haloooooooooo.. 1 malaysia. Wah.. wah.. kemain semangat 1 Malaysia ni. Bagi adik2 yang sedang cuti skolah tu tak menjelajah malaysia ker?? Amboi - amboi menjelajah guna hujung jari je yer skang ni. Katanya tak perlu menapak jauh2, clik jer dh sampai satu dunia. Takpe - takpe.. Gunalah kemudahan yang ada sebaik mungkin yer.
Zaman touch & go ni semuanya di hujung jari jer..
Okies.. Berbalik pada cerita ceriti aku minggu ni. Takde nak ngumpat bagai entry kali ni.. Korang kalau clik blog aku je nak baca kisah mengumpat je yer.. Apa kau pk hari2 aku cari bahan mengumpat je ker?? Op's ter emo lak sorang2!
Op's!! Ter Emo lak
Dah sedia ke Uolls.. So sebelum nenek ensem ni memulakan sesi cerita ceriti sila la amik tempat masing - masing macam biasa yer.. Yang kementot & kerdil macam akak ni dok depan skit.. Yang gajah2 tu pi belakang.
Bagus anak - anak..Dah amik tempat Jom kita dengar cerita ceriti nenek ensem
Seperti perancangan.. Abis keja petang jumaat tu maka berdesup la aku membawa diri ke Dewan bandaraya Kuala Lumpur untuk menyaksikan teater sinbad dengan penuh semangat & amat teruja. Sampai dah kol 8.00 orang dah penuh tunggu depan pintu panggung DBKL. Apa lagi menyelinap la celah2 manusia yang sama macam aku teruja nak tengok teater free ni.
Tu dia Umat Manusia.. Nak menyelit, tersepit jadinya Uolls..
Tujuannya nak dapat seat yang depan2 skit.. tengok teater kalau dok ujung dunia tak rasa nikmatnya sebab tak nampak batang idung pelakon tu. So, seperti yang di target berjaya la dapat seat yang tak jauh dari stage. Dalam celah2 orang tu ternampak la sorang mamat yang agak familiar.. Rupanya si pelakon drama yang popularitinya tak la se gah mana tapi tengok cara & gaya macam kerek2 control macho jer.
Skali Raja Azri Da.. Artis pun layan teater free Uolls
Dah dapat seat yang di idam2 kan.. maka duduk la aku dengan penuh kenikmatan sambil tunggu teater start kan. Maka bila start teater... Suara mengilai si penyanyi syafinaz selamat yang membawa watak Ratu Sheeeeeeba!
Tu dia Ratu Sheeeeeeeeeba dah Kuaq!
Nak cerita panjang lebar sal cerita Sinbad ni rasanya semua pun tau kan.. Cuma kat sini aku nak bagi beberapa cebis komen la.
Pehal beb! Gua Hakim beb bukan Juri
Kat TV, majalah, surat khabar.. Ye ye cakap si Farawahida tu pegang watak Puteri Jasmien. Alih - alih ntah mana minah chubby yang lakokan watak tu. Farawahida just di undang menyanyi lagu Malam Pesta Muda Mudi je Uolls.. Tak ke tipah tertipu bang??? Aku 1st day tayangan dah pegi.. Rasa amatlah hampeh bila camtu lak jadinya.
Well... Aku cuma terasa camtu jer
Teater tu memang terlalu simple jalan ceritanya.. Kurang best & agak membosankan. Persembahan2 tarian pun.. alahai, penari amatur mana la dorang jemput ni. Tunggang langgang je step. Cuma yang boleh aku puji suara farawahida tu memang sedap bawa lagu tu & persembahan tarian Ular tu boleh la tahan... Watak Ratu Sheeba & setan2nya je aku rasa menarik. Dan lagu yang Syafinaz nyanyi dengan suara saprano dia tu A++ la aku bagi. Memang best. Watak sinbad alhamdulillah Not Bad.. sinbad also good looking tapi sayangnya Puteri Jasmien yang tembam tu nampak tak match sangat dengan Sinbad.
Keseluruh teater tu.. bintang kejora yang dapat aku bagi cuma * jer.. Tak rasa nak tengok lagi untuk 2nd day sebab tak menarik sangat. Apapun yang menjulang piala tetap la teater...
Bawang Putih Bawang Merah La Uolls
Dan Teater
PERISTIWA DI ZOO
yang aku tengok kat Taman Budaya tu
Tu je cerita ceriti aku minggu ni.. Korang selain chat takde ke cerita lain??? Huhuhu... jangan hanya menjelajah dunia guna hujung jari je skali2 gunakan tapak kaki lak.. Baru la hidup ni berkaler kaler & berkelip kelip.
So, Uolls.. I nak labuhkan tirai entry ni untuk kali ni...
Woi.. Woi.. Tirai dah berlabuh korang intai apa lagi
sebenarnye...
ReplyDeleteada 2 orang jadi puteri jasmin..
dye tukar2..
1st day yg perempuan "chubby" tu jd jasmin..
then the 2nd day baru farawahida jd jasmine..
then the last day ada 2 kali show petang n malam..
petang yg perempuan chubby tu jd..
malam tu pulak br farawahida jd..
la gitu ker?? huhuhu.. kalau tau 2nd day sure melangut den kat DBKL lagi
ReplyDelete