BILA SI MULUT LONGKANG MELONGKANGKAN RAKAN SEPELONGKANGAN
Amik kau tajuk entry kali ni.. Dah terang2 kita skang ke segmen mari mengumpat sambil belajar.. alkisahnya.. (lokasi masih lagi di ofis)
Di ofis aku tu memang dah sinonim group mulut longkang bertalam 2 muka.. Dorang ni aku pun pelik. sesama sendiri pun mengumpat. Tapi bila bersatu.. orang lain pula dia umpat & bila berpecah sesama sendiri pula di umpat. Tak tau nak kategorikan makhluk2 ni spesis apa & dari planet mana..
Bila dorang bercerita sesama sendiri, masing2 kuarkan berita2 sensasi yang sudah semestinya bertemakan gosip. Orang kata pengumpat2 handalan selalunya jatuh kepada kaum hawa tapi kat ofis aku ni ada sorang mat patah (nak kata pondan bermisai janggut bagai tapi perangai alahai nyah..). Dia ni boleh tahan dalam juga tahap kelongkangan nya. Bila bergosip mengalahkan makcik2 kat kampung.
tak tau sangat la kisah dorang ni secara terperinci tapi isi penting nya aku faham. Mat patah ni maybe dia terdengar la si minah longkang sorang ni mengumpat si minah sorang tu. Masing2 mulut longkang kan.. Bila dia dengar si minah longkang tu mengumpat si minah sorang lagi ni kononnya nak tunjuk mulia pi menyampai lak kat si minah yang menjadi mangsa umpatan tu. Apa lagi... mula la perang muncung walau tak perang lidah.
Tak nak cerita detail sangat kan.. rasanya Uolls faham situasi yang berlaku walau tak tau apa cerita umpatan tu. Rasanya tak perlu la kot di cerita. Moral pada cerita ni.. Dua2 pun mulut agak sial & kuat mengumpat dan juga spesis talam dua muka. kena la tu.. Bila si mulut longkang melongkangkan rakan seperjuangannya pastu masam muka sesama sendiri maka terbubar la seketika group longkang paling bahaya kat ofis aku tu.
Bagus juga sebab bila dorang bermasam muka sesama sendiri, so dorang tak berkumpul lagi untuk acara mari mengumpat kan?? Tapi tak bermakna segmen tu lenyap terus cuma tak di lakukan secara berkumpulan la. Yang paling bagus buat diri aku adalah aku tahu perangai2 dorang. seko pun tak boleh percaya. Depan kita mengumpat orang lain, belakang kita dia mengumpat kita. Dah la camtu apa kita cakap dia bagitau lak.. Yang dia mengumpat dia simpan. Bila tembelang dah pecah.. Malu sendiri. Maka jarang la nampak muka kat showroom lagi.
Macam2 perangai dorang ni kan?? Nasib baik aku tak bercampur sangat dengan sesapa. Nak mengumpat pun kalau tak dalam blog dengan hubby aku je. Takkan la hubby aku nak dajalkan bini dia lak kan?? semua orang pun suka mengumpat tapi berpada pada la.. Masa baik macam nak cium bontot sesama sendiri tapi dalam baik2 pun hanjengkan kawan sendiri pun tak guna. So pada si pentalam 2 muka aka mulut longkang paling berprestij kat ofis tu bawak2 la berubah yer.. Sudah2 la tu. Baik pun berpada2.. jahat mulut pun berpada2 juga. Bak kata pepatah kerana mulut badan binasa, so renung2 kan la yer.
Sekian je segmen mari mengumpat sambil belajar. Kalau ada isu sensasi akan ku taip disini lagi. Bubye Uolls..
Ok Uolls.. kita mulakan segmen sekarang
Malam skit makcik.. makhluk bumi je kuat ngumpat. Kat planet lain xde tau.. x kuasa nyah!!
ko pk orang kampung takde keja lain ka asyik nak mengumpat!!
Tujuan hamba bagitau ni bukan niat nak menhanjengkan rakan sepelongkangan cuma niat hamba untuk menyebarkan kebenaran (*gambar sekadar hiasan)
Hai.. kami la group yang paling di takuti walaupun comel2 belaka.. namun jangan sangka muka yang comel tidak bermulut hanjeng!
Sorry Uolls.. No komen! I dah kantoi sebab rakan sepehanjengan, so I terpaksa bersembunyi kejab
Mengumpat tu senam mulut katanya.. bleh gitiew??
Masa untuk membongkang.. Op's sapa lak kat belakang tu???
0 Komen Melekat:
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini