RAFIQIN DARWISY BOLEH TERKELUAR ISLAM ATAU MURTAD!!!

4/09/2010 12:22:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

09 April 2010

Pelaku Dituntut Mohon Maaf
Penceramah bebas, Wan Akashah Wan Abdul Hamid yang juga suami kepada pendakwah terkenal, Siti Nor Bahyah Mahamood menyelar tindakan tidak bermoral itu (menghina Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau Din Beramboi).

Beliau menyifatkan individu yang menulis kata-kata kesat yang ditujukan kepada Allahyarham sebagai berdosa besar dan harus memohon maaf kepada keluarga serta waris terdekat.

"Walau apa cara sekalipun, sebagai umat Islam, kita tidak boleh menyentuh lagi mengenai keburukan si mati, sebaliknya perlulah selalu memperkatakan tentang kebaikan yang telah dilakukan olehnya," katanya.

Mengulas tentang sikap pelaku itu yang turut mempermainkan surah Al-Fatihah dalam menghina Allahyarham Din Beramboi, Wan Akashah berkata, dia turut menanggung dosa besar. "Itu adalah dosanya dengan Allah dan mengikut hukum Islam, dia boleh terkeluar daripada Islam atau murtad. Maka, dia harus bertaubat dan segera memohon keampunan dari Allah," tegasnya.

Beliau menambah, pemantauan juga harus dilakukan oleh ibubapa bagi memastikan anak-anak tidak melakukan perkara sedemikian tanpa pengetahuan mereka ekoran gejala ini berkait rapat dengan kepercayaan dan akidah seseorang. "Apatah lagi perkara itu turut mengaibkan si mati," katanya. - Sumber Sinar Harian 08.04.2010

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com