STATUS : SEPARUH SEWEL MOOD : IN MOOD BUT BADMOOD

teringat lirik lagu " suratan atau kebetulan"
..walau kita di hadapkan dengan berbagai pilihan mengapa sering terjadi pilihan tak menepati. hingga amat menakutkan menghadapi masa depan seolah telah terhapus sebuah kehidupan yang kudus..
Melepaskan sesuatu untuk sesuatu... adalah pilihan itu betul? Haruskah keliru selepas membuat keputusan? Haruskah curiga setelah memberi jawapan? Kenapa selalu berfikir selepas bertindak?

Semua telah terjadi... Suratan atau kebetulan? Perlukah menyalahkan takdir? Atau salahkan diri sendiri? Atau salahkan orang lain? Atau ketiga tiganya skali jika di sabitkan dengan kesilapan.
Pertemuan sekali ini.. bagi ku amat beerti tetapi ku bimbang untuk menyatakan.. bimbang kan berulang kesilapan..
Kenapa harus takut tersilap sedangkan kita tahu kita akan belajar dari kesilapan tapi kenapa kita selalu mengharap kan dapat 100% bila jawab kertas soalan?? Kalau tak silap macam mana nak belajar.. tapi kalau dapat O% pun nampak sangat memang tak belajar langsung. huhuhuhu... gila dah mai dah!

Ayoyo.. 0% ka?? Tarak pa.. kalau tarak silap jawab makna tarak bleh belajar la.. silap dulu baru bleh blajar

Cikgu pesan tak tahu bertanya.. tapi bila tengah exam tak tahu tanya takde sapa pun nak tolong bagitau. hurmm.. skali lagi sewel menyerang!!

Jenuh garu pala. Tunggu cikgu bagitau camna nak jawab soklan time exam

Dan.. Inilah yang terjadi bila cikgu di nanti tak kunjung tiba memberi bantuan kecemasan dalam dewan peperiksaan

Sebenarnya aku serabut serabai dah ni.. naik bengkak kepala aku garu walau tak berkutu. Korang takkan paham bahasa kiasan gila aku. Tapi inilah cara aku meluahkan perasaan buntu aku. So, sekian sahaja citra cintun aku.. traaaaaaaa

Tu dia.. pompuan gila mana tak tahu dok merapu meraban dalam blog ni

Comments

Popular posts from this blog

AZURA DARI BELUNCAS

LAGI ISU BLOGGER MAKI HAMUN DALAM BLOG

KENAPA DULU TUALA WANITA DI PANGGIL MODES?