Let's ke segmen mengumpat sambil belajar.. Murid - murid amik tempat masing2 yer.. (kekdah konsep cikgu2 lak ni?!!)
Dari awal sales2 advisor tu join.. macam2 masalah aku tengok. Ya.. betul! Gaduh.. ada je benda dorang nak gaduhkan. Tapi jenis set2 mengata belakang ni takde la sampai tarik2 rambut or guling2 atas lantai. Tapi memang merimaskan sebab telinga aku ni tumpang la terdengar umpatan2 dorang. Yang best kat ofis dah macam kaunter mengumpat. Segala mak nenek dorang cerita. Yang best tu.. tak kira pendakwaraya or yang di dakwa masing2 datang kat ofis buat port mengumpat.
Op's jangan silap.. aku tak campur or jarang2 skali nak menyampuk hal gaduh makcik2 tu.. Sebab dorang menjadikan ofic tempat mengumpat, so secara tak langsung aku dengar la setiap gosip bila dorang mulakan sesi bergosip.
Kadang2 aku pelik.. Yelah mula2 aku tengok rapat kemain. Macam kalau boleh laki pun dorang nak kongsi. Kalau berkumpul tu kemain gurau senda sampai bos dok tercegat kat belakang pun tak sedar. Bila sebab hal kecik jer.. Bagai nak rak mengata sesama sendiri. Si tepung talam 2 wajah time tu la main peranan sebagai insan mulia kononnya.
Bukan la nak menjatuhkan kaum sendiri tapi itulah hakikat.. Bekerja dikalangan ramai staff perempuan ni takde lain isu gaduh mesti timbul berbanding dengan staff lelaki walau dorang pun tak terkecuali penyumbang pada masalah tapi bukan la isu macam pompuan. At Least takde la rimas sangat aku asyik dengar gosip jer.. Bukan la aku tak bergosip tapi takde la dalam kumpulan camtu. Ada la orang yang aku rasa bleh jadi partner gosip aku & pastikan isu yang berbangkit tak berjangkit ke telinga orang yang tak sepatutnya sampai jadi huru hara.
Macam kat blog ni.. Banyak isu mengumpat kat sini tapi aku pastikan tiada nama sesapa yang aku tulis. Just berkongsi cerita & pandangan jer.. Takpe kan Uolls. So, pada akak2 tu udah2 le tu yer. Khoje la kome bebaik.. Hal remeh temeh tu kome campak je dalam mangkuk tandas pastu pam.. bior indah water jer settle kan. Gaduh2 pun tak kemana.. pi mai pi mai.. masing2 dok tengok muka masing2 gak nanti.
Okies la Uolls.. dah kontot jari aku dok menaip umpatan ni.. Dosa dah tentu, Untungnya tak tau lagi. Yang nak membongkang sila la terbongkang yer.. Nite Uolls.. Have a nice dream.
0 Komen Melekat:
Post a Comment
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini