Al-fatihah. Achik (bekas vokalis kumpulan Spin) meninggal dunia

MPV terbabas, terbakar: Achik Spin maut nahas ngeri

SEREMBAN 17 April – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.
Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.
Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan MALAYSIA
 Gambar Arwah bersama Isteri & arwah anaknya

Comments

Popular posts from this blog

AZURA DARI BELUNCAS

LAGI ISU BLOGGER MAKI HAMUN DALAM BLOG

KENAPA DULU TUALA WANITA DI PANGGIL MODES?