2ND HERO MATI.. SIRI DRAMA YANG AKU SUKA
Pepagi lagi heboh cerita 2nd hero winter sonata mati gantung diri. actually sebenarnya aku pun tak kenal sapa mamat tu sebab walau cerita tu jadi kegilaan ramai namun tidak mampu membuat aku tergila2kan cerita itiew. kalau korean drama series ni aku suka cerita Autumn In My Heart & My love patzzi.
Kenapa aku suka Autumn In My Heart?? Tak di nafikan kisah ni dari episod 1st sampai last semuanya episod menangis jer tapi memang touching. Korang yang tengok mesti tau. Pastu dia punya 2nd hero tu so cute walau cute dia dah tak original. Aku pernah terbaca dia ada buat plastic surgery. Gambar dia sebelum perbedahan tak bapa sangat comel tapi lebih comel lepas operate. Ahh.. tak kisah la. Janji comel untuk di tatap. Bukan nak buat laki just for watching only.
My love patzzi aku suka Jang Nara. Dia punya brutal, nakal & slamber tu memang best dalam cerita tu. Nak2 lagi dia memang comel & nampak nakal jer. Kisah cinta antara golongan biasa & golongan kaya. Pastu macam cerita Autumn gak.. dua lelaki berebut sorang awek. Tapi jalan cerita dia best walau point dia sama.
Yang lain2 cerita korean aku tak layan sangat sebab aku bukan jenis suka sangat tengok cerita bersiri sebab aku jenis tak sabar nak tau ending. baik tengok movie or telemovie. puas hati bleh tau ending cepat skit.
Lain2 cerita yang aku suka.. cerita Filipina.. Pangako Sa yo, Cerita Jepun Great teacher Onizuka.. Kalau aku nak senarai panjang lebar lak.
Cerita yang menarik akan di tonton & di ingati tak kira dari mana asal usulnya. Orang yang berjaya dalam setiap lakonannya juga akan di kenang sampai akhir hayat. So, rasanya tak perlu jadi pertikaian kenapa filem luar jadi pilihan & filem tempatan agak di pinggirkan. Jawapannya mudah.. kalau banyak filem sampah dari filem emas maka itulah yang berlaku. So, pembikin2 filem.. Renung2 kan la. Kalau filem Box Office hanya sekadar menjual muka2 pmpuan cantik & lelaki macho.. Filem tu mudah di lupa. Filem tu di label sebagai takde kualiti.
Wah.. dah macam pengkritik filem ala2 Roslan Puteh lak kan?? Tapi aku tak selancang dia la mengkritik sebab aku tak arif tentang filem. Apapun Uolls.. apa juga yang anda tonton haruslah ada teladan baik yang menjadi contoh. Jangan tengok filem Rempit terus berkobar nak jadi mat rempit lak tengok aksi2 berani mati dorang. Cuba amik iktibar dari keburukan yang berlaku.
Tepuk dada tanya selera. Pilihan di tangan masing2. So, Uolls renung2kan.. selamat menonton.
Ni la kot muka mamat yang gantung diri tu..
Autumn In My Heart
My Love Patzzi
Senang nak tido kalau dah tau ending..tak yah pk2 dah
Pangako Sa yo
Great Teacher Onizuka
Ni antara filem yang menyemak panggung.. Filem ala2 kuch2 hota hai pastu nak lariskan filem ni amik yusri & erra berlakon. 0 kualiti!
Bagus buat kempen camni. Poster ni pun bagus dengan model yang ala2 Mr Oberoi
Antara rancangan TV yang ada pekdah di tonton.. Apa yang penting.. kerjasama!
0 Komen Melekat:
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini