LUNCH TIME
Dah kenyang semua?? Mesti melantak tak ingat kan?? Lunch time ni restoran2 or kedai2 nasi campur memang jadi perhatian pelahap2 sekalian seperti aku juga. Kadang2 sedap di mata, tidak di tekak. Kadang sakit dimata, sakit juga tekak nak menelan. Dan ada juga sedap dimata, sakit di tekak tercekit di kocek, Kan??? Bukan la aku nak cerita pasal sedap or tak atau mahal or tak harga makanan ni yang aku nak cerita sal nasik. Pehal lak ngan nasik ni?? Jom kita kupas kupis...
Ni berkenaan jumlah nasik yang di senduk oleh pembantu restoran atau kedai2 nasik campur. Bukan mengikut kiraan butir nasik tu yer.. Kalau nak kira sebijik2 sampai kiamat pun tak makan la pelanggan kat situ. Alkisahnya pelanggan ni pelbagai kan?? ada yang nak separuh nasik, ada yang nak biasa jer & ada yang nak extra. Kadang2 tak mengikut size badan pun jumlah nasik yang di minta. Kita tengok besar tapi minta nasik separuh.. maybe dia tengah berdiet. Ada yang kecik minta extra lak nasik.. So, size bukan pengukur jumlah makanan yang nak di makan seseorang yer..
Kisah di sebalik sinopsis kat atas tu adalah kisah lunch time aku tadi. Aku cukup menyampah bila aku minta nasi orang tu tengok aku kecik terus isi separuh jer.. Kalau aku nak separuh aku cakap, kalau tak cakap tu isi je macam biasa. Ko nak menilai aku makan dari size badan aku pehal?? Nak2 lagi lepas kawen ni selera makan aku agak hyperaktif, menyirap jugak darah. Nak minta lebih aku malu sebab kang orang pandang lak. Yang si penyenduk nasik tu aku tak cakap apa2 terus bagi separuh jer. Buat muka ketat aku blah jer gi amik lauk.
Moral dari cerita ni.. Bukan la nak marah. Orang cakap kita jangan sesekali menilai & membuat keputusan pada orang lain jika kita sendiri tak tahu apa sebenarnya yang orang tu nak. Bak kata pepatah omputih dont judge the book by his cover, gitiew. Badan kecik blom tentu makannya skit. Aku yakin semua orang pun tau kan?? Sebab aku kurus la aku nak makan banyak supaya tak seperti mumia. Kalau yang besar dia makan separuh sebab taknak orang tak bleh bezakan dia dengan dinasor nanti.So, pada penyenduk2 nasik di restoran nasik campur yang baca blog ni, amik la iktibar. Kalau orang tak cakap apa2, isi la nasik mengikut sukatan yang biasa. Sekiranya orang tu nak lebih or kurang, dorang akan cakap.Tak payah nak buat keputusan untuk pelanggan anda yer..
So, tu jer cerita cerita yang nak di kupas kupis petang ni. Kalau ada lagi kisah2 penuh siku liku, den akan mengaktifkan jari lagi disini. Okies.. Time tu mengular sambil berkerja. Bubye..
Ni kaedah rawatan tercekik di tekak bukan di kocek yer
Size bukan pengukur yer...
Terasa macam nak aku suap pinggan je kat akak itiew
Kerja la mengikut arahan
Nak menjelalah showroom dulu yer
0 Komen Melekat:
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini