ASAM PEDAS MELAKA KG BARU

7/05/2010 03:03:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Isnin yang paling menyenangkan bila isnin yang tak banyak keja. Datang2 opis jer rilex dulu pastu ada la skit2 keja nak bereskan pastu kembali berkuak lentang kat kerusi pastu datang la keja skit dan kembali mengular. Wah.. hari yang indah setakat ini tapi tak tau la kejab2 lagi kot dah tak indah.

Fuhh.. Nikmat yang tak terungkap
 
Permandangan dalam opis pun setakat ni masih indah. Takde dugong datang menyemak atau suara2 bisikan langau mengganggu telinga. Separuh hari ni nampaknya sungguh tenang dan bahagia. Agak keanehan bila dugong itiew tidak bertandang langsung ke opis walau kelibatnya ada di showroom hari ni. Apakah yang terjadi?? Entahlah.. Tapi perubahan itiew amat aku sukai kerana dia tidak menyemak pemandangan aku dalam opis.

Rasa luang pemandangan tanpa ada dugong menyemak
 
Apakah suasana begini akan berterusan hingga akhir hayat?? Hanya mampu berdoa & berharap je...

Moga2 termakbul hendaknya..
 
Mukadimahnya.. Amboi merepek meraput je kan?? Tapi ia bukan sekadar pembuka ayat tapi benar2 berlaku kat opis arini. Tapi bukan menjadi topik utama aku arini tau.

Betul.. Bukan imaginasi semata mata..
 
Topikkita arini adalah... (Drumm plesss!!)

Skali tabla la plak..

Sebenarnya takde cerita pun aku nk share arini. Entah napa hari yang blurr... Nak cerita sal weekend pun rasa takde apa yang menarik sangat. Just merayap2 sambil menghirup asap kenderaan di kl ni. Tapi sempat singgah depan muzium negara. Tapi tak masuk pun. Just lepak kat ketapi tu.. posse 2 3 keping gambar pastu blah. Nak masuk pun takde apa yang best lagipun dah penah masuk sebelum ni.

Den lepak kat ketapi ni jer.. Kebetulan lalu
 
Op's baru teringat pasal asam pedas melaka yang aku makan kat sebuah gerai kat kampung baru. Memula tengok banner Nasi Lemak Kukus.. Ingat nak makan nasi lemak di tengahari Ahad yang damai tu la. Skali masuk dia cakap nasi lemak pagi je dik.. So, how?? Alang2 dah masuk.. makan je apa yang ada. Kat situ cuma ada menu asam pedas melaka jer. Bantai je la tengah lapar. Actually, tu la 1st time aku try asam pedas melaka. Agak pekat kuahnya berbanding asam pedas yang mak aku selalu masak (Asam pedas utara). Pakej bersama nasi putih, ulam2 (kacang botong di potong kecil2,Daun apa tah yang orang makan dengan laksa kalau kat Utara,dan timun potong, tak ketinggalan telur masin). Memula nak tambah ayam goreng tapi part yang husband aku nak tu takde so cancel amik la ikan masin.

Lebih kurang camni la set dia.. Sama la asam pedas dia masak dalam claypot.
 
Aduhai.. Ikan masin yang berharga rm3 tu hanya 2 ketul sebesar taik idung jer.. Terkejut gak aku. Ikan apa dia guna mahal sangat? Ikan mas ke hapa??? Tapi dah macam tu harganya.. so di telan juga 2 ketul ikan masin sebesar ibu jari tu. RM 3 tu... kalau takde RM 3 tak dapek nak makan ikan masin kat situ.  Apapun asam pedas dia not bad & memang pedas or aku yang tengah lapar time tu. Tak kisah la janji kenyang. Cuma agak kejutan budaya tengok hidangan ikan masin dia tu. Lagipun aku bukan peminat asam pedas yang tegar. k!

Uolls bayangkn hidangan ikan masin dia lebih kurang macam kat gambar tu tapi seketul ikan tu di potong 2 jadi sebesar 2 jari lebih kurang (rasanya lagi kecil dari 2 jari bergantung pada size jari yang anda guna sebagai pengukur gak)dan di potong lagi jadi dua ketul harga rm 3.
 
Itulah yang boleh aku share dengan korang pasal my weekend activity. Hope Uolls enjoy with u'r life walau apapun yang anda lakukan. Ada keja nak buat.. So, Bubye!

Gue harus kembali membz body

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com