semua drama-drama dia. Dia popular kerana bakat dan bonus dia berwajah cantik. Sebab tu peminatnya setia. Saya kesian juga kat artis lain sebab jarang terpilih berlakon drama, tapi Saleha pun bukan sapu semua drama, masing2 ada rezekinya. Cth kalau tuan blog ni peminat Izreen, dia pada pendapat saya sesuai bawa watak lawak. Tapi watak2 lain saya tak boleh komen sebab saya ikut penuh drama2 Saleha saja. Drama lain saya jarang ikut.