Peringatan!!

Penulisan dalam blog ni adakala berunsur kritikan secara rambang yang tak menyebut @ merujuk kepada mana2 pihak @ individu. Jadi kalau ada yang terasa anggaplah ia 1 kebetulan @ terima je la sebagai peringatan. Peace No War
P/s : PenTulis blog ni bukalah baik sangat cuma berkongsi pendapat je..

18 September 2012

HARAM TONTON CERITA SERAM?

Sapa yang baca entri ni peminat cerita seram?? Tak kira cerita tu cerita tempatan ataupun luar. Sang lekit percaya masih ramai peminat filem seram sebab tu sampai sekarang produser filem  & drama masih lagi mengeluarkan produk2 berunsur seram & stesen TV pun tak jemu2 & tak serik2 nak tayang cerita2 seram ni. Mustahil ada pengeluaran tapi takde permintaan, kan??

Saya mengaku saya seorang pengemar cerita seram & selalu di ejek oleh asben saya sebab suka tengok cerita yang berunsur misteri, mistik.. hantu.. pontianak.. langsuir.. saka bagai ni. Tak tau la nak cakap sebab apa minat tapi yang pasti bila tengok tak jemu sangat.. Sebab cerita2 macam ni kurang dialog2 cinta.. ayat2 syahdu mahdu rahcun bagai tu.. cerita2 macam ni boleh di katakan tak mengantuk sangat. Kalau dulu zaman kanak2 ribena yang baru nak membesar bagai juara tu cerita2 seram ni tak di nafikan mampu menghantui diriku lebih2 lagi takhkala malam tiba.. Nak ke bilik air takut.. nak ke jamban takut.. nak kedapur takut.. apatah lagi nak tidur sorang2.. TAKUT! dah dah melangkah ke alam kebangkaan ni.. takde la nak menghantui sangat cuma kadang2 naik hantu je kalau tengok cerita berepisod sebab tengah suspen tetiba sambung minggu depan.. Mana tak naik hantu, kan?? kekekekekeke

Disebabkan pemilik blog melekit ni sangat suka cerita2 yang berunsurkan seram & hantu mantu ni maka sang lekit sesaja la mengaji dengan setaz & setazah google ni tentang hukum menonton cerita seram. Alangkah terkejutnya daku sambil mengigit sepuluh jari dengan wajah yang tergamam & ketakutan.. kengeriannya lebih ngeri dari tengok filem Ju On.. (Ketahuilah itu cuma sandiwara sahaja.. effectnya tak sampai la macam tu). Tak tahu mengaku tak tahu takpe.. janji dapat tahu juga dari tak tahu mengaku tahu last2 apa pun tak tahu, kan??

Bagi yang tak tahu hukum menonton cerita seram ni meh la sang lekit share secuit info mengenainya agar kita sama2 tahu & ambil tahu yer...

Satu persoalan dikemukakan kepada laman web JAKIM mengenai hukum menonton cerita / filem seram serta dalilnya ? Jawabnya, Hukum menonton filem seram adalah haram kerana boleh membawa kepada kepercayaan tahyul, khurafat, syirik, pemujaan syaitan dan lain-lain perkara yang bercanggah dengan hukum syarak. Dalilnya firman Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat 36 yang bermaksud "Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu apa jua...". (Di rujuk dari blog Cerita Seram Cemari Aidil Fitri ?

 Kalau salah rujukan ni minta sesapa yang ada info berkenaan sila kongsi dengan sang lekit yer.. Yelah, ingat tengok je tak percaya @ mempengaruhi ni takpe. Sang lekit tengok cerita seram ni takde la sampai percaya orang mati akan jadi hantu, pontianak,toyol,langsuir bagai.. sebab sang lekit masih percaya bahawa setiap manusia yang meninggal dunia itu akan terpisahlah dia dari dunia. Dia tak mungkin la jadi hantu ke hapa nak balas dendam macam yang ada dalam cerita2/filem2 seram ni, kan?? Apapun.. sama2 la kita memperbaiki apa yang rosak, membetulkan apa yang silap & menghindarkan apa yang memudaratkan.

P/s : Kalau dah haram kenapa ia masih di luluskan untuk tayangan? hurmmmm...

16 comments:

Sara said...

lepas ni tak boleh tgk dh la..daku penggemar jugak!huhuh

missina said...

eh ye ke,,sy pun minat jugak cita hantu ni,,,tp kita masih percaya pd Allah,,klu tk taksub sgt dgn hantu boleh tonton lg tak?huhuhu

wan said...

malam td tayang citer antu korea..adui...

Norhaizan said...

Tu yg tak faham, sebab ada pengarah/penerbit siap kata dapat nasihat dari ustaz2. Bior betuii.

Kesuma Angsana said...

mana satu yg betul ni conpius2

Gen2Merah said...

macam2kan... tapi saya tetap penggemar cerita seram.. hehe

Mr feckry said...

tak payah tengok la

Leeza dayasari [santai leeza] said...

owh, leeza x lah minat sgt pun tgk citer seram.
sbb nnt leeza jadi takut memanjang.
hoooooooooo
so tak layan wlpn adakala keinginan itu tinggi bebenor nk tgk.

Kak yon said...

tak minat cerita antu.pernah tengok..berbulan2 fobia..

EZAN IDMA said...

<--- takut tengok cite hantu

لين Si Pipi Merah said...

kalau sorang2 tak berani tengok. padahal tak seram mana pun.eheh bajet! tapi entah bila tgk sorang2 mcm seram je.. :P

Jun Cupcakekasih said...

Salam dear, terima kasih juga atas perkongsian ini. amat2 dihargai. Wassalam. kak jun

Nur Sakura said...

yeke haram.... xtahu plk... ske jgk tgk...

Cik Puan Rara said...

mmg pon patut jd haram.xsuka tgk cite hantu skrg ni.

NUR said...

Takut seram seram ni..
dari blog NUR

anis asliza said...

memang suka sangat tengok citer seram ni..tapi tak tahu pula ianya haram..thank you share info..

JIRAN SEBELAH TINGKAP