SANGGUP KE JUAL SUAMI RM1 JUTA?

5/24/2011 08:03:00 PM suria lekatlekit 12 Comments

Membaca review filem dari blog KitaFM tertarik pula sang lekit nak buat kesinambungan tentang entri tu tapi seperti biasa dengan penulisan & pendapat peribadi sang lekit sendiri. Takpe la kalau ada yang anggap sang lekit ni asyik mencari ilham dari sumber orang lain jer yang penting saya sang lekit sedaya upaya untuk menghasilkan sendiri jalan ceritanya, kan??

Hasil carian google

Berbalik pada tajuk entri sang lekit " Sanggup ke jual suami RM1 juta?" Sanggup ker? RM1juta tu bukan RM1k apatah lagi RM1.. Sapa tak nak RM1juta kalau ada orang nak bagi kan?? Tapi mana ada orang nak bagi RM1juta macam tu jer kalau takde balasan. Sebagai pertukarannya korang harus la sanggup di madukan & berkongsi suami. Sanggup tak puan - puan? Perkataan madu la paling di geruni kebanyakkan perempuan yang bergelar isteri. Sedikit sangat wanita kat luar sana sanggup di madukan dengan rela hati. Termasuk la sang lekit.

Suami umpama harta juga bagi sang lekit. Jika ada nilai dalam ringgit malaysia dapat membeli suami ku.. Maka tak mustahil ada orang akan membelinya. Tapi dalam hati ini belum pernah tercatat harga seorang suami dalam nilai ringgit atau harta benda. Jawapan tulus.. Setakat ni memang sang lekit takkan sanggup di madukan. Sampai sang lekit takut nak bayangkan kalaulah satu hari aku terpilih menerima dugaan sebegini.. Aduhai, menakutkan. Terpaksa berkongsi segalanya dengan orang lain. Cukup! Tak sanggup ok!

Betapa murahnya harga diri, maruah & nilai cinta & kasih sayang seorang isteri terhadap suaminya sehingga sanggup meletakkan tanda harga yang tak mustahil mampu di beli orang lain. Terang - terangan harta & kekayaan mendahului kasih sayang terhadap suami. Seolah - olah syurga juga boleh di beli dengan harta & wang. Betapa malangnya bagi seorang suami memiliki isteri yang macam tu sebabnya.. Jika harta duniawi lebih mengatasi cinta pada suami maka takde yang mustahil bila suami itu papa kedana dia juga akan kehilangan isteri.

Semua orang mengimpikan kehidupan yang selesa.. kaya & mewah. Tu tak di nafikan. Tapi tak semua orang sanggup menjual suaminya demi meraih semua tu. Tapi bukan sesuatu yang pelik atau aneh lagi kalau wujud isteri2 yang macam tu di zaman sekarang. Realitinya memang ada. Tak tahu la dalam hatinya ada apa.. Tapi yang pasti biji mata hitamnya cuma nampak $.

Sumber Rujukan : BERAPAKAH HARGA SEBUAH CINTA? BILA ISTERI SANGGUP JUAL SUAMI???? 

12 comments:

  1. Lekit... memang meLEKIT la ..
    kalau RM1 juta.. wow... banyak tu.. ekekek... tapi tu la.. nilai CINTA bagiku adalah infiniti...

    ReplyDelete
  2. tak sanggup jugak biarlah miskin pun tk kisah huhu

    ReplyDelete
  3. waaa. bia la tak kaye, suami mana mao cr lagi.

    ReplyDelete
  4. banyak manala sangat sejuta tu zaman la ni....sian kaum suami...cam dalam citer 3 abdul

    ReplyDelete
  5. rara sokong dgn kata2 akk tu.mmg kita kaya didunia.tapi kite lah org semiskin miskinnya si akhirat nanti.ingat lah.suami bukan lah barangan jual beli.mcm tu jugk manusia.kite ni dh mcm balik ke zaman pramlee pulak.

    ReplyDelete
  6. saya nak jual suami saya dengan harga rm 1 jutaaaaa...

    ehhh lupa aku takda suami.. hahahahaha

    ReplyDelete
  7. duit sejuta boleh habis..

    kalau laki mana nak habis..usefull ke akhir hayat and hingga ke syurga kan.. :P

    ReplyDelete
  8. Subhanallah.... Selepas Allah dan Rasul .. adalah tempat suami.. dunia hanya sementara... yang kekal.. nilainya lebih dari 1 juta :)

    ReplyDelete
  9. gila ke hape isteri macm ni??
    huhu..
    x rela i.. i lap my hubby~~~
    ♥♥♥
    ewwww

    ReplyDelete
  10. tak sanggup nyer .. mintak dijauhkan la .

    ReplyDelete
  11. teringat zaman dulu2 ada ramai suami yg isterinya dibeli oleh dato' dgn harga yg tinggi.ish3

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com