PERLU KE??

12/15/2010 06:58:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

 Perlu ke hapa ni cik lekit?? Takde la sebagai blogger yang hobinya suka sangat bw ni.. Kadang - kadang tersinggah ke satu entri yang buat hati ni terdetik sesuatu lalu mencari jawapan. Bukan berniat dengki atau tidak puas hati dengan kelebihan orang lain.. Macam aku cakap tadi, hati nan kecil ni terfikir sesuatu.. PERLU KE?? Perlu ke hapa?? Sambung perenggan bawah...

Perlu ke kita attach resit bagai dalam blog untuk menunjukkan angka yang agak besar pada sesuatu yang sebenarnya ada yang murah just kita ni berduit then pilih yang class & mahal pastu buat satu entri share pasal something tu dengan meng attached skali resit pembayaran yang rasanya tak penting & tak perlu pun.Just cerita pasal tu.. then.. kalau ia tak penting untuk share dengan angka.. rasanya tak payah la kot.

Tapi blog kan umpama diari.. Yelah, disini la kita nak simpan memori. Esok dah tua bleh clik - clik balik kan?? Ye tak ye jugak. Maybe ada orang yang berpendapat & berniat untuk kenang kenangan tapi ada orang jugak dengan tujuan nak menunjuk - nunjuk. Sukar nak di pastikan yang mana nak menunjuk2 yang mana bersifat sharing is caring & yang mana lebih berniat untuk memori. Masing - masing disini dengan niat yang orang lain tak tau.. So, senang je. Niat elok.. maka elok la. Niat buruk.. maka buruk juga pandangannya. Kan?? Ni bukan entri dengki or merujuk pada mana2 blog atau blogger yer.. Kan dah cakap blog ni umpama diari, so aku tulis la apa yang terdetik di hati. Cuma diari moden ni bleh publish kat orang ramai berbanding kaedah lama. Siap ada mangga bagai.

8 comments:

  1. upsiee.... ada ke terasaan di situ sbb baru je tepek resit diner kat blog tadi. huhu.
    ala..akak ni takde niat nak menunjuk pun dik, cumanya kadang ada org nak tau kan rega tu berapa. tp tu lah..mmg ada terdetik kat hati ni nati org kata nak menunjuk. Ok..noted.. :))

    ReplyDelete
  2. post la.. blogkan macam jurnal maya

    ReplyDelete
  3. kak stoberi.. aduhai bkn akak la.. itu x pe la. Ada yg lg dahsyat tu... kira dia attached resit yg x de kepentingan or takde sebab musabab.. kak reen bkn akak yer.. sory kalau akak terasa

    ReplyDelete
  4. bergantung pada niat juga...baru je lepas baca pasal orang tayang gaji 1o k huhuhu...pada i yang tayang gaji itu adalah menunjuk2..:)

    ReplyDelete
  5. cam nak menunjuk pun ada juga. ai pun ada juga selitkan beberapa resit pembelian. ada resit kenangan makan2 ngan kawan (minum air je pun. bayarnya bapak mahal. menggigil nak bayar. hahaha....)
    resit tengok wayang pecuma masa bf keje part time kat panggung wayang. hahahaha..... bukan nak tunjuk yang mahal aje. yang free pun nak tunjuk. mcm cik lekit kata la.... nak buat kenang-kenangan. hahahaha....
    boleh la tu kan??
    saje nak syok sendiri

    ReplyDelete
  6. sebenarnya.. bukan di tujukan pd semua yg komen entri ni.. tak kisah la nak attached resit or tiket ke hapa.. tp brgantung pd keadaan.. tgk dr segi penceritaan juga.. kdg2 dr segi penceritaan pun kita dh nampak org tu nak menunjuk2 bkn nak share sgt pun.. Gaya bahasa & cara penulisan kdg2 blh buat org tahu niat kita.. akak stoberi bkn akak yer.. akak punya entri stakat ni takde menunjuk2 ke hapa lg. kita enjoy baca..

    mcm tasha ckp setuju.. kdg2 kita attached sbb nk bgtau harga tu terlalu mahal brbnding kualiti or kuantiti sesuatu yg kita bila then kita attached utk menyatakan apa yg patut & x patut.. attachement tu lbh bersifat sbg bukti.. Tiket free.. just nk share & untuk memori.. dh nama free so takde budget kt situ then takde la nampak sgt mcm nk act tak tentu pasal.. So, moga semua paham.. maksud yg nak di sampaikan kat sini. Bukan semua yg attached resit dgn jumlah harga yg gempak tu nak menunjuk2 tp bergantung pd keadaan yg akan membuat org menilai..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com