KANAK KANAK 11 TAHUN YANG DI CULIK DITEMUI SEMULA

8/06/2010 10:16:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

myMetro | Kakak ditarik masuk kereta

IPOH: “Sebuah kereta Perodua MyVi hijau menghampiri kami sebelum seorang lelaki keluar dan meminta kami menunjuk arah kedai terdekat yang menjual kad tambah nilai prabayar. “Dia tawarkan RM1 kepada sesiapa yang menunjukkan arah kepadanya. Tiba-tiba, dia menarik kakak yang berdiri berhampiran kereta dan menolaknya ke kerusi penumpang hadapan sebelum memecut kenderaannya,” kata adik kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang menjadi mangsa culik, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam di Taman Meru, mangsa bermain dengan adik lelakinya berusia sembilan tahun apabila tiba-tiba diculik sebelum ditemui semula oleh orang awam di taman permainan kawasan perumahan di Gopeng, kira-kira 45 kilometer dari sini, hampir tiga jam kemudian.

Sebelum kejadian, mangsa dan adiknya bermain berhampiran rumah guru al-Quran yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah mereka. “Selepas selesai mengaji, saya dan kakak serta beberapa rakan bermain di tepi jalan bertentangan rumah guru.

“Saya pelik lihat lelaki itu menarik kakak masuk ke keretanya. Saya rasa lelaki itu orang jahat dan beritahu ustazah (guru mengaji) sebelum berlari pulang ke rumah beritahu keluarga bahawa kakak hilang,” katanya.

Keluarga mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Jelapang.

Seorang ahli keluarga mangsa yang enggan namanya disiarkan berkata, mangsa menghubungi ibunya kira-kira jam 11 malam mengatakan dia berada di Gopeng.

“Mangsa dibawa ke Balai Polis Gopeng oleh seorang lelaki yang menemuinya berseorangan di taman permainan di Taman Kinta di Gopeng kira-kira jam 10.45 malam,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa berkata, dia terus ke Balai Polis Gopeng untuk mengambil anaknya sebaik dimaklumkan mengenai penemuan itu.

“Saya membawanya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menjalani pemeriksaan dan dia dilaporkan stabil dan tiada kecederaan serius.

“Namun dia masih trauma dengan kejadian itu. Saya berharap polis menangkap segera penculik anak saya bagi mengelak kejadian sama berulang kepada kanak-kanak lain,” katanya.

Sementara itu, guru al-Quran mangsa, Rapinah Yusoff, 59, berkata, dia menyedari kehilangan anak muridnya selepas diberitahu adik mangsa.

“Dia tidak pernah bersendirian dan sering dihantar keluarganya jika mahu ke mana-mana termasuk ke sekolah walaupun jarak dekat dengan rumah,” katanya.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu. “Kami sudah mengenal pasti suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05-2451500,” katanya.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com