IMBAUAN..

6/25/2010 02:09:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Wah Jumaat sudah kita yer... Pejam celik, dah 25 June hari ni. Macam rasa baru semalam masuk darjah satu tetiba hari ni dah jadi bini orang. Cepat betul masa berlalu. Zaman main guli, main masak2, main sungai, main sorok2 selipar member masa mengaji dah jauh di tinggalkan. Sesekali, rindu zaman kanak2 rebina. Hari ni dah membesar bagai juara gitiew...

Jentik sampai bengkak jari beb.. Tapi berbaloi bleh simpan berbalang guli. Siap leh jual balik kat kengkawan. Dulu zaman aku kecik kalau jual guli 7 biji sposen.
 
Tetiba jer dok mengimbau kenangan bermusim lalu tu pehal lak??? Bukan apo jang.. milah baru join satu group kat FB ni. ADA SESIAPA YANG ZAMAN KANAK-KANAKNYA DI TAHUN 80an & AWAL 90an.: Dari situ banyak koleksi imbauan tahun 80an & 90an tak kira dari siri kat TV or permainan masa kecik2 dulu. Best juga dok layan page FB tu.. Kadang2 kita hampir lupa aktiviti kita masa kecik bila dok clik2 gambar beserta cerita ringkas sal TV siries or permainan masa kecik, akan refresh balik memori kita zaman kanak kanak.

Penyanyi pujaan aku masa kecik
 
Zaman kanak kanak la zaman yang paling gemilang terbilang & cemerlang blom tentu.. Aku dari kecik sampai besar nakal. Dah kawen ni jo den dah tak nakal lagi. Dah tuo jang.. bebawak ler sedo diri. Aku juga kanak2 yang aktif bermain tapi bukan kanak2 hyperaktif yer.. Balik jo skolah tu, konyang jo perut terus kuar umah cari kengkawan. Ada je aktiviti nak buat. Dari permainan budak2 pompuan sampai la permainan budak2 lelaki. Sumo den bantai main jo... Pukul 5 jer den cepat2 balik sebab mak den dah nak balik keja. Kang tak balik mandi mak den balik kena rotan lak. Ayah den takpo.. dia tak penah rotan.


Semua tu kenangan.. kawan, main, cubit, rotan, bebel mak ayah dah jauh aku tinggalkan. Ada yang masih ada dan ada yang sudah tiada. Waktu berlalu tak terasa. Sekejab sahaja aku telah disini bersama dunia yang terlalu berbeza dari zaman kanak2. Hidup yang menuntut banyak tanggungjawab yang harus aku laksanakan. Biar pun semuanya dah jauh pergi meninggalkan kita, namun sejarah tak mungkin boleh terpadam walau kita terlupa.

Wheels

Dalam Kenangan
Bila terkenang masa lalu rasa terharu
Segalanya masih kekal dalam kenangan
Tiba di persimpangan jalan berpisah jauh
Sekian lama di rantau bersendirian

Tiada lagi seruling senja mendayu
Tiada lagi ketawa riang bersama
Bila sepi mengusik hati
Semuanya kini dalam kenangan

Aku kirimkan restu pada ayah dan bonda
Budi dan jasamu tetap dalam kenangan
Teman seiring jalan kini jauh dariku
Kemesraan kita tetap dalam kenangan

Tiada lagi suara ombak di pantai
Tiada lagi bayu teberau membelai
Di saat sepi begini
Semuanya kini dalam kenangan
Bila masanya tiba nanti aku kembali
Pasti ada yang berubah dan tiada lagi
Dan bila kutinggalkan lagi kampung halaman
Segalanya abadi dalam kenangan

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com