GARA GARA RAFIQIN DARWISY

4/07/2010 08:47:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Wah.. Nampaknya ramai sedang bagi perhatian pada kes si budak celupar tahap berani mati ni. Sapa lagi kalau tak si Rafiqin Darwisy tu. Tak cukup dia di serang kat akaun myspace & facebook.. Pastu di create kan satu lagi Facebook RAFIQIN DARWISY patut minta maaf kepada keluarga Allahyarham Din Beramboi.. 


Tu dia.. profile pic Anti Rafiqin Darwisy..Dah macam icon email lak
 
Aku pun salah sorang yang join fanclub tu. Memang ramai yang memaki hamun budak hingusan ni. Aku takde la guna konsep memaki hamun bila berkomen kat situ.. Guna akal la beb bila berkata2. Betul ada yang berpendapat kalau kita gunakan kata2 kesat & maki hamun.. Takde beza nya dengan budak hingusan tu, kan??? Tapi aku faham statement berani mati korek lubang kubo sendiri dia tu mengundang marah pada ramai pihak. Sekarang dia di kecam hebat. Mungkin takut budak ni nak kuar umah dah! Yelah.. kalau betul la gambar2 yang di upload kat MS & FB dia tu.. huhuhu sangat bahaya. Takut ada yang hilang waras jumpa dia kat luar di belasah nya budak tu separuh mati camna???

Ada berani ke dik?? So, buat masa ni ko berkurung je dalam umah yer

Yang aku nak cerita adalah kesan Kes budak banggang tu dengan blog aku. Aku tak terkecuali menampal artikel2 berkenaan budak bengong tu kat blog aku ni. Bukan apa untuk di kongsikan pada orang lain walau kebanyakkannya aku copy paste dari blog orang jer. Selalunya blog aku ni tiap hari takde la ramai sangat orang nak skodeng.. Yelah, blog aku bukan cam blog azwan ali. Cerita ceriti aku tak semeriah Imah lenggok, Cik Sal & kak senduk. (hehehe... pasti ada yang tak tau sapa primadona2 itiew..) Tapi sebab si mamat bengong seko ni tu dia blog aku di serbu.... (Bila aku advertise link kat fans benci Rafiqin tu untuk berkongsi info pada sapa2 yang agak siput sedut & masih terpinga2 apa kes!).

Almaklum la blog aku tak semeriah ni so agak teruja la skit
 
Secara tak sengaja semuanya terjadi.. Aku takde sebab nak tumpang populariti si bedebah tu tapi memang kes dia menarik minat untuk aku sama2 melibatkan diri untuk mengomel sal mangkuk jamban tak sudah ni.

Ni la perangai ko yang aku mampu gambarkan Rafiqin
 
Apapun.. aku tau pasni blog aku akan kembali seperti biasa.. Yang meriah cuma online radio frenzy yang player nya terpacak kat blog aku & 24 jam dok nyanyi tanpa jemu. Tak kisah la Uolls.. Janji meriah bak kata kak senduk.

Meriah Uolls.. Tu la tema kak senduk

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com