Bagi yang taknak ketinggalkan menghasilkan keseraman adalah aku.. Lihat header blog aku tu??? Tak de la seram mana tapi tetap bertemakan misteri nusantara gitiew. Walaupun tema bertukar ganti tapi model tetap sama, Uolls. Muka sendiri! Amik ko takde peluang la orang lain nak jadi model header blog aku. Bukan apa Uolls.. Aku ni bukan jenis berduit sangat. Nak harap bonus dari nuffnang tu pun dah bapa bulan takde berganjak pun angkanya. Aku pun bukan paham sangat nuffnang ni main pacak jer. Orang lain yang bleh buat side income dengan nuffnang ni maybe yang glemer2 blaka kat arena berblogging ni kan?? Kang letak muka orang tak tentu pasal di tuntutnya lak royalti kat aku. Tak di tuntut royalti, di saman pulak tuntut ganti rugi. Mana nak cekau duit. Den bukan anak arwah sosilawati yang harta berjuta2 ringgit malaysia tu. So, di sebabkan itu maka guna la muka yang tak payah bermodal. alasan gitiew! (Padahal nak interframe muka sendiri jer).
Tersebut pasal Arwah jutawan kosmetik yang terkenal tu.. Kat sini sebagai saudara semuslim marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah pada Arwah. Aku pun takde la buat entry khas pasal kes Pembunuhan kejam tu, so menyelit dalam entry ni alang2 dah sebut nama beliau kan.. Aku nak ucapkan takziah la kepada keluarga Arwah Sosilawati. Moga di beri semangat & kekuatan pada mereka dalam menempuhi Ujian Tuhan yang besar ini.
Iklan sebentar menyimpang pada topik asal pasal header blog baru aku tu. Mula2 memang la nak guna pic yang pelbagai action tapi kemalasan telah melanda sebahagian dari kudrat ku nak edit satu persatu gambar tu maka aku guna satu pic jer pastu dia copy paste. Tetap nak buat walau malas tu! Takpe la.. Janji ikut trend filem skang. Seram gitiew! Pada blogger2 sekalian korang taknak ke menyeramkan blog korang nak header2 bertemakan seram?? Jom pakat ramai2 kita mengerikan blog masing2 walau entry takde la puaka sangat.
Inilah aktiviti bosan aku di petang hari ini. At least ada gak benda aku nak buat. Takde la sewel sangat aku menghitung jam kan?? So, Uolls selamat berpetang semua. Bubye..
0 Komen Melekat:
Post a Comment
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini