KASIH SAYANG TANPA SEMPADAN



Video ni aku terjumpa masa search kat youtube. Banyak kali aku tengok & share kat fb juga. Memang benar2 menyentuh perasaan. Saya terharu sangat. Singa yang di gambarkan sebagai binatang yang garang & ganas. Namun dia dia besarkan oleh 2 orang insan, lahir kasih sayang antara haiwan ganas ini & manusia.

Memperlihatkan bahawa haiwan yang tidak berakal ini mampu menghargai orang yang membesarkannya. Tidak pernah melupakan kasih sayang yang tercipta antara mereka. Walau berpisah & di pertemukan semula dia masih mengenali 2 insan yang pernah menjaga, memberi makan & kasih sayang kepadanya.

Mungkin bagi sesetengah orang ia hanya sebuah paparan biasa Tapi bagi aku ia cukup menyentuh perasaan & penuh dengan nilai2 kasih sayang. Mengingatkan aku pada Mak & Ayah.. Jika haiwan itu mampu mengingati setiap jasa tuannya satu ketika dulu, adakah kita seorang anak sudah cukup membalas segala budi & jasa ibu & ayah kita?? Sesungguhnya.. Tiada harta di dunia dapat membayar segala jasa ibu bapa membesarkan kita,namun dengan menghadiahkan segaris senyum di wajah mereka bila memandang anaknya yang kian dewasa dengan sempurna & tidak melupakannya mungkin sudah cukup bagi mereka.

Comments

Popular posts from this blog

AZURA DARI BELUNCAS

LAGI ISU BLOGGER MAKI HAMUN DALAM BLOG

KENAPA DULU TUALA WANITA DI PANGGIL MODES?