BAWANG PUTIH, BAWANG MERAH.. BAWANG BESAR???
ewah2... Kemain mengular nampak! Yang adik2 tu mentang2 ujung tahun kemain online tak pandang kiri kanan dah... Erkk.. napa lak tunding jari kat i Uolls. Mana ada mengulor.. i mengitik jer sekejab2.
Apa lak cerita ceriti kita arini yer... Drum plisssssssss.....!!
Macam suspen jer padahal takde pekenbenda pun. Cerita ceriti kita arini adalah "Bawang Putih Bawang Merah". Weekend aritu i sempat merewang gi tengok teater Opera Sri Bandaraya (DBKL). Cerita bawang putih bawang merah la Uolls...
Sebelum mengulas pulas sal teater ni i nak bagi bintang kejora sebayak ****. kira la Uolls.. Memang best. Paling best sebab free. Well... Free itu nikmat & hikmat.
Paling i suka watak bawang putih yang jahat & gedik... Ha kau!! Semua pun tau cerita tu kan so watak yang dilakonkan oleh pelakon yang i terlupa nama dia memang i rasa best walau part dia takde la sebanyak bawang merah yang membawa watak pompuan suci & teraniaya gitiew. Kira menjadi la gedik & pendengki dia tu.. So syabas!
Watak kedua.. Awang mereng. Pengiring anak raja.. Memang mereng si awang ni. Dengan kemerengan itu maka terhasilkan babak kelakar. Maka ketawa aku terbahak bahak berkahak kahak dengan lakonan si Awang mereng itu.
Lain2 watak bagi aku.. ok jer. Macam si bawang merah tu... Watak baik, Mak kundur.. Watak jahat macam setan, Watak anak raja yang kerek2 macho.. Keseluruhan teater tu menjadi best dan bagus skali.
Nikmat menonton teater berbanding tengok wayang adalah semua watak & babak dalam cerita tanpa editing & live. So, kenikmatan tu lebih asli berbanding filem.. yang bertemakan cut & action tu. So, ni lah hobi terbaru i... Amacam???
So, bagi korang yang konon - konon nya lahir & di besarkan kat oversea tu.. (padahal oversea nya tu pulau pinang jer..) & tak penah la tengok, baca or dengar cerita lagenda ni.. ha.. ambik ni aku bagi sinopsis cerita tu!! Buta seni budaya tol...
Itulah cerita ceriti aku weekend lepas.. Korang apa cita???
Apa lak cerita ceriti kita arini yer... Drum plisssssssss.....!!
Macam suspen jer padahal takde pekenbenda pun. Cerita ceriti kita arini adalah "Bawang Putih Bawang Merah". Weekend aritu i sempat merewang gi tengok teater Opera Sri Bandaraya (DBKL). Cerita bawang putih bawang merah la Uolls...
Sebelum mengulas pulas sal teater ni i nak bagi bintang kejora sebayak ****. kira la Uolls.. Memang best. Paling best sebab free. Well... Free itu nikmat & hikmat.
Uolls pun tau kan.. cerita tu kisahnya gimana.. So, tak yah la i nak cerita panjang lebar lagi. Yang i nak kongsikan adalah watak2 yang i suka dalam cerita tu...
Paling i suka watak bawang putih yang jahat & gedik... Ha kau!! Semua pun tau cerita tu kan so watak yang dilakonkan oleh pelakon yang i terlupa nama dia memang i rasa best walau part dia takde la sebanyak bawang merah yang membawa watak pompuan suci & teraniaya gitiew. Kira menjadi la gedik & pendengki dia tu.. So syabas!
Watak kedua.. Awang mereng. Pengiring anak raja.. Memang mereng si awang ni. Dengan kemerengan itu maka terhasilkan babak kelakar. Maka ketawa aku terbahak bahak berkahak kahak dengan lakonan si Awang mereng itu.
Lain2 watak bagi aku.. ok jer. Macam si bawang merah tu... Watak baik, Mak kundur.. Watak jahat macam setan, Watak anak raja yang kerek2 macho.. Keseluruhan teater tu menjadi best dan bagus skali.
Nikmat menonton teater berbanding tengok wayang adalah semua watak & babak dalam cerita tanpa editing & live. So, kenikmatan tu lebih asli berbanding filem.. yang bertemakan cut & action tu. So, ni lah hobi terbaru i... Amacam???
So, bagi korang yang konon - konon nya lahir & di besarkan kat oversea tu.. (padahal oversea nya tu pulau pinang jer..) & tak penah la tengok, baca or dengar cerita lagenda ni.. ha.. ambik ni aku bagi sinopsis cerita tu!! Buta seni budaya tol...
KISAH dibuka dengan peristiwa MAK KUNDUR menolak MAK LABU ke dalam perigi, meninggalkan BAWANG MERAH sebagai anak yatim piatu. Bermulalah kehidupan malang BAWANG MERAH yang sering dianiaya oleh MAK KUNDUR dan anaknya BAWANG PUTIH. Manakala di istana, SULTAN yang akan berangkat ke Tanah Suci Mekah mengisytiharkan PUTERA RITAUDIN sebagai Tengku Mahkota. Ini menimbulkan kemarahan pada diri PUTERA IZZUDIN kerana baginda adalah putera sulung, tetapi kerana bondanya bukan berdarah raja, haknya sebagai pewaris takhta diketepikan.
Suatu hari, RITAUDIN dan IZZUDIN keluar berburu di hutan negeri. Dalam masa yang sama BAWANG MERAH juga berada di hutan itu, sedang meratapi ikan jelmaan ibunya yang mati dimasak oleh ibu tirinya. Untuk menghiburkan hati, BAWANG MERAH menyanyi di buaian yang muncul di atas tapak kuburan ikan jelmaan itu. Kemerduan suara BAWANG menyebabkan RITAUDIN dan IZZUDIN terpesona. Bagaimanapun belum sempat mereka melihat wajah BAWANG MERAH dengan lebih dekat, gadis itu lari pulang apabila menyedari dia diperhatikan.
PUTERA RITAUDIN mengarahkan rombongan diraja mengejar BAWANG MERAH sehingga ke rumahnya. BAWANG MERAH bersembunyi dan apabila MAK KUNDUR dapat tahu itu adalah rombongan diraja, MAK KUNDUR mengakui bahawa gadis yang mereka lihat itu adalah BAWANG PUTIH. Lalu rombongan diraja mengarahkan BAWANG PUTIH mengikut mereka ke dalam hutan. Tetapi PUTERA IZZUDIN sempat melihat kelibat BAWANG MERAH di dalam rumah dan memerintahkan BAWANG MERAH ikut sekali. Pada ketika itu sebenarnya PUTERA IZZUDIN sudah pun jatuh hati kepada BAWANG MERAH….
0 Komen Melekat:
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini