FLASHBACK

12/20/2009 02:57:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

Hai Uolls.. Salam Ma'al Hijrah.. Mana korang berhijrah beb?? Ada yang amik kesempatan berpindah di bulan ni katanya amik berkat. Moga di berkati la yer...


Hijrah!!
 
Cerita ceriti aku kali ni adalah berkisahkan masa dulu... Tetiba je semalam kan nak search info2 sal skolah lama dulu tapi malangnya tak banyak yang aku dapat. Nampaknya memang skolah aku kategori hujung dunia punya skolah la.. Aparah!!! Ingatkan boleh la dapat pic2 kawan2 lama.. cikgu2.. tapi cuma dapat satu dua jer Uolls.. Tu pun puas aku meng'clik' sana sini...
Hasil tuaikan aku adalah...

Lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Lunas, Kulim Kedah


Cikgu ERT (Kena paksa beb masuk kelas ERT) aku masa tingkatan Empat, Cikgu Zainah. Kita gelarkan dia cowboy betina.(Motif cowboy.. betina lak kan) Sory cikgu time tu memang semua cikgu ada gelaran yang kitorang bagi


 Cikgu Mate Aku masa darjah 6, Cikgu Tarmizi (Yang Bersongkok) Garang nak mampus dia ni. Sampai mati aku ingat betapa azabnya di libas rotan kat tapak tangan kalau Tak lulus mate or tak siap keja skolah. Tapi sebab dia gak la UPSR aku mate dapat B walau tak A pun..


Pakcik Mail Pembantu Makmal SMKL dgn anaknya si Nat adik pada si Dat Classmate aku


 Aku masih nak jejaki semua guru2 & kawan2 masa sekolah.. Walau tak dapat bersua muka pun cukup la bersua gambar kat dunia IT serba maju ni.. Walau masing2 dah lupa diri masing2 tapi at least aku leh gak tengok muka terkini semua bekas kawan2 skolah. Nak upload pic2 yang ada dalam album buruk aku tu semuanya ada kat kampung Uolls.



 Korang cari apa?? Mana ada aku dalam pic tu.. (Sekadar hiasan*)

Mengimbau zaman skolah2 ni.. Di skolah rendah memang aku tak terserlah sikap nakal tapi kat umah memang nakal ya amat la. Melangkah ke skolah menengah bermula macam tumbuh tanduk lak.. Almaklum la baru nak remaja, kan?? 


Tu dia Zombie dah kuaq.. Setan sangat temanya kan??
 
Mengimbau kenangan bermusim lalu ni.. Huhuhu.. paling happening masa aku di tahun bulan madu.. Tingkatan 4 la apa lagi! Cukup horei masa tu.. Yelah time tu takde exam besar lepas PMR. So makin menyetan la aku.. 2 minggu sebelum final exam tu kantoi ponteng skolah lepak ngan geng2 aku kat umah salah sorang member. Ingat lagi aku nama dia Adi. Yang kantoi time tu.. Adi, Dat, Farin, Nazim, Aku & Ct. Yang dua setan lagi Faizly & Azizah terlepas. Faizly sempat cabut ikut pintu belakang.. Yang Si Azizah tu selamat sebab dia dari skolah lain. Yang datang ambush tu bukan cikgu dari skolah aku tapi pegawai2 dari jabatan pendidikkan daerah kulim & 2 orang cikgu dari skolah SMTPB (Sek Men Tunku Panglima Besar).


Laluan longkang kering juga menjadi salah satu laluan yang We Uolls guna untuk meloloskan diri tau!!
 
Masih segar bugar dalam otak aku peristiwa tu.. Masa Makhluk2 tu ambush time radio tengah loud speaker lagu OAG 60's TV. Dorang bagi salam.. Pintu memang ternganga.. Aku dgn ct kat ruang tamu. Dengan slambernya aku panggil la Adi si tuan umah.. "Adi ada kawan bapak hang mai ni.." Kawan bapak lu!! Tak tau orang yang datang tu dapat laporan kitorang ponteng skolah & wat port kat umah si Adi ni.


OAG oh.. OAG.. Ko pun dah masuk dalam memori aku
 
Dah kantoi.. maka dorang cal la skolah aku SMKL maka di hantra la Dua orang cikgu menjemput kita balik ke skolah untuk di beri anugerah. Aku ingat lagi cikgu Zainal & Cikgu penguin datang (Aku dah lupa nama PKHEM pompuan tu tapi mulut macam hanjs jugak la). Macam2 kena charge gak la.. Paling aku kecewa adalah salam surat yang hantar kat mak bapak tu.. Macam kesalahan yang kitorang tak buat di sabitkan. Salah cuma ponteng.. tapi dalam surat tu siap tulis bagi maklumat palsu, menonton video lucah.. huhuhu.. dorang sport check umah si Adi & jumpa Video tape tu tapi bukan kitorang yang tengok.


Zaman skolah aku paling benci kena spot check Uolls!
 
Akibat dari kejahatan anak2 setan ini.. Maka 1 minggu aku kena reman dulu tak boleh datang skolah selagi mak bapak tak datang jumpa cikgu bincangkan hal tu.. Pastu lepas dorang meeting bersama cikgu2 lain maka hukuman di jatuhkan 2 minggu di gantung skolah beb! Maka terlepas la aku dari amik final exam ting 4. Tak ke frust kena gantung skolah time exam.


Frust sampai sekarang Uolls tak dapat amik exam final year form 4
 
Semua tu cuma secalit memory nakal aku.. Tapi bila masuk alam pekerjaan atitute ponteng & nakal tu macam dah takde. 100% berubah. So, moral pada cerita ni.. semua orang boleh berubah. Jangan kerana sejarah hitam semalam kita labelkan seseorang tu sebagai "Tak baik" selamanya.


Walau dulu sangat la suka monteng skolah tapi skang sangat rajin keja Uolls..
 
Bagi peluang.. Aku bersyukur dapat Mak yang tak pernah ada kata peluang terakhir untuk aku walau macam2 kenakalan aku buat masa skolah dulu. Aku mengaku aku seorang remaja bermasalah & juga pelajar yang cukup banyak mencatatkan rekod disiplin dengan rekod paling membanggakan iatu rekod MERAH.


Tak kira student dulu or skang memang suka cari penyakit!
 
Aku nak sekali kalau dapat berjumpa dengan Adi, Dat, Nazim, Farin, Faizly. yang aku tau semua mangkuk2 tu dah kawin.. dah beranak pinak termasuk ct. Tapi ct aku tak lost contack sebab dia ada pertalian saudara dengan aku. Cuma 5 setan sekelas dengan aku masa form 4 tu je dah lost contack. Ting 5 aku dah berpindah skolah.. So, cerita SMKL cuma hingga ting 4 jer tapi SMKL the best memory dalam hidup aku

Huhuhu.. Gambar lencana je dapat
 
Miss U all guys.. Mybestfriends, Mybadfriends & My sweet memory!

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com