APARAH JIN NI.. BURUK SIKU

10/18/2010 11:25:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

Pepagi lagi dah menyelak akhbar HM kat http://www.hmetro.com.my/. Yelah untuk menambahkan koleksi pnegetahuan Am. Tapi berita kat HM online arini takde yang menarik untuk aku kupas kupis tapi artikel yang aku senduk dari blog http://syoknyadownload.blogspot.com/2010/10/jin-tangan-berbulu-ambil-semula-permata.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2Fsyoknyadownload+%28!!!+Syoknya+Download+Daily+Update+!!!%29 memang amat menarik. Dia pun cedok dari akhbar juga.

Cara mudah untuk update blog..

Bagi Uolls yang selalu menyelak paper mesti penah baca kisah seorang anak dara yang slalu ghaib time maghrib & tengah malam. Dan akan di temui semula di tempat - tempat pelik seperti kat kubur, atas pokok & pernah kat dalam mesin pembacuh simen. Nasib baik tak dalam kubur.. Just Joke. Peace!

Kalau di sorok dalam ni mau nya tak kuar dah.. takde pintu apa lagi tingkap

dari rentetan kisah anak dara yang bernama siti Balqis ni.. Baru - baru ni gempar, alkisahnya 15 biji batu permata jatuh dalam rumahnya tanpa di ketahui punca & muslihat. Dan menurutnya mereka 14 biji permata yang di simpan dalam bilik berkunci & di kawal rapat tiba - tiba jam 4 pagi semalam ke tadi tak pasti lak. Yang sebiji lagi tu selamat sebab di berikan pada penasihat agama program Ilmu Alam Ghaib TV3, Sharhan Shafie, untuk membuat analisis terhadap penemuan batu permata yang disifatkan satu lagi kejadian aneh berlaku dalam rumah berkenaan.Rupanya Jin yang bagi. Menurut pengamal perubatan yang mengubati anak dara sorang tu, beliau sendiri nampak tangan berbulu jin tu cuba curi balik batu permata yang lagi satu tapi tak berjaya dengan success sebab dah di pagar dengan dengan ayat2 suci Al-Quran. Kata beliau Jin tu turut melakukan perkara jenayah kalau ikut hukum manusia la dengan mengugut beliau supaya tak terus mengubati Siti Balqis kalau tak siap anak beliau lak menjadi mangsa.

Wah.. Main ugut - ugut lak Jin tu

Jin buruk siku.. Dah bagi amik balik. Mula2 dia rasuah, pastu tak jalan.. Pastu nak amik balik. Aparah jin tu kan?? Apapun pada Uolls nak baca kisah tu secara terperinci clik jer >>> 14 Permata Ghaib

 Apapun Jin yang aku maksudkan bukan Dato Jins Samsudin yer..

2 comments:

  1. hehhee,, ada baca gak kisah siti balqish ni.. x sngka zaman skarang pon ada kjadian gni..

    apa2 pun.. slalu tgelak baca n3 kat lekat lekit ni.. enjoy!!!

    pandai jdkan blog ni sdp dibaca..

    ReplyDelete
  2. gimik je lya.. apapun thanks sudi menjenguk blog melekit tak penah mop ni.. kite pn slalu jenguk blog lya. sama2 la kita ziarah menziarahi yer..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com