AKU YANG BERDOSA

1/10/2010 12:27:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

Hidup!!



Adakah ini kehidupan? Aku cuma seorang aku.. Seorang manusia yang tidak sempurna.. Kenapa mengharap aku lebih dari apa yang aku mampu?? Terima aku seadanya.. Kenapa mesti meminta lebih dari apa yang aku ada?



Maaf.. Kiranya aku pernah melukai.. lebih sakit luka yang aku rasai hari ini. Melayari hidup sendirian.. Aku tidak minta diberi sepenuh perhatian. Cukup.. sekadar memastikan aku selamat di bumi Tuhan.



Jangan lukai hati aku lagi.. Jangan rosakkan jiwa ini? Izinkan aku berjalan di landasan bumi Tuhan dengan ketenangan.



Tuhan.. Ampuni aku atas kelalaian dalam nikmat Mu.. Tuhan.. ku harap petunjuk Mu memberi aku laluan kepada kebenaran. Tuhan.. jangan meminggirkan aku dari lindungan Mu.. Tuhan.. jangan singkirkan aku dari Rahmat Mu.. Ya.. Tuhan ku.

Kasih Mu bagai air mengalir
Salju dalam jiwa nan resah
Hati yang layu kembalilah mekar
Bila nama Mu kusebut-sebut

Tak terungkap kasihku pada Mu
Dalam suka mahu pun duka
Tiada tandingan cinta Mu di dunia
Unggul kekal selamanya

Dari terbit mentari hingga dasar laut
Sebesarnya alam sezarah kuman
Namun tak tertanding kuasamu kasih
Jatuhku bangunku Kau tetap di sisi

Sungguhnya aku yang berdosa
Sehina-hinaku rendah diri
Biar ku terpalit juta noda
Masih ada ruang keampunan

Dari kerdipan bintang hingga kilau pasir
Agung ciptaan Mu akal tak sampai
Semulia-mulianya segala kejadian
Kerdilnya aku di mata Mu

Kasih Mu bagai air mengalir
Salju dalam jiwa nan resah

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com