Rindu Pada Rabbit..

12/27/2009 03:11:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

 Tetiba jer aku teringat Rabbit.. Entah kenapa aku teramat amat merindui dia. Sesungguhnya terasa waktu bersamanya terlalu cepat.


Rabbit bukan seekor Arnab.. Rabbit adalah nama kucing kesayangan aku yang aku bela sejak kecik. Nama Rabbit aku bagi sebab ekor dia macam rabbit.. Perut dia yang bulat & badan dia yang gempal seakan2 rabbit jugak.



Rabbit kucing yang di buang oleh tuan nya yang tak tahu sapa. Dia datang kat umah aku masa tu dia masih kanak2 lagi. Keluarga aku memang jenis penyanyang pada kucing.. So, bila Rabbit datang kerumah kami.. Kami menerima seadanya. Rabbit tak cerewat soal makan. Rabbit tak jahat. Rabbit memang suka makan & tido sebab tu badan dia sangat comel.



Rabbit bagi aku kucing yang tak banyak kerenah & pendiam. Tapi tetap buat orang geram tengok badan & muka dia yang comel. Rabbit dari spesis kucing tempatan saja. Rabbit bukan seekor kucing yang penakut sebab bila dia dah dewasa.. Dia tak takut berdepan dengan kucing2 penceroboh yang cuba masuk ke kawasannya. Walau dia kuat makan & tido tapi Rabbit bukan kucing yang pemalas.



Sesungguh setiap makhluk yang bernyawa.. Ada akhirnya. Pada Mac 2009 sembilan Rabbit kembali kepada PenciptaNya. Waktu tu kebetulan aku sedang bercuti panjang kat kampung sebab terkena demam Chikungunya. Masa aku demam, Rabbit pun demam. Dia akan tido dengan aku setiap hari. Tapi selepas seminggu Rabbit demam.. Dia pergi. Rabbit tak pernah sakit sehingga Mac 2009. Itulah kali pertama & terakhir Rabbit jatuh sakit Dan pergi meninggalkan aku. Tuhan saja yang tahu perasaan aku waktu tu. Sedih sangat2. Lebih2 lagi time aku tengah demam yang agak serius. Sampai saat ni.. setiap kali teringat or menatap gambar2 Rabbit.. Aku menangis. Aku terlalu2 rindukan Rabbit walau family aku ada banyak lagi kucing tapi bagi aku Rabbit terlalu istimewa. Aku redha.. Namun bukan penamat kerinduan aku padanya. Miss U Rabbit..


2 comments:

  1. SAMA.. lya n family pon sgt2 myayangi KUCING.. n mmg sejak dr kecik hingga skarang ada bela kucing.. Skarang ada 7 ekor kucing...

    ReplyDelete
  2. Touchinglah pulak baca entry ini.
    RIP Rabbit.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com