MENGULAR KAT OFIS

6/02/2010 02:43:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Sengalnya badan... Rasa tak selesa badan hari ni.

Untuk kelegaan selamanya.. meh massage guna jentolak

Semalam off day.. Off record sebab2 off day. huhuhu.. Harini datang ofis ada insan yang buat muka taik.. Biasa la aku cuti semalam tak inform apa2. Ahh.. lantak la. Gaji bln Mei pun banyak yang kena potong. Aku pun tak ingat bapa hari aku cuti. payslip pun 6 bulan skali baru nak bagi. Ntah apa di peram payslip tu pun tak tau la.

Lebih comel makhluk ini berbanding rupa insan itiew

Tu la management kat sini. Baik la aku keja kat ofis lama. Teratur jer.. dapat gaji dapat payslip. Ni company bleh tahan. Branch banyak tapi.. Yang dorang tau kerah orang keja. Memang la gaji di bayar sebab untuk orang yang keja tapi kebajikan pekerja kena la jaga gak kan?? kan Malaysia ada undang -undang. Korang tak pelik ke kerja setahun belum confirm. Kalau tak layak kerja.. bagitau jer. Ni sampai setahun tak confirm. Selagi tak confirm kwsp tak di bayar. Wah.. sangat unik prosuder company ni kan!

Untuk majikan2 sekelian alam.. ketahuilah setiap pekerja ada hak korang lindungi & di beri keadilan walau buruh kasar skalipun

cerita sal company aku keja ni macam sengaja je mengundang amarah. Orang kata doa orang teraniaya akan di makbulkan.. Kalau betul2 kita teraniaya, jangan risau Tuhan akan tolong. So, biar la. Aku cuma makan gaji, keja la slagi takde better offer. Dah ada berambus la dengan sukaria, kan??

Saat paling girang dalam hidup ku.. berambus!

Wah.. majlis kawen aku dah tak sampai seminggu. Namun majlis aku bukan la seperti orang lain.. apa lagi nak sampai level wedding of the year kan?? Biar la.. Nak buat camna.. macam2 dugaan datang dalam hidup aku sebelum & selepas aku nikah. Aku redha kerana aku percaya Tuhan menduga hambaNya mengikut kemampuan masing2. Mungkin aku di antara insan2 yang kuat untuk di duga sedemikian rupa.

Redha jer

Aku hanya menghitung hari2 dengan perasaan yang sederhana. Memang saat2 macam ni aku sangat rindukan arwah ayah. Ayah sangat teruja untuk majlis kawen aku. Bukan aku x redha.. Tapi aku cuma manusia. Tetap tersentuh bila terkenangkan arwah ayah.

Always in my heart.. (In Memory, Ayah)

Takde apa aku harapkan selain majlis kawen aku berlancar lancar seperti arwah harapkan. Moga segalanya mengubah segalanya. Moga ada sinar kebahagian selepas ini untuk aku. Insyaallah.

gambar2 tak relevan ni atas ke'blur'an otak aku sendiri xde tajaan mana2 pihak

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com