AZIZULHASNI KAU INGAT PAKAI SARUNG TANGAN SAVE GAZA BOLEH SELAMATKAN PALESTINE?

7/25/2014 05:24:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

Hari ni tiba2 kecoh pasal pelumba basikan negara yang beraksi di sukan komanwel bila dia pakai sarung tangan tertulis Save Gaza. Terkini baca kat berita harian katanya isu tu akan di siasat kononnnya dia mempamerkan protes berunsur politik di temasya sukan komanwel.

Sumber Berita Harian

Cuba someone pakai sarung tangan tulis save israel pulak?? Gamaknya akan di siasat @ di tuduhkan cuba mempamirkan protes berunsur politik ke tidak?? Bangsa Yahudi akan kekal Yahudi perangainya.. Kalau yang tak sokong depa macam2 alasan depa buat nak sabitkan kesalahan. Nak buat camna depa menjadi musuh tradisi umat Islam sejak dari dulu. Tapi yang aku tak tahan ni dengan sorang mamat ni.. Nak gelak pun ada.. nak nangis pun ada.. Korang baca dulu komen2 kat bawah yang aku printscreen sebelum page berita harian delete link tu..

Sapa2 yang nak nyatakan sokongan kepada Gaza kena bawak semua anggota keluarga pergi berjihad kat sana sebab katanya setakat tulis Save Gaza tak mampu membantu. Tak reti aku nak sekolahkan budak ni.. Apa yang pasti berjuang dengan suara @ kata2 jugak salah satu cara untuk menyatakan pada pihak musuh mereka sudah kalah. Makin ramai orang bersuara menentang kezaliman puak Zionis, semakin mereka tahu perbuatan mereka mendapat kecaman hebat dari umat manusia.

Bantulah dengan apa cara sekalipun.. tak mampu wang ringgit, berilah sokongan moral atau doa. Tiada alasan kita tidak menyumbang apa2 kerana kita boleh membantu dengan apa saja selagi kita mahu. #PrayForGaza. Azizulhasni kami sentiasa di belakang anda. Tahniah dengan tindakkan berani anda. Bagi yang rasa tak menyokong, anda patut diam jangan malukan diri sendiri dengan komen yang mengelikan hati orang lain.

8 comments:

  1. nak caruts la.. biar kena cubit.. mesra sikit.. hahaha .. suria. good write up.
    to The Pocket Rocket Man... p mam la kat depa asalkan hang teruskan sapot Gaza. we Pray for all Palestinians

    ReplyDelete
  2. hahahha macam kau kata laa... budak sekolah nak join komen isu cenggini memang gagal ler jawabnya... aku dah biasa tengok komen suruh bawak semua keluarga jihad kat Gaza... haihh laaa....

    ReplyDelete
  3. Pelik betul dorang ni ..

    ReplyDelete
  4. Dangkalnya pemikiran.. budak lahai budak..

    ReplyDelete
  5. lorh... org pakat2 nk save ghaza, dia pulok marah2 mamat tu. Ish3... apa kena la... Ghaxa tu kemanusiaan... xde kna mngena pun dgn politik... haish... kalo dh sume nk dipolitikkan, parah dunia... #SaveGhaza, Takbir! Allahuakbar!

    ReplyDelete
  6. mereka ni semua berfikiran jumud tahap kaki!

    ReplyDelete
  7. Bengap mamat tu. Celah mana politiknya. Aku pun tak faham. Orang macam tu kalau dilayan, kita pun sama je mcam dia. Harap dibukakan pintu hati.

    ReplyDelete
  8. hehe...rasa kelakar pula komen keyboard warrior tu
    nampak gayanya jahil sangat dia ni
    ke fake akaun?
    biasa nak lari diorang kata fake akaun

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com