SMS YANG MENYAKITKAN HATI

7/03/2010 10:53:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

Sabtu yang paling aku tak suka adalah sabtu minggu kena keja. Tak tau nak buat apa dah kat opis sesabtu begini.. So, bagi memulakan majlis ayuh la kita ber update blog mengumpat sambil belajar. Anak2 itik tokwi sekalian.. sila amik tempat masing2 sebab tok wi dah nak mulakan segmen mengumpat sambil belajar di pagi yang berbahagia sambil menambah koleksi dosa yang ada. Bleh gitiew???

Anak2 itik tokwi dah kumpul dengan gaya bebas.. jom kita mulakan sesi mengumpat
 
Lagi cerita ceriti yang bersituasikan opis.. Semalam dapat sms dari manager aku yang hangin pasal admin tak tulis attendant dalam attendant book. Pastu masuk lewat 5 minit pun dah bising macam hanjs. Yang balik lewat 2 3 jam takde lak di sebut. Nak bayar overtime jauh sekali. Jangankan overtime keja dah setahun pun tak confirm lagi. Dah tu takde cuti tahunan.. apa lagi cuti sakit, cuti kawen & apa2 cuti sekalipun. Rasanya kalau aku keja kat sini sampai beranak pinak maybe cuti bersalin pun takde. Sungguh aneh walau dalam company yang besar tapi ambil hak pekerja walau sesama bangsa & agama. Nak kata memang company ni macam or aku punya manager yang tak pernah alert sal ni. Sepatutnya dia yang kena recommended  semua ni & untuk kenaikan gaji or confirmation staff kan tapi aku tengok makhluk tu macam bengong je. Yang dia kejar sales & target. Dia tak tau kalau dia tak jaga staff, orang tak suka so orang hilang respek & takde semangat kerja apa lagi perasaan kesian or nak tolong dia. Macam aku sekarang.. Dah malas aku nak buat apa2. Datang ofis buat keja yang sepatutnya.. Yang bukan keja aku mampus la aku nak buat macam dulu.

This is for you.. Bos!
 
Yang paling aku hangin ni.. mentang2 la aku bukan anak or anak sedara pengarah urusan kat sini, wah aku sorang je kena & dapat sms bodoh dia tu walau admin lain pun sama gak tak tulis dalam buku kedatangan tu. Takut lak dia dengan anak derector & Lady bos tu. Dengan aku je dia berani. Terus terang 'GUA TAK RESPEK LU LA!'. Dari awal lagi aku tengok dia memang kurang profesional & macam tak pandai nak manage. Jangan la cakap kalau dia tak pandai aku pandai sangat aku je jadi manager lak sebab aku tahu kemampuan aku takat mana. So, sebab aku tau aku tak layak, aku buat keja yang aku layak je. Tak berlagak di luar kemampuan. Mengutuk di belakang manager bukan aku sorang jer... Cuma maybe aku sorang je kat sini tulis blog. Sampaikan anak derector pun cakap dia B*D*H. So, how??? Spesis manager camtu kalau cium2 kaki skit semuanya jadi ok la kat mata dia atau lebih senang dalam bahasa yang paling mudah pandai bodek maka semuanya baik.

Konsep orang membodek walau tangan bau belacan pun tetap dengan soklan "Bos pakai one drop perfume ke??"
 
Bukan jenis aku membodek sebab bagi aku aku tau buat keja aku so tak payah bodek. Orang yang kuat membodek orang yang tak tau buat keja jer.. So, untuk buat diri dia ada kepentingan terpaksa guna skill membodek yang dia ada. Sogok2 makanan skit ker... Macam yang berlaku kat sini. Tapi kebanyakkan adengan sogok makanan di lakukan kepada lady bos sebab semua orang tau manager aku cuma manager pada nama jer. Yang buat keja & keputusan yang sorang lagi tu. Aku tak hadap makanan orang tapi real sangat la rasuah korang yang konon berkiaskan sedekah.. Yelah aku depan hidung pun tak pelawa apatah lagi nak beli untuk aku makanan.. Depan2 mata je bagi kat meja sebelah. Alhamdulillah.. sebab aku bersyukur sangat dorang tak bagi kat aku sebab aku memang taknak makan benda yang orang bagi. Aku masih mampu beli makanan lagi dengan duit gaji aku walau ciput.. Nak2 lagi bulan ni. Abis semua kena potong sebab cuti kawen tu ari. Sedihkan?? Setahun keja takde confirm lagi. Tahniah pada company ini kerana berjaya berjimat untuk mengkayakan diri sendiri.

Tahniah anda memang layak julang award majikan contoh.. Op's maybe award ni untuk manager cemerlang gitiew..
 
Cakap pun tak guna.. Bak kata lagu aku semut merah " Aku orang kecil engaku orang besar".. Tapi jangan ingat yang kecil takde hak. Apapun 1st step aku kena jumpa manager untuk tanyakan pasal confirmation aku dulu kalau dia tak take action juga.. Pegi KWSP dulu.. Hak aku kenapa aku perlu takut. Apapun aku memang education tak tinggi, sekolah pun paling tinggi bangunan 3 tingkat jer.. Tapi tak bermakna aku tak belajar ABC & 123. Masa untuk malu & malas sudah berakhir zamannya...

Apa ko pk semut kecik tak pegi skolah??? 
 
Apapun sekali lagi di ingatkan pada semua majikan seantero dunia.. Jangan ambil hak pekerja. Duit harta dunia, esok dah mati kang banyak soalan kubur nak kena jawab. Kami yang semut merah ni juga penyumbang pada kejayaan gajah2 semua. Jangan ingat tenaga sekecil semut merah ni tak boleh buat busut setinggi klcc. Kekekekekeke... ntah apa kiasan aku guna. Apapun Uolls selamat berhujung minggu & bubye.

Jangan pk yang ada belalai tu king Yang ada sesungut tu pencacai bodoh. Kang king kena buka crown lak kot...

1 comment:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com