MIRC (Duhai kawan...)
Wah sejak aku mengaktifkan diri di arena Facebook ni ramai rakan taulan yang terpisah atau ter lost contack dapat di jejak kembali. Bukan je kawan2 skolah, baru2 ni kembali bertaut member2 zaman mirc yang tak bapa lama dulu aku kenal. Macam2 cerita la aku dengar. Yang paling cerita sal aku dah kawen menjadi kejutan buat semua. Ayat standard.."eh..betul ke dah kawen?? Bila kawen?? Kawen tak jemput pun..."
Untuk kawan2 semua kat sini den nak bagitau bukan tak nak jemput korang abis dah takde contack. Kita kenal pun kat mirc.. ada la yang penah jumpa kat gathering or lepak2 restoran mamak dulu sebelum den nikah ler.. So, di sebabkan perkenalan kita gitu gituan ajer bila terputus hubungan dia alam maya ini maka tak dapek la den nak contack. Ada aku jemput sekerat dua kengkawan mirc tapi non-ado yang datang pun.
Takpe la.. aku pun dah selamat sejahtera jadi bini orang, nak ulang balik peristiwa tu memang tak bleh. So, kalau den ada buat celebrate anniversary besar besaran nanti den jomput yo.. Dah abis sal tu jom kita ke segmen.. lain lak iatu segmen mengumpat sambil belajar.
Alkisahnya ni kecoh kawan2 mirc aku ni dek sorang kawan (juga aku kenal & terjebak dalam arena mirc gak) merampok duit ringgit serta harta benda dorang. Tu dia.. bunyi cam perompak bersenjata lak kan. Dari apa yang aku dengar, si nad yang pernah tolong bagi si M** tempat tinggal & keja ni telah di pedajalkan oleh si M** ni. si M** telah menjadi toyol mencuri duit daily sales la kot sebab dorang keja kat tempat futsal time tu. Dia menabung skit2 hasil curian dia hingga mencecah rm15k katanya.. Now si nad yang comel lote tu la nak kena bayar semua hasil pencurian si M** tu sebab semasa dorang masih berkhidmat kat situ si nad selaku supervisor selalu cover si M** ni bila account short. Banyak tu...
Lain2 cerita.. bukan saja si nad, malah ramai lagi termasuk bekas kawan baik si M** ni, dhia namanya juga di perlakukan sedemikian rupa. Ada yang cakap dia curi duit, curi hp.. Tapi yang paling dahsyat si nad la. Gila kau RM15k nak kena bayar. Mana tak meroyan minah tu???
Memang mengejutkan berita yang aku terima sampai kecoh la kat wall mereka2 itiew memperkatakan isu berkenaan dengan si M** ni. Siap upload pic minah tu lagi minta supaya orang berhati hati. Katanya tahun lepas dorang dah pernah terjah ke kampung dia. Siap ada adengan lempang & patahkan ranting pokok konon nak merotan si anak yang dah buat salah gitiew..
Aduhai.. Tak tau nak cakap camna dah. si M** tu pun kawan den walau takde la sampai comolot bagai. Dia pun takde wat salah apapun dengan aku walau apa yang dia buat pada kawan2 dia yang lain amat la mendukacitakan semua. Pada si M** enough ok! Jangan buat lagi. Apa yang kau buat satu kesalahan yang serius. Kalau nak beli laptop pun jangan la sampai menabung hasil curian setiap hari yer.. Kalau nak sesuatu tu biar la dalam kemampuan. Kalau tak mampu.. try again later dengan usaha yang lebih mulia bukan menabung hasil curian yer beb!
Apapun semoga kes kengkawan aku ni dapat di selesaikan dengan cara yang paling berhemah yang termampu dorang lakukan. Kalau tak bleh gak cara berhemah apakata try cara berkhemah ramai2 depan umah dia sampai dia bayar balik semua kerugian korang. Bleh gitiew...
Sebelum gua yang kena luku dengan idea spastik ni baik gua blah dulu........ Larikkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!
Ada soklan lagi sila angkat tangan.
Lupa lak den nak masuk chatroom mirc jomput korang yer
Syhh.. den nak mengumpat ni
Wah berguni dia menabung kalau 10 tahun dia buat keja camtu..
Pencuri bleh masuk penjara.. sekian makaseh!
Nak kena rotan??
Menabung la dari hasil yang baik walaupun 10sen 1 hari
Kalau nak lagi trajidis korang berumah tangga je depan umah dia, bleh??
0 Komen Melekat:
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini