PEMBUBARAN KUMPULAN PALING BAHAYA KAT OFIS
Terasa bagai musim sonata jer kan bila gi opis sekarang. Bukannya apa Uolls rasa tenang jer bila takde lagi mulut2 ganas berkumpulan... Nak tau apa ceritanya. Jom kita ke segmen yang cerita ceriti dengan episod mengumpat sambil belajar.
Kalau Uolls ada baca entry lepas - lepas Uolls akan paham cerita ceriti untuk kali ni adalah keseninambungan dari cerita ceriti yang lepas. Kisahnya setelah perang muncung itu, maka group bermulut longkang itu nampak makin bercerai berai. Tiada la longgokkan mak2 dara kat meja admin untuk sesi bergosip tahap mulut puaka.
Yang paling best.. dengar2nya group itu semakin hilang & akan di buburkan terus sebab dorang2 semua dah tak bersatu padu lagi. Yang si mat patah tu dah resign, si mak buyung macam di boikot dalam senyum.. Si Mak2 dara yang lain nampaknya mula menampakkan kesedaran diri betapa pentingnya duit dari dok mengumpat hal orang, kan?? So, masing2 dah makin buat hal sendiri. Alhamdulillah.. walau letrik takde pun pasni ofis takde la terasa bahang sangat, kan???
Tapi nampaknya kemasukkan generasi baru ni berkemungkinan akan tertubuh lagi group seakan2 group mulut puaka yang lalu. Ada la mak dugung sorang tu yang bercirikan mulut longkang. Dia sekarang bergerak solo, nampak rajin sangat la bertandang kat meja admin. Ciri2 kuat membodek memang dah terserlah sejak dua menjak ni. Ko bodek la mak dugung ooi.. takde sale tetap ko kena bambu. kan??
Lantak ko la Mak Dugung.. ko nak membodek ker, ko nak menonggeng ker selagi ko tak cuit cerita ceriti sal aku, Lantak ko la nak buat apapun. Memang la aku cerita sal korang kat sini, tapi sapa kenal korang?? Korang terkenal ker sampai nak di serbu para wartawan bila baca blog aku. Lagipun takde aku point nama sapa2. So, kalau nak masuk court pun court memont je yer..
Apapun Uolls.. bukan nak merendahkan kaum sendiri.. Tapi kalau banyak staff pompuan ni itu la aktiviti dorang. Mengumpat pastu gaduh! Biarpun jari aku lancang mengumpat di blog namun kat ofis aku menggunakan konsep tak banyak berbual dengan sesapa pun lebih2 lagi kalau isu itu berkaitan umpatan sesama staff kan. Bukan apa.. Kang kita komen kang, belakang kita dia gi lak cerita kat orang tu kita mengumpat walhal dia yang bentang tikar buka topik dulu. Sebab perangai hanjs camni la aku malas nak rapat sangat. So, kat ofis aku kalau takde keja pun aku online je sampai kontot jari.
Apapun aku happy berkonsep perangai camni. Pun begitu awas yer akak2 semua.. Dia tak bererti tak berisi. Semuanya aku tau cuma tak berkomen jer ngan korang. Semua tu aku isikan entry2 kosong kat blog aku.
Okies Uolls.. Tu je rasanya cerita ceriti yang dapat aku kongsikan untuk episod mari mengumpat sambil belajar kali ni. Kalau ada story mory yang hangus2 lagi, Insyaallah jari lancang ini pasti menaip lagi. Chow Kit Road dulu yer... Bubye
Terus posse ala2 heroin winter sonata gitiew.. Adakah I secomel dia Uolls??
Ha.. Kau!! Bergosip tak ingat.. sampai menganga kau
Kini aku mampu tersenyum selesa di office.. Tiada lagi suara2 langau mengganggu
Ko pk hari2 ko dok kat meja admin goyang bontot ko leh terlepas kena bambu kalau takde sale??
Alamak.. wartawan serbu den bukan dorang la beb! Cabuttt
Ni la keja aku kat ofis.. ada or takde keja ni la yang aku buat. Dah keja pun banyak data entry je kan..
Okies Uolls.. Tu je rasanya cerita ceriti yang dapat aku kongsikan untuk episod mari mengumpat sambil belajar kali ni. Kalau ada story mory yang hangus2 lagi, Insyaallah jari lancang ini pasti menaip lagi. Chow Kit Road dulu yer... Bubye
Dah abis sesi mengumpat minta diri dulu yer
0 Komen Melekat:
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini