CANTIK ATAU TAK BOCOR?

4/25/2013 12:23:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

Apa benda pulak cantik atau tak bocor ni?? Pampers ker?? Lebih kurang jugak la tu.. tapi ni cerita pampers (diaper kalau bahasa betul dia. Pampers tu cuma jenama diaper baby tapi kitra orang2 kampung dah biasa panggil semua jenis diaper, pampers maka kena cakap dalam bahasa yang semua orang senang paham la..) orang dewasa gitu.

Kita biasa panggil pad atau bahasa melayu tuala wanita.. Maaf lelaki tuala lelaki belum tercipta lagi hingga kini mohon jangan jeles, ok! Semua pun tau kegunaan pad @ tuala wanita ni time mana.. kan?? Kalau tak tau lagi confirm belum akil baligh.. hahahaha. Takpe adik2.. tak lama lagi tau la tu.

Sekarang ni macam2 jenama & jenis tuala wanita ada. Dulu kalau kita tengok 1 pesen jer kan.. yang macam roti planta tu sampai lekat nickname dia roti planta suatu ketika dulu.. ingat lagi tak?? Sekarang ni dah macam - macam jenis.. bentuk.. wing la, slim la.. macam - macam lagi la. Dulu plain color jer.. sekarang dah bercorak2. Contoh macam jenama kotex.. cantik la jugak corak dia.. tapi apa fungsi corak tu padahal benda tu duduk di sudut paling dalam di luar penglihatan orang lain gitu. Sapa tau ko pakai kotex ada corak2. Tapi kotex ni corak je lebih serapnya tak seberapa. Bocor jugak. Berbanding perfect comfort ultra slim.. dah la slim tapi tak bocor.

Tu contoh bukan promot ok! Tak berbayar pun entri ni. Jadi.. Yang depa dok pulun buat corak cantik2 tu macam takde fungsi sangat la kalau kualiti dia tak seberapa. Cuma yelah.. segelintir orang pompuan ni pantang tengok benda cecantik.. sweet muet.. comel lote.. mula la tergoda, kan?? Fungsinya kat situ la.. cantik untuk tarikan walhal kalau pakai takde sapa nampak pun bunga2 kat pad tu, kan?? hahahaha

Jadi korang orang perempuan yang dah akil baligh & belum menopos.. Yang mana pilihan anda?? Andakah korang lebih suka puaskan mata dari puaskan hati??


Still ingat brand ni?? Klasik gitu. Zaman den belum akil baligh lagi ni


 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <

8 comments:

  1. hehehe..betul dulu ada sanita je..memang dok panggil roti planta..ada kes mak dok hospital jaga arwah tok wa..sekali datang period..mak pesan la suruh beli roti planta (pad) shida pun bagitau ayah mak suruh beli roti planta sekali ayah beli roti planta betul bawak p hosp..mak punya gelak...hahahhaa..


    betul tu kalau lawa tapi bocor nak wat apa kan...dan jangan tatau pad herba pun da ada kan skrg nie...mcm2..org dulu2 pakai tuala x pun kain batik je buat alas...kalau tengok ada kain tuala kecik banyak jemur tu paham2 sendiri la..

    ReplyDelete
  2. masa skolah dedulu malu sgt2 nak beli pad ni smpkn suruh org kedai balut ngn surat khabar...skrg ni tkde malu2 nyer..

    ReplyDelete
  3. hehehe lawak je bc ttg abah shida beli roti planta sungguh!

    ms sklh mngh dulu mnlah reti nk berkotex-whisper dll.mmg pengguna setia sanita.mmg kalau gi kedai runcit srh balut paper sbb segan kot otw balik jln kaki,nnt nmpk dlm plastik beli brg apa.

    ye betul tu ada gak pakai bercorak xda kesan apa pun tp skrg pengguna setia libresse serasi bersama :)

    ReplyDelete
  4. masa skolah dedolu, ada lg satu pad jenama modes....lekat orang panggil modes,hikhik

    ReplyDelete
  5. salam abby..
    hihi..sanita tu pakai time darjah 6 & form 1 lepas pd tu terus stick dgn laurier..
    sejak librese keluar, setia ngan librese smpai skrg..

    xtebal, x nipis, x bocor & senang dicuci..

    mihmihmih..ade jgk terkenan & terbeli kotek kaler2 tu.. motif?? ntah..hahaha.. :p

    ReplyDelete
  6. sanita still pkai sampai skrg.. dr zaman mak muda2 lg dh ada. hehe

    ReplyDelete
  7. tak kisahla cantik atau tak yg penting tak bocor & selesa (tak gatal)

    ReplyDelete
  8. Saya suka guna liberese tak gatal. Teringat pula adik lelaki i pernah nangis minta modes kat mak...kate nya nak juga guna special tu mcm mana rasa. Dan pernah terjadi kt kpg seorg tua cecah kopi roti planta(pad).. Bila mkn...tawar...dia kate "kenapa roti ni liat sangat?...hehe macam2

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com