MASAK MASAK RAMADHAN..

8/19/2010 01:46:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Hari ni tajuk entry ala2 rancangan masakan lak yer... Bulan2 puasa ni bagi para isteri mesti akan pikir.. Nak masak apa berbuka nanti, kan?? Yelah.. salah satu cara menambat hati suami adalah dari masakan juga.. (walau den bukanya pandai masak sangat pun). So, setakat 3 hari berpuasa & bersahur bersama en hubby aku dah masak apa ekk... (nak refresh otak sat noh..)

Sambil2 idupkan api kat dapur kayu ni bleh pk nak masak apa
 
Isnin... Tak silap aku tak masak pun. Beli juadah kat bazar ramadhan jer. Selasa aku masak ketam masak cili padahal en hubby request ketam masak lemak cili api.. Aku dengar macam ketam masak cili. Apapun tetap abis semua ketam2 itu di belasah en hubby sehingga keboroian sekejab malam tu. dan malam tu juga en hubby makan lebih banyak dari biasa.

Lebih kurang camni la rupanya ketam masak cili aku
 
Rabu.. Masak juga. Aku masak ayam masak sambal dengan sup ayam serta sayur bayam. En. Hubby makan skit jer nasik dengan sup ayam sebab dia tak sihat. Kurang la selera makan dia semalam. Hari ni pun demam lagi tengah pk2 masakan apa yang sesuai untuk orang demam. Ingat arini pun nak masak sup lagi tapi sup sayur dengan sotong. Ok ker??? Ok la tu... Tak lupa peberet en hubby Udang goreng. Bila dah kawen, jarang aku fikirkan selera aku bila memasak sebab aku jenis boleh makan apa jer.. Selera en hubby lebih aku utamakan sebab dia ni agak cerewet bab makanan. Tapi macam musang skit.. Lebih berselera dengan ayam. Sebab aku ni tak kisah makan apapun.. So, ikut kan je apa dia nak makan.

Laki den makan ayam pun cuma kat 1 part jer... DADA
 
Apapun tengah skodeng2 resepi ni... kekekekeke.. al-maklum la baru dapat status puan maka semuanya nak kena belajar dari resepi. At Least masak jugak kan hari - hari berbanding hari2 tunjuk2 kat bazar ramadhan. Memang lebih jimat memasak berbanding tunjuk2 kat bazar tu. Kos memasak untuk berbuka dan sahur (pakej lagi walau 2 kali makan) lebih kurang berbanding kos tunjuk2 kat bazar untuk berbuka jer.. Belum lagi bersahur. Masa pun jimat sebab untuk bersahur boleh panas2 kan jer. Betul tak???

Tunjuk je mana suka..

Apapun selamat berpuasa Uolls.. Para2 isteri & ibu2 selamat memasak untuk En hubby memasing yer.. Chow Kit Road dulu..

Kalau sotong camni nak masak apa ekk??

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com