bOOOwling Bersama Pasangan Over

12/17/2009 01:33:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

Tu dia tajuk entry kali ni.. Dah sah2 bunyi bertemakan sesi mengumpat sambil belajar kan?? Uolls.. pahabaq?? (Utara sangat temanya kan??) Yang sihat2 jer di sarankan melangut kat blog ni yer.. Yang ala2 di pinggir kubur takyah la tambah dosa.. Satgi padam tak sempat lak nak mengucap kan?? Bukan apa Uolls.. Mengata tu dosa.. Tapi konsep mengata aku ni takdak la nak aib kan sesapa yang berkenaan sebab takde tulis nama sebijik bijik.. Anggaplah cuma cerita yer...


Anggaplah seperti Uolls membaca buku cerita kanak2 yer..
 
Seperti biasa amik posisi masing.. Sebentar lagi kita akan mulakan pembelajaran dengan subjek Mengumpat.


Amboi.. korang start dulu nampak!
 
Bertarikh 15 Dec 2009, branch tempat aku keja tu ada la buat aktiviti ber'BooWLing' kat the curve sana nu.. Start kol 9.00 malam. Maka abis je keja 6.30pm berdesup la aku berjogging balik umah nak mandi siap2 ni. Dah siap bagai semua lebih kurang 8.30 camtu.. berambus la aku & dia menuju ke destinasi. The curve bukan jauh sangat so takyah nak rushing sangat.


Tema Bowling la sangat.. Ada bran berbowling dengan costume camni??
 
Dah tujuan pun main bowling kan.. so bila semua team dah kumpul, maka perlawanan pun bermula. Baling je Uolls walau destinasi bola itu berpihak kepada longkang. Tak kisah la wei.. Just for fun. Aku main satu game jer pastu asyik melongkang jer aku beralih profesion jadi camerawoman lak. Nak tengok pic2 tu pi la add aku kat facebook or myspace yer...


Takat Tu je la aku main... Pastu ni la keja aku...
|
|
|
V


 
 
Ni la bila dah boring dengan bowling Uolls...
 
Berbalik kisah mengumpat kita kat opis aku tu ada la sorang minah ni.. fresh & white. Tak penah keja sebelum ni.. Umo pun muda lagi. Memang nasib dia amat baik sebab dapat keja sebagai sales advisor proton edar walau 0 pengalaman keja. Tak silap aku baru 2 bulan dia join. Tapi kerek & tahap kurang ajarnya.. boleh tahan beb!!


Sekian, Makaseh!! (versi alleycats)
 
Dari awal dia join pun aku pasan dah.. Ingat kan dia fresh, tak tau apa2.. Bila dia masuk opis, aku ni tanya la kot2 apa2 dia tak tau nak tolong tapi hampeh.. Tak main la dia nak refer ngan akak2 admin macam aku ni.. derect bos Uolls... Sampaikan nak amik VSO pun tak tanya kitorang kat opis.. tanya bos Uolls. Kelas tak?? Dia tak tau hal2 kat opis bos pun refer admin.. (Mampus la riak sangat kan??)


Bodek sangat la konsepnya kan??
 
Akibat kekurang ajaran & kekerekan dia tu.. Ramai yang pulaukan dia Uolls.. Sian aku tengok dia masa bowling semalam. Takde sapa nak tegur or bercakap dengan dia melainkan boipren dia. Satgi aku cerita sal kisah couple mapel ni yer...


Berlagak sangat.. Dok la ko sorang2!!
 
Dia ni tak bleh silap skit jenis serang orang.. Halo.. (ala2 lagu beyonce yang baru tu) Dik ko tu baru, banyak yang tak tau. Ko pk ko tunjuk perangai srikandi berani mati ko tu orang respek ker?? Aku pun penah kena hambur ngan minah senget ni. Alkisahnya bos aku suruh cal dia, tanya kenapa kereta test drive pancit & di biarkan camtu. Dia & boipren dia memang rajin sangat guna test drive gi road show katanya tapi sales nya enggak ada sih! Khabar2 angin kus2 cakap dorang guna alasan buat road show tapi sebenarnya.... (kena tanya Yuna ni.. Yang sebenarnya apa??) Aku ni cal la dia dengan berhemah.. (sememangnya aku tak pernah kurang ajar dengan mana2 sales advisor kat situ) Pro la beb keja! Belum aku abis cakap dia dah melenting tengking2 aku. Paling seram tu dia suruh aku cakap kat bos aku suruh cal dia! Wah dik.. tocang ko dah dah sampai stage bos ni.. Paling aku hangin tu belum sempat aku abis cakap dia end cal! How dare U!!! Sebelum ni pun dia penah bergaduh dengan orang lain sal test drive tu.. Dari tajuk tu la mencipta kesinambungan kisah tayar test drive pancit ni. Hangin gak aku.. punya la baik aku cakap, dia lak tengking aku! Apa lagi sesi mengadu domba la kat bos.. Bos yang baru kuar jamban masa tu... aku bagitau. Aku cakap aku dah cal dia & bagitau tapi dia marah aku balik & minta bos aku cal dia. Apa lagi hangin la si bos aku ni.. Dia lak di arah cal sales advisor dia.. huhuhu.. maha dahsyat ni. Tak puas hati aku sms dia sound balik.. Memang dia ada minta maaf & bagi alasan dia emo sebab ada masalah lain. Pedulik hapa aku dengan masalah dia! Aku ada macam2 masalah ada aku tengking dia?? Takkan kan.. Aku balas balik.. " I dont care about your personal problem, It's not my problem!" Amik ko!


How dare u!! 
 
Start dari kejadian tu aku malas nak cakap apa2 dengan dia. Sebelum ni pun aku tak pernah nak berbual2 dengan dia pun.. Aku akan cakap pasal keja. 100% sal keja sebab dia ni jenis kerek.. Nak bertegur sapa dengan orang cukup susah. Konon Pro padahal..... (No komen)


No Komen! Lu pk la sendiri..
 
Dia memang dah jadi bahan umpatan kat situ. Perangai gedik dia tu.. Budak baru nak bersosial.. baru ada boipren.. & segala2 nya baru la bagi dia. So, kita masuk part kisah cinta dia ni.. Boipren dia tu pun sales advisor kat situ gak. Baru 1 bln rasanya tengok dorang cintan cintun ni.. Sebulan tapi... Kalau kat showroom tu macam poyo jer.. (erkk.. poyo tu sebenarnya apa ekk?? sampai skang pun aku tak pasti maksud poyo). Main kejar2.. tepuk tampar, sengol sengolan.. cubit cubitan.. pastu jerit2.. alahai dik! Memang kegedikkan yang buat semua mata2 kat situ meluat beb! Dorang gelarkan sepasang mangkuk sengal tu pasangan mengelabah! Kalau dah berdua tu macam kat sekeliling dorang tu cuma pohon2 pokok jer.. Dik.. kata pro tapi takkan main kejar2 dalam showroom.. terjerit2 macam beruk. Nak buat filem hindi pun.. pi la Taman metropolitan sana tu.. Luas padangnya! Main la kejar2 sampai puas yer...


 Aucak la puas2 kat taman.. Tapi bukan kat showroom yer

Masa bowling semalam aku tengok berdua je ngan boipren dia.. Orang lain wat tak tau je seolah2 dia halimunan.. Takde sapa nampak. Sikap biadap & sombong dia tu membuatkan hampir semua orang tak minat nak berkawan dengan dia. Dia paling muda, takde pengalaman keja apatah lagi dalam car line ni. Ko pk senang ke nak jual keta berpuluh2 ribu ni macam jual muruku tepi jalan tu! Dah la tak tau apa2.. bodoh, sombong & kurang ajar la tu bila bercakap dengan orang. so, how???


Ayoyo dik.. Tarak jual muruku lagi.. Mau jual kereta pula, bleh ka??
 
Berbalik cerita bowling tadi..pas dah penat melontar peluru tu.. Op's!! sesi melantak lak Uolls.. Bos belanja belasah jer.. Tapi si minah senget ni.. Tetap la dengan perangai kanak2 ribena dia. Depan ramai2 ni si pasangan mengelabah ni still la makan beradap Uolls. Orang dok bahan dorang sana sini.. macam takde effect. Aku cakap bukan jeles Uolls.. My lover always with me, Ok! Kita pun setempat keja gak k.. Tapi takde la se over pasangan mengelabah tu Uolls.. Masa baru2 declare ni mati2 nafikan tu! Nak main2 kejar2 or gedik2 time keja jangan harap la! Sampai sekarang pun still camtu.. Bukan tak gedik tapi bukan la kat tempat keja. Lagipun aku kat opis, dia kat showroom... nak kejar2 mendanya Uolls. Alhamdulillah.. My bunny takde la berperangai kebudakkan camtu walau dia memang gila2 & suka buat orang tergelak dengan keletah & telatahnya yang selamba & happening tu.. Op's!! Terkuar tajuk lak..


Dok feeling makan beradap.. tu yang dok bersuap tu 
 
Walau di bahan.. Di kutuk.. Di sindir.. tapi aku tabik spring la dengan dorang.. Still menggedik walau apapun yang datang Uolls..


 Tahniah.. Korang memang pasangan shrek yang paling tabah!

Tapi kan.. Kalau dah mengaku diri Pro, so prove it la.. Kata Pro tapi... Pro kah anda begitu?? So, jangan sikit2 cakap staff kat situ semua tak pro & susah nak kerjasama padahal orang lain dah keja bertahun2 & berpuluh2 bijik keta dah jual yang ko lak baru 2 bulan keja.. 1 sale pun aku tak nampak lagi. So, jangan nak mendabik dada.. Mengaku diri Pro & orang lain semua tak Pro.


Malam skit.. I pun ada jual keta tau! Walau bukan keta proton.. Ni la sale i
 
So, pada si adik itu.. Moga ko sedar lah yer.. Boleh ke ko keja dengan bahagia kalau semua orang sekeliling ko jangankan nak tegur ko, nak senyum pun dorang tak nak. Ko mesti perasan kan?? So, berubah lah.. Jangan terlalu sombong & anggap diri tu pandai sangat walhal ko 0 & nothing! Aku cuma bekerja di Admin dept.. Kalau aku cal & inform or tanya sesuatu tu, ketahuilah.. Aku bertindak atas arahan bos bukan aku yang mem'bos'kan diri aku, k! Jangan ingat aku ni kat opis soft spoken.. Aku tak lazer. Cuma kat tempat keja, aku bekerja bukan berlazer tak tentu pasal! Abis keja.. I'm myself ok!!


Itu Kamu!

Tu dia.. Panjang berjela entry kali ni kan?? So, Uolls pun dah naik pinar bijik mata... Apakata akak turunkan roller shutter sekarang. So, jumpa lagi di entry akan datang yer.. Chow cin cang!


Close!

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com