APABILA MANUSIA HILANG KEWARASANNYA

4/05/2010 08:50:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Semua sudah maklum akan isu RAFIQIN DARWISY yang mencetuskan kemarahan ramai rakyat malaysia melalui lama FB dengan menghina selebriti (Pelawak,Pelakon, Pengacara & juruhebah) Arwah Din Beramboi. Satu malaysia di gempar dengan cerita budak kelatan 14 tahun itu. Tak terkecuali jugak aku yang memang mengikuti perkembangan semasa ni kan....


Memang agak berani mati komen2 yang di lempar budak hingusan ni. Ya, betul memang dia masih budak tapi dalam usia 14 tahun (Bukan 4 tahun yer..) rasanya dah tau nilai apa itu baik & buruk. Hai.. kalau dah pandai bercinta takkan tak pandai pk kot apa yang dia cakap. Ramai yang mengecam budak hingusan ni. Wah!! Mesti dia tak sangka dengan sekelip mata dia mendapat publisiti meluas mengalahkan artis gitiew. Pasti sekarang dia tak tenang. Tertanya tanya gak aku.. Mak Bapak dia tahu ke anak dia sekarang menjadi tumpuan ramai???


Jika dalam usia semuda itu dia sudah berani melakukan perkara2 macam tu.. dah besar esok ntah apa lak dia jadi kan??? Tak tau la nak salah kan sapa.. salahkan mak bapak dia pun kadang2 bukan salah mak bapak. Anak dah bebal camtu, mak bapak pun botak kepala pikir. Nak salahkan pergaulan.. maybe! Tapi aku gunakan konsep salahkan diri sendiri. Semua atas diri sendiri. Dorongan dari akal yang tak waras..

Apapun dia masih terlalu muda. Takkan nak sumbat dalam jail. Apa yang aku rasa terbaik bagi tak memesongkan lagi budak ni hantar jer kat pusat pemulihan akhlak. Bagi kaunseling kaw kaw punya. Takkan kita nak rejam lak budak ni sampai mati. Tuhan pun maha pengampun jika kita benar2 bertaubat. So, tak salah bagi peluang & bagi ruang untuk dia betulkan keadaan.

Apapun pada yang di luar sana.. dalam ghairah kita menikmati laman sosial ni, jangan ter over lak ekk. Mak bapak yang bagi kemudahan kat anak2 konon taknak anak2 ketinggalan sebab zaman sekarang dunia hujung jari katanya, pantau la aktiviti dorang tu. Jangan la bagi laptop sebijik, broadband... pastu lantak la ko nak buat apa. Bila dah jadi isu macam ni.. bukan dia jer yang effect seluruh keluarga dia menerima kesan. Mana mak bapak nak letak muka nanti, kan???

Pada sang adik itiew.. Moga ia jadi pengajaran yang paling berguna. Tapi yang pelik masih aktif lagi dia ber FB tu.. Kalau orang lain rasanya dah tak senang duduk. Maybe jadi Fobia dengan computer. Syabas la ko memang tabah! Okey la... rasanya cukup la aku mengomen sal budak hingusan tu. Jom kita sama2 pantau apa tindakkan dia selepas ini....

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com