KHIANAT+ DENGKI = KAU YANG RUGI
CNY holiday dah pun berakhir.. Walaupun raya cina tapi semuanya cuti & holiday sempena CNY.. well kita kan 1 Malaysia, rite???
Apa cerita holiday korang?? Paling banyak cerita balik kampung la kan?? Sama la ngan aku.. aku manafaat kan cuti dengan.. hohoho.. balik kampung.. hohoho..balik kampung.. hati girang. Tapi aku balik 2 kampung.. erkk!! napa terkejut lak?? No.. No.. bukan kampung hubby tp insyaallah bakal hubby (Moga Tuhan mempermudahkan yer..)
Takde pic lak masa bercuti. Ntah napa macam tak ingat lak nak bergambar. Kalau tak aku memang kuat memodelkan diri. Apapun rakaman paling berharga ada kenangan. Biar la dia dok dalam hati.. Insyaallah kekal di ingati.
Uolls.. aku nak kongsikan serba serbuk apa yang sedang bersawang kat kepala otak aku. Kenapa Uolls bila kita merancangkan sesuatu yang baik.. perjalanan menuju ke destinasi tu melalui pelbagai dugaan? Macam2 perkara menyelit, mencelah.. menyibuk. Pun begitu aku tetap berpendapat.. Sesuatu yang paling berharga adalah sesuatu yang sukar di miliki.
Sepanjang tahun ni walau baru awal tahun.. dah macam2 jadi. Sepanjang minggu ni pun sama. Manusia pendengki.. khianat.. sentiasa memerhati mencari ruang untuk musnahkan apa yang sedang aku rancangkan. Pada segayung manusia itu, percubaan yang amat bagus kerana percubaan berani mati sampai sanggup amik risiko tinggi semata2 tak senang tengok orang lain senang. Op's apa kes lak ni kan??
Apapun segayung manusia itu.. tahniah sebab mencuba walau gagal. Dan terima kasih sebab buat camtu. Bukan apa at least dia belajar sesuatu yang dia tak tahu sebelum ni. Percubaan berani mati tu akan bagi pengajaran yang paling berharga iatu.. setiap perbuatan ada balasan & negara ni ada undang2.
Tu dia 1 M'sia konsepnya
Nak tumpang ker??
Ada sihat ka lu punya hati?
Tu la menyelit lagi kan dah tersepit
Mulut longkang sapa nak cium pastu dengki lak
Dari ko dok khianat orang tak tentu pasal baik ko hafal rukun negara beb!
Uiks.. ko kata underwear ko cap paris hilton awat sama je ngan aku cap parit
Lagi baik ko pi sambung belajaq amik PHD yang ada konvo dari ko dok PHD yang tak tentu hala
Well.. Orang salah masuk penjara
Abang indah water U'r turn sebab I dah nak..
Tido
0 Komen Melekat:
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini