08 April 2010
ISU RAFIQIN DARWISY : LUAHAN HATI ISTERI ARWAH
Pusaranya masih lagi ‘merah’, namun ada sahaja perkara yang tidak diingini menimpa keluarga Allahyarham Din Beramboi. Belum reda kes rumah mereka di pecah masuk, timbul pula isu seorang remaja yang berusia 14 tahun menghina kematian arwah dengan kata-kata yang kesat menerusi akuan ‘facebook’ miliknya.
Tindakannya itu mungkin agak keterlaluan bagi ‘budak hingusan’ sepertinya kerana tidak mempedulikan sensitiviti masyarakat dan terutamanya keluarga Din Beramboi, yang masih lagi bersedih atas kehilangan arwah. Namun bagi isteri arwah, Suhaini Che Man perkara itu sedikit pun tidak merentap emosinya.
Jelas Suhaini, dia sudah pun menyedari hal itu daripada anaknya sendiri, namun tidak mahu membebankan fikirannya dengan perkara yang remeh-temeh itu. Walau apa pun yang dilemparkan pada arwah, sebagai isteri, dia lebih mengenali siapa arwah dan menyerahkan segalanya pada Tuhan.
“Benda-benda dari Internet ni bukannya boleh percaya sangat dan kita pun tak tahu siapakah identitinya yang sebenar. Tapi siapa pun dia, saya ingin ucapkan terima kasih dan Alhamdulillah. Terpulanglah apa yang dia nak cakap. Mudah-mudahan Allah tahu siapa yang benar. Pada saya, hanya saya dan orang yang kenal abang Din saja tahu siapa dia yang sebenar,” katanya yang dihubungi semalam. -SINAR HARIAN
Dipetik daripada : http://cakklepi.blogspot.com/2010/04/isu-rafiqin-darwisy-luahan-hati-isteri.html
0 Komen Melekat:
Post a Comment
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini