ABANGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!

9/25/2009 02:39:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Hai Uolls... Masih dalam mood raya?? Takpe.. teruskan ber mood raya k.. Aku dah start keja khamis semalam. Lagipun takde erti raya tahun ni. Just pakai baju raya pastu merayap kat the curve.. (Baju raya pun beli hari raya.. so how??)

Raya kat mana tak penting.. Yang penting pose k!!

Bukan aku nak cite sal kesedihan aku beraya kat kl.. Taknak!!!!!!!!!! Biar ku simpan lara hati ini.. bleh gitiew... Ok.. yang aku nak kongsikan cerita adalah tentang seorang abang. Op's.. No.. No.. No.. Bukan abang itiew (bukan abang yang korang panggil untuk huby.. boipren.. or kekasih gelap tau!) Abang angkat (Bunyi macam tak up 2 date kan berangkat2 di zaman sekarang ni..)

No.. No.. Bukan 'Abang' ini yang I maksudkan Uolls.. Comolot Bagai!

Takde istilah yang lebih update nak ku gelar untuk seorang abang ni sebab dia bukan sedara kandung aku.. tak juga sedara bau2 bacang skalipun. Takde pertalian darah tapi dah aku anggap macam abang aku sendiri. Dah lama aku kenal dia.. dari aku sekolah menengah lagi. Alah.. zaman2 dok tercanggak depan radio dulu.. huhuhuhu

Tu dia Uolls.. Gambaran yang dapat I berikan camna fanatiknya I dengar radio.. Dah macam menonton radio Uolls

Sebelum aku kenal dunia IT serba laju macam LRT ni.. Aku memang pendengar tegar radio. Alah.. zaman aku sekolah mana la popular computer & IT ni. Baru nak celik2 time tu.. Bleh la takat tekan2 kebot main kuiz kat lab PSI skolah tu.. Takde la banggang sangat tengok pc tapi ala2 rabun IT lagi la time tu.

Kalau time tu tengok laptop rasanya mau tersengih2 tergaru2 tak tau nak tekan mana.. PC kebot pun dok tekan guna jari telunjuk lagi tapi ko bagi mesin taip laju jugak la..

Memang dah hobi aku dengar celoteh Dj kat radio.. Sebab aku sangat2 berminat dalam bidang yang aku ceburi kat online ni. Takpe la Dj radio Amatur pun janji bleh bebel2 cam Dj pun dah cukup bagi kepuasan pada diri aku. Disitu lah bermula perkenalan aku dan abang2 juga kakak2 yang sependengaran dengan aku kat radio RFM masa tu termasuk abang yang aku nak cerita ni.
Suara kitorang yang gila glemer boleh dikatakan tiap2 malam ada la suara sumbang mambang tanah kitorang kat radio. Bukan kitorang Dj tapi kitorang la regullar caller yang tak tau malu... kekekekeekekekeke.. Itulah sejarah perkenalan aku dengan abang itiew..

Apa yang buat aku terharu ingatan tulus ikhlas dia pada aku. Setiap tahun sebelum ni tiap2 tahun dia kirim kad raya.. Tahun ni abang aku dah celik IT so kita wish sesama sendiri kat online jer. Walau dah cecah sepuluh tahun perkenalan kitorang.. abang rahmat tetap ingatkan aku. Kadang2 kesibukkan buat aku terlupa akan insan2 yang tak pernah lupakan aku selama ni tapi aku pun manusia yang ada hati dan tahu menilai.

Kat sini untuk abang Rahmat, Su nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kalau2 selama perkenalan kita su ada buat abang tersinggung ker.. Apapun su sangat2 la terharu dengan ingatan tulus ikhlas abang pada su selama ni. Apapun abang dah macam abang kandung su sendiri. Insyaallah.. semoga Tuhan panjangkan usia perkenalan kita ni yer bang. U're my greatest 'Abang'.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com