KELAM KELIBUT

7/06/2010 02:32:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

Kemengantukkan yang bersebabkan kelaparan. Still waiting my love balik dari road show nak gi makan. Nampaknya petang skit la dapat menikmati lunch walau time tu dah tak layak untuk lunch. Kat opis arini tenang berbanding petang semalam agak hotfm suasananya. Nak tau ngape.. Jom kita terjah!!

Tunggu apa lagi.. Jom terjah!
 
Aku pun tak pasti sangat kelam kelibut yang berlaku petang semalam.. Malas nak menginterview so aku kongsi dari apa yang aku dengar la ekk.. Entah la aku sendiri pun tak tau macam mana ceritanya. Kekekekekekekeke. Adalah lebih aku tak payah komen sal tu. Sebab isi2 penting dia kurang jelas.

Sorry..  no comment!
 
Meeting pagi tadi ok jer takde la bos aku menghentam mana2 sales advisor atas dasar sakit hati or tak puas hati. Dengarnya seperti ada orang komplen sal attendant. Adalah someone compliance lewat 5 minit dah bising tapi bila orang balik lewat tak pula dia amik kisah. flexible la. Lagi satu aku tak suka tentang manager aku.. bila silap skit ayat dia "Tak suka, pergi keja kat tempat lain!" Tu baru manager macam mana la kalau dia derector. Alah.. takat tak tulis attendant, lewat 5 - 10 minit tu apa sangat dari orang keja lebih masa sampai 2 3 jam tanpa sebarang claim pun. Sebab benda kecik buat orang benci & hilang respek buat apa. Kalau dia nak on time betul2 boleh jer.. Lebih 1 minit pun keja sila la bayar.

Tak suka ko bleh blah, Understand!!
 
Tu pasal si manager aku yang berlagak ala2 dia lak owner.. skit2 nak suruh orang resign. Dah ko tu power rangers sangat apakata ko tak puas hati ko terminate jer. Lagi senang! Jangan bila sakit hati, suka hati je nak cakap apapun kat staff. Semalam dah sorang akak tu merajuk dengan ayat keramat dia yang tak tentu pasal sembur orang. Yang keja kat sini semua manusia termasuk la dia.. so semua pun ada hati. Sekali dengan aku pun kena marah. Dia suruh reply satu email yang ada attachment file.. tapi file tu tak boleh read dari pc aku juga pc kat showroom. Dah aku inform.. Tapi tup.. tup.. datang nak marah cakap aku tak inform dia lak kena marah. Tapi nampak sangat dia sengaja cari point nak marah orang sebab kepala otak dia sejak minggu lepas macam meroyan jer. Aku pun tak tau apa masalah. Tapi bukan masalah aku untuk membebankan diri dengan masalah dia.
Kalau semua sales advisor mogok... sapa lagi power agaknya??
 
Masa meeting tadi punya cerita ada la skit pertengkaran kecil antara 2 salesman ni. Yang si sorang tu buka isu test drive car. Dia minta bos tolong explain test drive car tu untuk kegunaan apa & apa yang tak patut guna test drive tu. Pastu yang sorang tu terasa. Aku dengar jugak semalam sal test drive tu. Sorang nak guna untuk roadshow, yang sorang nak guna untuk pegi amik kereta customer dia kat HUB. Test drive untuk kegunaan promosi, tapi orang baru ni dah tak tau tak reti nak tanya. Bila isu ni berbangkit dalam meeting nak hangin lak. Baru join dah tunjuk 'Belang'. Al-maklum la ada skill membodek.. So, bila isu berkaitan dia di bangkitkan mula la rasa terancam. Eeeiiiii... Nyampah!

Menjadi rebutan
 
Kat sini memang semakin nampak trend berpuak puak berbanding yang dulu2 punya staff. Sekarang ni kalau sales advisor mana2 dapat tempat promosi cuma yang dorang suka je dia inform & di ajak join berbanding dulu tak kira sapa yang dapat dorang akan inform bos & semua sales advisor & akan ada jadual untuk duty tempat promosi. Sejak banyak orang baru, makin haru biru aku tengok. Yang bodoh berlagak.. Baru nak kenal ABC, dah berlagak macam otai. Dia tak tau dunia sales ni ada up & down. Tapi memang agak respek untuk Orang2 lama ni.. Rilex, cool & steady jer.

Apa nak kecoh beb.. hidup ni semantaro jo.. katanyo jang.
 
Memang suasana tak sama macam mula2 aku masuk kerja dulu. Walau tetap ada masalah tapi rasanya lebih happening berbanding sekarang. Pada makhluk yang baru join & nak kerek tu tak kemana. Ko kerek dengan aku, jangan harap aku nak tolong ko apa2 pun. Mampus la ko kat situ. Pada yang Otai2 tu.. Tahniah sebab abe2 je rasa tak menyemakkan pandangan gue kat sini. Pada Uolls semua.. bila kita di label junior jangan la nak kerek2 dengan senior. Ilmu baru sejengkal dah rasa macam top sales sangat. Terpulang la... Ada Otak pakai, ada bijak jangan gadai tapi sedekah2 kan la untuk sama2 merasai ilmu anda tu.

Takat ilmu sejengkal.. jangan lak nak hidung tinggi

1 comment:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com