FOLLOWER & FOLLOWING.. kau ketawa aku berguling!!

7/12/2010 05:00:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Dalam berblogging ni biasa la ada blog yang kita follow & ada orang lak jadi follower blog kita. konsep korang nak add someone or satu2 blog tu camna??

Ni blog yang aku following & follower blog aku. Takde la se Gah korang kan follower aku

Adakah....???

A. Menggunakan konsep ko follow aku.. then aku follow kau walhal aku tak penah baca pun walau sebaris dari entry yang ko post selama ni??

B. Menggunakan konsep akan follow blog yang aku suka jer.. Kalau cerita or info dia menarik minat aku, aku akan follow walau dia tak jadi follower aku pun.

C. Menggunakan konsep aku akan follow blog yang aku suka info or cerita pada setiap entry dia, orang yang add aku sebagai follower & juga blog kawan2 aku sebagai tanda sokongan.

So, korang gunakan kaedah yang mana ketika meng"clik" as a follower sesuatu blog tu?? Tak yah la memekak jawab or tick kat A,B,C tu bukan aku dengar or nampak pun. Just jawab untuk diri sendiri dah la.

Pilih je mana berkenaan bukan berkenan yer..
Kalau aku.. Jawapannya C. Sebab aku memang camtu, yang mana add aku sebagai follower aku akan add dia balik sebagai sokongan & terima kasih. Tu pun kalau dia ada blog la. Aku akan add juga blog2 yang aku suka entry dia tanpa bermimpi pun dia akan add aku balik. Aku peduli apa kalau dia taknak add aku pun. Yang penting bila aku add dia aku boleh baca entry2 baru yang best2 dari dia. Dan juga blog kawan2... Kita bagi sokongan pada kawan2 yang juga menjebak diri dalam aktiviti yang sama dengan kita, kan???

Teruskan berblogging mai pren.. Go!Go!Go! Moga banyak RM Nuffnang bagi bleh lanje aku
Adakah blog itu hebat dengan ramai follower???

A. Ya

B. Tidak

C. Mungkin

Jawapan aku adalah A & C. Kenapa??? Sebabnya.. kalau dah banyak follower bermakna setiap post dia memang mampu menarik perhatian orang untuk membaca. Kira hebat la tu. Ko pikir senang ke nak buat orang suka dengan apa yang kita karang, tulis, bebel, cerita or mencarut & sebagainya. Kalau senang dah ramai jadi A. Samad Said kot... Tu reason untuk jawapan A.

Ni huruf apa adik adik??? pandai...
Reason untuk jawapan C.. Mungkin juga dia ramai kawan yang berkonsepkan macam aku suka support jer walau entry dia post bleh la takat baca dua tiga baris. Bagi ada kat traffic tu. Mungkin juga dia cantik, ensem, menawan, gaya, muthu & samy kan.. So, orang add dia atas niat moga dapat la perhatian dari insan yang cantik, ensem, menawan, gaya, muthu & samy. Sapa tau kan???

Skali muthusamy yang kuar.. apa kes??
Tak kisah apapun alasan ada add orang sebagai follower atau ada menjadi following pada sesuatu blog. Tak salah pun. Dan tak keji pun kalau anda add sekadar bagi panjang list follower orang tu padahal tak pernah terniat pun nak baca setiap post dia. Terpulang pada diri sendiri. Apa kau kesah dia nak add untuk tujuan apa skalipun. Tu hak dia. Well.. tepuk dada tanya selera & selesai cerita.

Meh sini nak check selera

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com