MELEPASKAN SESUATU UNTUK SESUATU

6/02/2009 07:18:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Lumrah hidup.. kita takkan miliki semua yang kita inginkan.. kita harapkan.. kita impikan.Kadang - kadang kita terpaksa lepaskan sesuatu untu sesuatu.Distu akan timbul konflik dan kekalutan memaksa kita memikir yang terbaik dalam masa yang terlalu singkat.Menguji segala kekuatan yang ada.Jatuh dan rebah.. gagahi bangun.. cuba merangkak untuk bertatih berjalan kembali.Sesungguh dari berlari kita terpaksa bermula semula.
Aku semakin tidak takut lagi untuk sendiri.Biarpun kadang - kadang kerinduan itu sedikit mengugatkan kekuatan diri yang jauh di perantauan seorang diri.. Namun aku berpegang pada satu prinsip "Hidup mesti terus!"
Setiap masalah ada penyelesaian walau aku cepat melatah.. panik.. Biar kenakalan aku selama ni mengundang pelbagai tanggapan negatif namun hanya aku saja yang tahu sejauh mana aku dan "dunia nakal' ku.
Hari ini cerita hidup ku sudah melengkapi sebagai manusia normal yang ada kisah ketawa dan airmata.Jatuh.. bangun.. susah.. senang.. Aku melihat warna warni hidup ku.
Jodoh! Kehendak Tuhan.. Andai apa yang di harap kecundang tapi hidup aku belum mati.Kesedihan tak membawa aku pada berputus asa namun aku belajar untuk kenali diri sendiri.
Aku belajar tidak menyalahkan takdir dan orang lain... Aku ingin belajar hidup berdikari tanpa berpaut pada kekuatan orang lain.. Aku belajar untuk berani menghadapi kehilangan dan menerima kehadiran.
Dalam kekurangan yang ada.. aku percaya hidup ini tidak ada pilih kasih! Terus mencari apa saja jangan berhenti walau gagal berkali kali.
Ini hidup ku.. dunia ku.. kisah ku.. Jangan mempertikaian apa - apa kerana aku seperti kamu, dia, mereka dan semua. Kita sama sahaja!!

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com