MASAKAN AYAH

6/18/2010 02:17:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

Wah.. Jarang2 sekali waktu pagi ku diisi setiap saat dengan kerja. Skali2 kena cover opis sorang2, mau terkangkang kangkung aku buat buat keja. Namun... Tetap ada masa mengular bila kerja dah aku settlekan. Sementara menanti semua application tu approve maka bleh la aku melenggang perut kat opis ni. Op's tak bermakna takde keja yang akan menyusur lagi selepas ni.

Ha kau!! Cara2 memanafaat bawah meja kat opis
 
Hari ni tak dapat la aku meramaikan majlis kat restoran nasi campur Anjung tu. Mana bleh kuar takde orang cover opis. Bos aku dah berdesup pegi meeting katanya. So, berpuasa la kejab di tengahari bulan Jun ni kan?? Takpe tiap2 pagi aku breakfast so, perut takde la di serang angin tsunami. Bagus amik sarapan pagi sebab boleh mencerdaskan otak berbanding orang yang tak amik breakfast ni. So, amalkan sarapan pagi. Tak perlu makanan berat, minum je pun dah cukup, kan?? Tapi aku kalau breakfast sekarang takde nak ringan2 sangat. Al-maklum la tengah ada selera makan ni maka belasah jer. Badan cikeding macam aku harus la membedal makanan2 berkhasiat gitiew!

Badan camni nak diet memang saja la nak arwah
 
Cakap sal makan ni kan.. teringat masa kecik2 dulu. Mak & arwah Ayah aku kerja. Tapi setiap hari tengahari sebelum kitorang adik beradik balik sekolah, Ayah akan balik tengahari & masak. Tapi kan ayah ni masak dia hari2 kebanyakkan semua kari. Hampir2 hari2 makan kari. Sampai naik muak. Nak kata ayah aku ni mamak, rupa je cam mamak skit tapi melayu pure. Tapi memang favourite dia kari. Dia akan berselera makan jika ada kari. Ayah memang pandai memasak. Dulu dia selalu masak untuk majlis2 kawen kat kampung. Aku paling suka bihun sup ayam yang ayah buat tiap kali hari raya. Dan semua tu.. takde lagi selepas ni. Betapa aku rindukan ayah & masakannya.

Terkenang Bihun sup ayah.. (Sekadar hiasan)
 
Bercerita tentang Ayah.. aku akan tersentuh. Sampai saat ni setiap hari aku terkenangkan Ayah. Aku redha. Sesungguhnya itulah perjalanan hidup seorang manusia. Pasti ada hari terakhirnya. Kesempatan yang ada bersama Mak aku akan cuba lakukan yang terbaik yang termampu. Kerana aku taknak bila dia takde lagi nanti, akan mengundang kesal itu ini. Pemergian Ayah mengingatka aku supaya hargai, sayangi & kasihi mereka yang masih ada bersama aku.

Hargai mereka yang masih ada..
 
Pada semua yang masih ada Mak & Ayah.. Jangan lukai hati mereka. Mak & Ayah juga manusia, adakala sikap, kerenah & perilaku dorang membuat kita sedikit marah terkilan atau kurang bersetuju namun jangan sesekali menjauhka diri apa lagi membuang mereka dari hidup kita. Tanpa mereka, takkan ada kita.

Love & miss U forever, Ayah. Mak U're still Queen in my heart. U're my everthing... Semoga Tuhan melindungi kamu.

Moga Ayah di tempatkan di tempat orang2 yang beriman & semoga mak berbahagia.

2 comments:

  1. emm.. aku juga rindu saat2 happy brsama family.. tp apakan daya.. kedua ibubapa telah tiada... kini aku sendirian menempuh hidup...

    ReplyDelete
  2. Kita akan merindui bila mereka takde lg.. tp jarang kita menghargai bila mereka ada disisi.. buat renungan semua.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com